CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, October 7, 2009

GEMPA BUMI DI KOTA PADANG, IKTIBAR UTK SEMUA

Satu ketika, Allah memerintahkan Jibril as untuk menurunkan azab dengan menerbalikkan satu kampong. Setelah diselidiki, dalam kampong itu ada seorang yang alim dan soleh yg tidak pernah ingkar pada Allah. Jibril pun ‘karkuzari’ (membuat laporan), tentang lelaki soleh tersebut. Allah pun memerintahkan Jibril untuk memulakan azab tersebut daripada lelaki soleh tersebut. Jibril pun hairan, dan setelah itu Allah memberitahunya bahawa memang benar dia tidak pernah ingkar pada Allah, namun apabila orang di sekelilingnya membuat maksiat, sedikit pun tidak ada kerutan di dahinya menunjukkan dia tidak ambil kisah tentang maksiat di sekelilingnya.

Setelah dilihat daripada Kisah yg diceritakan sendiri oleh Nabi saw kepada para sahabat di atas, dapatlah diketahui betapa pentingnya dakwah atau amar ma’ruf dan nahi anil mungkar. Alasan bahawa ‘saya bukan ustaz’ tidak boleh diguna pakai di Mahkamah Allah nanti. Bila maksiat berleluasa, natijahnya akan kena pada kita semua. Apabila satu tempat berlakunya maksiat maka apabila azab turun bukan pelaku maksiat sahaja yang kena, kanak2, tua, muda, AJK masjid, Ustaz, ‘kaki masjid’ semua kena sekaligus. Sepertimana yang berlaku semasa tragedy Tsunami dan baru2 ini Gempa Bumi di Kota Padang, Sumatra Barat Indonesia baru2 ini.

Segala musibah yg berlaku ada hikmahnya dan perlu diambil iktibar dan pengajaran. Bukan setakat menggangap ini semua sekadar ‘bencana alam’ semata-mata. Begitu banyak kisah2 dalam quran kaum2 yg allah swt hapuskan sudah cukup menyedarkan kita tentang perlunya amar ma’ruf nahi mungkar dibuat. Ketahuilah, azab Allah bukan setakat Tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi, malah ulama bagitahu azab yg paling Besar dan Bahaya adalah apabila kita lupa maksud Allah swt hantar kita ke alam ini. ‘saya seorang petani, peladang, pekebun, dan sebagainya’ sehingga melupakan dakwah adalah satu azab yg sangat besar. Apabila dakwah terhenti, maka ramai orang akan jauh dari agama dan menuju kehancuran.

Jika gempa meletus, orang islam yg mati ,insyallah, dalam keadaan beriman walaupun sebesar zarah. Namun, jika dakwah ditinggalkan dan org menjadi murtad dan mati dalam keadaan itu, maka azab yg pedih dan kekal utknya d akhirat, di samping lahirnya generasi yg tidak taat pada Allah. Dan jika org kafir yg mati sedangkan kita belum sempat jumpa mereka dan perkenalkan islam, macam mana keadaan mereka? Apakah azab yg lebih bahaya daripada ini…?




Sebab itu, dalam usaha dakwah dan tabligh ini kita belajar2 risau pd umat, belajar2 kerutkan dahi melihat keadaan umat..dan oleh kerana itu kita jumpa manusia lorong ke lorong, kampong ke kampong, daerah ke daerah, negeri ke negeri dan Negara ke Negara dengan harta, diri dan masa sendiri demi meninggikan kalimah Allah dan ajak mengajak untuk usahakan iman dalam diri masing2…

“ siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. (al-fussilat : 33 )

wallahu a’lam.

2 comments:

  1. Salam, syabas teruskan usaha yang murni ini. Daripada hajiabha_sk2pj@yahoo.com

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails