CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Monday, May 25, 2009

UMMATI..UMMATI..UMMATI..

Bila direnungkan dan difikirkan, amat menyedihkan keadaan ummat islam dewasa ini. Ana sendiri rasa terkilan dan sedih mengenangkan keadaan yang menimpa ummat islam hari ini. Semasa bermesyuarat dan meminta laporan-laporan (karkuzari) daripada jemaah-jemaah yang sedang bergerak, laporan daripada jemaah yang bergerak selama 40hari di kawasan daerah Tambunan amat memeranjatkan dan menduka-citakan. Ada kampung yang jemaah sudah masuk mendapati 90% orang islam di sana telah murtad! Ada yang murtad tahun lepas, ada yang dua,tiga tahun lepas. Ada surau telah bertukar menjadi Gereja! inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.... penduduk kampung yang masih teguh dengan Islam mengatakan jemaah datang agak lewat kerana ramai orang telah murtad dan surau sudah bertukar menjadi gereja.

Beginilah keadaannya bila DAKWAH terhenti dan tidak dibuat secara menyeluruh.. inilah akibatnya kalau kita asyik berbangga dengan masjid kita yang indah dan penuh dengan pengunjung tanpa memikirkan keadaan masjid dan surau di tempat-tempat lain dan keadaan saudara seakidah kita di sana. Inilah yang terjadi kalau kita menganggap "DAKWAH BUKAN KERJA SAYA".

Apalah jawapan yang bakal saya dan kita semua berikan kepada Allah bila ditanya nanti di Mahsyar kelak??? " APA YANG KAMU BUAT DI KENINGAU DULU, SEHINGGA ORANG DI TAMBUNAN MURTAD??!!" Ini baru sebahagian daripada keadaan yang berlaku tanpa kita sedari..banyak lagi laporan-laporan seluruh dunia tentang keadaan ummat INI.. sedangkan Imam Ghazali bagitau " seorang yang mati di kutub utara tanpa kalimah, SELURUH umat islam akan dipertanggungjawabkan".

kita sedih bila saudara seakidah kita di Palestin, Lubnan, Iraq dibunuh dan ditindas oleh Zionis dan sekutunya. Namun bagaimana keadaannya orang islam yang meninggalkan islam? Orang islam yang dibunuh di Palestin, dengan keberkatan iman yang ada padanya, walaupun sebesar zarah pasti Allah akan masukkan juga dalam Syurga, Namun, manusia yang tidak ada iman (murtad dan syirik) walaupun sebesar zarah, akan menduduki neraka selamanya.

Sebab itu, usaha untuk mengajak seluruh umat islam keluar di jalan Allah (buat dakwah) dengan niat memperbaiki iman dan amal amat perlu bagi menangani masalah ini. Isu murtad bukan perkara yang remeh-temeh. Semua umat islam pasti ditanya tentang agama ini dan tanggungjawabnya di mahsyar kelak.

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails