"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Thursday, October 8, 2009
TARIKAT..
Apakah Tarikat yang sebenar?
( sumber : mutakallim-ummat.blogspot.com )
Salam Sejahtera keatas kalian..
Apakah itu "Tarikat"?
Selalu kita dengar istilah tu dalam kehidupan kita.
Malahan aku juga selalu dengar dalam perbualan harian, terutama bila aku terlibat dengan Usaha Nabi s.a.w ini mengenai jalan tarikat ini.
Ada yang menceritakan bahawa dengan tarikat seseorang akan sampai kepada mertabat2 tertentu. Ada juga yang khasyaf (di angkat hijab dengan alam ghaib) melalui jalan tarikat ini.
Juga aku sering mendengar perkaitan tarikat dengan kesesatan. Di negara kita ini juga mempunyai beberapa kumpulan tarikat yang telah difatwakan sebagai sesat. Sehingga ramai orang menyangka bahawa semua tarikat itu sesat dan turut melarang orang daripada menyertai mana-mana kumpulan tarikat.
Ok.. Apakah itu Tarikat?
Melalui Ustaz ku yang Mukhlis, seeorang alim yang boleh aku katakan besar kat Malaysia ni, juga seorang pengajar hadith di sebuah madrasah di sekitar Kuala Lumpur ni berkata:
"Maksud kita melalui jalan tarikat ini adalah untuk ikut sunnah Rasulullah s.a.w dan sunnah Rasulullah adalah syariat yang sempurna. Kalau dah amalan dalam tarikat tu pelik, maka itu bukan jalan yang benar".
Maksudnya macam ni, asas utama kita melalui jalan tarikat ini adalah untuk tahu dan amal keseluruhan sunnah Rasulullah s.a.w. Sebab itu lah khalifah (syeikh) tarikat ini mesti bersanad terus kepada Rasulullah. Tarikat ini bukan hanya berzikir seperti yang kita sedia maklum. Tarikat itu adalah seluruh kehidupan Rasulullah s.a.w. Syariat yang sempurna juga akan didapati di dalam melalui jalan tarikat.
Aku mengenali seorang hamba Allah. Aku juga pernah khuruj bersamanya dan aku lihat dia seorang yang amat tawajuh dalam amalan. Solat berjemaah tidak pernah tinggal. Amalan masjid juga dia libatkan diri secara aktif (masa tu kat masjid aku hanya hidup 2 amalan, kerana hanya bermula dengan aku dan hamba Allah ni). Hingga satu masa aku lihat dia semakin jauh dengan usaha. Solat jemaah mula berselang seli. Amalan masjid juga dia tinggalkan. Aku juga perhatikan dalam amalannya juga yang aku tengok agak pelik (tak perlu aku bagitahu kat sini apa amalannya).
Setelah diselidiki baru aku tahu yang dia telah ikut satu kumpulan tarikat (nama tarikat tu juga aku tak sebutkan disini). Semakin hari dia semakin jauh dengan usaha. Bila jumpa aku dia tasykil aku untuk ikut dia dan belajar sifat 20, wajib katanya.
Sebenarnya aku juga ikut tarikat (bukan untuk riak atau menunjuk. hanya untuk membuat contoh. Senang amik contoh diri sindiri dari ambil orang lain sebagai contoh). Bukan satu tarikat, tapi empat tarikat aku ikut. Keempat2 tarikat ini bersanad terus kepada Rasulullah s.a.w dan khalifah (syeikh) tarikat ini adalah Maulana Zakaria dan juga Mufti Rasyid Ahmad Ganggohi. Takde pulak aku tengok tarikat ni lakukan amalan yang pelik2.
Takde zikir goyang-goyang. Takde pun sampai menari dan ada gendang2 mase zikir. Takde pun niat nak khasyaf atau jadi wali. Tak pernah sekali pun aku dengar semua tu dari Ustaz ku.Apa yang pasti, aku sentiasa diingatkan supaya memberati sunnah Rasulullah s.a.w. mana-mana sunnah yang mampu dilakukan, maka amalkan. Aku juga dinasihatkan jangan terlampau 'extreme' dengan sunnah sehingga timbul fitnah (aku kan pelajar universiti. Korang faham-faham je la macam mane) Maulana Zakaria juga kita sedia maklum bahawa cintanya kepada Rasulullah amat dalam dan sukar untuk diceritakan, setiap daripada sunnah Baginda beliau amalkan.
