PENYELESAIAN SEGALA MASALAH DUNIA DAN AKHIRAT
Hari ini kita risau dan bimbang gejala sosial remaja yang kian meruncing. Pelbagai langkah telah diambil, dirancang dan dilaksanakan dengan harapan gejala-gejala social di kalangan remaja dan muda-mudi dapat dibendung dan kalau tidak pun berkurang, namun gejala sosial di kalangan remaja semakin kerap terpapar di dada akhbar. Bayi-bayi kerap juga dijumpai dalam tong-tong sampah dan longkang. Kes lari dari rumah semakin banyak berlaku. Apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini ?
Hari ini kita agak sedih dengan keadaan masjid kita. Suasana masjid yang sunyi sepi dari jemaah. Masjid hanya penuh bila solat jumaat dan di saat bulan ramadhan menjelma. Rasa marah apabila orang islam hanya lalu-lalang depan masjid tapi tidak masuk ke dalam untuk tunaikan solat. Orang yang sedang bermain bola hanya berhenti seketika apabila kedengarann azan, selepas itu sambung bermain semula. Kita pun hanya mencemuh dan menyalahkan mereka serta hanya menggelengkan kepala. Waktu khutbah jumaat, khatib tak pernah jemu untuk mengajak orang ramai untuk mengimarahkan masjid, dan pelbagai Program di masjid telah dibuat, forum, tazkirah, ceramah dan sebagainya belum dapat mengubah keadaan masjid yang indah, cantik dan besar daripada penuh dengan pengunjung. Apakah cara terbaik untuk mengatasi , masalah ini?
Hari ini, banyak berlaku jenayah di serata negeri, malah perkara yang sama dialami di Negara-negara lain. Rompak, samun, ,Rogol, Mengedar dadah, Menagih dadah, bunuh, rasuah dan sebagainya semakin lama semakin membimbangkan. Banyak juga langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah ini, namun hasilnya tetap sama. Hukuman berat bagi penagih dan pengedar telah dilaksanakan namun kegiatan dadah semakin bertambah. Kenapa? Pusat-pusat serenti tumbuh bak cendawan, namun bilangan penagih bukan berkurang malah bertambah. Kenapa? Apa langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ?
Hari ini, umat islam seluruh dunia telah ditindas,tertindas dan masih tertindas oleh tentera kufar zionis. Terutamanya saudara seakidah kita di Palestin, Iraq, Lubnan dan seluruh dunia, hidup dalam ketakutan. Peluru, Bom Mortar, M16, darah dan kematian sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Setiap hari , malah setiap saat beratus dan beribu-beribu yang mati. Berbagai langkah telah dibuat utnuk membantu saudara kita, atau sekurangnya meringankan beban mereka. Rundingan-rundingan telah dibuat dikalangan ketua/pemimpin di kedua-dua pihak, solat-solat hajat telah dibuat, begitu juga doa-doa telah dimohon, namun keadaan saudara kita masih tetap begitu. Malah isu Palestin bukan perkara yang baru. Kenapa dan mengapa perkara ini masih berlaku? Apa langkah terbaik supaya umat islam mendapat kemenangan daripaada orang kafir yang memusuhi islam?
Jawapan bagi kesemua persoalan-persoalan di atas ialah DAKWAH..DAKWAH…DAKWAH…DAKWAH…
Asbab umat islam lupa dan lalai dengan keindahan dunia sehingga dakwah bukan lagi menjadi maksud hidup menyebabkan kemurkaan Allah swt. Sehingga Allah hantar azab “cash” seperti air yang mengalir. Sehingga Allah lahirkan dan hantar pemimpin-pemimpin yang kejam dan menyeksa mereka tanpa mengira kanak-kanak, dewasa, mahupun orang tua. Sehingga Allah cabut ketakutan daripada hati orang kafir terhadap orang islam dan campakkan ketakutan tersebut di hati-hati orang islam. Sehingga Allah hantar azab, malapetaka, bencana, wabak penyakit dan bermacam-macam lagi perkara, sehingga orang islam menjadi semakin hina.
Dalam quran dan hadis, banyak diberitahu tentang dakwah dan amaran meninggalkannya. Dalam surah Al-Ashr sudah cukup untuk mewakili seluruh Al-Quran. Seorang ulama berkata, sekiranya surah-surah lain tidak diturunkan, dan hanya surah Al-Ashr saja sudah cukup Jika kita beramal dengannya. Semua manusia dalam kerugian kecuali 4 perkara: 1. beriman. 2. beramal soleh. 3. berpesan-pesan pada kebenaran (dakwah). 4. berpesan-pesan pada kesabaran. Jika beriman saja tapi tidak beramal soleh rugi. Jika beriman dan beramal soleh tapi tidak berpesan pada yang hak pun rugi. Jika beriman, beramal soleh dan berpesan pada kebenaran tapi tidak sabar pun rugi juga…
Dalam quran Allah banyak cerita tentang dakwah..tentang binatang-binatang yang Bantu nabi-nabi buat dakwah, cerita tentang binatang yang ikut 7 pemuda untuk selamatkan iman, cerita tentang seorang bapa yang berpesan kepada anaknya, cerita tentang kaum-kaum yang ingkar dengan dakwah nabinya, cerita tentang nabi-nabi buat dakwah, dan banyak lagi perkara yang ada kaitan dengan dakwah. Perkara tentang dakwah Allah bagitau dengan terperinci ( detail ), bagaimana nabi buat dakwah, apa yang mereka cakap, perbualan-perbualan mereka dirakam dalam quran. Hatta percakapan seekor semut dan Burung pun diberitahu..
Segala-galanya dirakam secara terperinci, namun perkara tentang solat, zakat, haji dan hukum-hukum yang lain diberitahu secara umum, dan ianya hanya dijelaskan secara terperinci dalam hadis-hadis nabi. Allah tidak bagitahu dalam quran solat zohor berapa rakaat, subuh berapa rakaat, rukuk baca apa, sujud baca apa, puasa niatnya macam mana, zakatnya macam mana; semuanya secara umum, namun dakwah sebaliknya. Bukanlah dalam ruangan ini nak mengatakan solat, puasa, haji dan rukun-rukun islam tersebut kurang penting, tidak sama sekali!!, Tapi hanya menegaskan tentang betapa Allah menekankan tentang kepentingan dakwah itu sendiri. Allah sendiri bagitahu bahawa umat akhir zaman dimuliakan berbanding kaum-kaum terdahulu kerana kerja ini,DAKWAH…!!!
Tanpa dakwah, tidak mungkin rukun-rukun agama tersebut akan wujud dan diamalkan. Orang perlu ada agama ( Islam ) barulah rukun-rukun tersebut menjadi wajib padanya, dan cara untuk dapat agama adalah menerusi perantaraan dakwah..seperti mana nabi-nabi terdahulu buat dakwah barulah kaumnya ada yang beriman dan melaksanakan hukum agama, sebagaimana Nabi kita sendiri buat dakwah barulah sahabat-sahabat dan kita sendiri dapat agama dan dapat melaksanakan rukun-rukun agama..bila dakwah dibuat Allah akan buat keputusan untuk turunkan dan sebarkan hidayat. Ulama bagitau 90% isi kandungan quran berkaitan dengan dakwah..!
Oleh itu, siapakah yang kita nak tunggu untuk selesaikan segala masalah-masalah, bencara dan malapetaka yang dinyatakan diatas? Adakah kita nak tunggu Nabi dihantar sendangkan kita semua menyakini bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir? Adakah kita nak tunggu Allah hantar malaikat untuk selesaikan segala masalah? Adakah kita sekadar menyerahkan tugas dakwah kepada para ustaz, alim-ulama,orang dakwah (tabligh), JAKIM, JHAEINS, MUIS dan Jabatan-Jabatan Agama untuk memerah otak dan tenaga untuk selesaikan segala permasalahan seluruh Negara dan seluruh dunia, sedangkan kita hanya duduk di rumah hanya menggeleng kepala melihat keadaan umat di kaca TV dan mengatakan “ INI BUKAN KERJA SAYA …DAKWAH BUKAN KERJA SAYA…. ORANG LAIN YANG BUAT, SAYA TAK PAYAH.. SAYA BUKAN USTAZ …SAYA SIBUK…KESIANNYA ORANG DI PALESTIN…? INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI’UN…
No comments:
Post a Comment
JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.