Ustaz ku juga berkata bila ada hubungan bai'ah ni jangan pula kita sangka bahawa kita ada jaminan kat akhirat macam sesetengan ahli tarikat. kononnya sheikhnya akan bantu kat akhirat sampai lupa untuk beramal. Ada juga yang tinggalkan semua amalan agama hanya kerana dah ada hubungan bai'ah dengan sheikh. Ini satu salah faham dan kesalahan dalam memilih jalan. Jalan tarikat sebenar adalah dalam sunnah Rasulullah s.a.w. Dan sunnah yang paling utama adalah sunnha DAKWAH.
Maulana Yusuf Rah. berkata bahawa, ibu kepada syariat adalah bersolah dengan takbiratul 'ula, ibu kepada hakikat adalah tahajud pada waktu malam, ibu kepada tarikat adalah gash (dakwah) dan ibu kepada hakikat adalah jaga pandangan daripada segala perkara yang haram. Jadi dakwah merupakan ibu kepada dakwah kerana amalan pertama selepas kenabian Baginda s.a.w adalah memulakan usaha untuk jumpa manusia dan dakwahkan kepada Allah. Sebelum tu tiada apa2 amalan pun yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Untuk maksud tarikat yang besar inilah Maulana Ilyas telah bercerita mengenai dirinya kepada seorang ahli politik sesama menziarahi beliau. Beliau berkata:
"Silaturrahim diantara Muslim adalah untuk sebarkan agama Islam. Jika bukan tujuan itu, apa bezanya pertemuan ini dengan pertemuan yang bukan Muslim? tinggalah di sini beberapa hari dan lihatlah kerja agama di sini.Tanpa demikian sangatlah sukar memahami cakap saya dan tujuan kami ini. Maksud kerja ini ialah menghidupkan kembali perhubungan ummat Baginda yang telah mati dan berjuang menghidupkan usaha tersebut.
Pada mulanya saya mengajar di madrasah. Ramai pelajar-pelajar telah datang. Di antara mereka ramai yang cerdik. Saya berfikir, apakah hasil lain dari usaha saya ini. Mereka datang untuk menjadi seorang alim. Tamat sahaja belajar maka mereka menjadi alaim dan sibuk seperti orang lain pada zaman ini. Sebahagian mereka akan belajar tibb, lalu menjadi matib (tabib). Yang lain akan ikut ujian universiti lalu menjadi pegawai dan sebahagian lain akan mengajar di madrasah. Tidak ada lebih daripada itu. Setelah memikirkan hal ini, semangat saya untuk mengajar di madrasah luntur.
kemudian pada suatu masa, sya diizinkan oleh guru tasauf mamberi zikir dan 'talkin' kePada mereka yang berkenaan. maka saya lebih tertumpu untuk memberi kaifiat dalam wirid. Kemajuan rohani murid saya dalam bidang ini begitu cepat sehingga saya sendiri merasa hairan. Saya berfikir lagi, apa yang akan dicapai seterusnya? Apakah hasilnya? Yang paling tinggi adalah membentuk manusia yang sentiasa sibuk dengan zikir dan akwalm kemudian ia akan menjadi terkenal. ramai orang akan datang meminta ta'wiz, untuk dapat anak atau untuk majukan perniagaan mereka. Labih baik sedikit, ia akan mempunyai murid-murid yang menyambung salasilahnya.
Akhirnya saya meninggalkan usaha tersebut dan mengambil keputusan bahawa segala tenaga zahir dan batin yang Allah kurniakan, akan saya gunakan sebagaimana Rasulullah s.a.w telah gunakan membawa hamba-hamba Allah, khususnya mereka yang lalai dan jauh dari agama, kepada Allah dan menghidupkan semangat cinta agama melebihi cinta terhadap nyawa sendiri.
Inilah usaha kami dan perkara inilah yang kami menyeru kepada semua manusia. Sekiranya kerja dini dihidupkan maka beribu-ribu bilangan madrasah dan khanqah (tempat berzikir) akan hidup. Malah setiap muslim akan menjadi madrasah dan khanqah yang bergerak dan nikmat-nikmat yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w akan tersebar secara umumi sesuai dengan kedudukan dan darjat Baginda s.a.w...."
*Petikan kata-kata Hadrat Maulana Ilyas rah. di dalam kitab Malfuzat siri alif
Akhir sekali, aku nak nasihatkan pada sape2 yang berkenaan (yang tak berkenaan tolong jangan perasan). Dulu korang jadi baik sebab korang lakukan usaha dakwah ni. Last2 sekali korang tertipu kerana anggap satu perkara kecil sebagai maksud. Zikir dalam tarikat ini hanyalah sebagai satu perantaraan untuk sampai kepada maksud. Dan maksud uatama adalah untuk hampir kepada Allah dan mendapat cinta Allah. korang anggap dengan berzikir banyak2, bersuluk dalam hutan ke, gua ke sebagai satu maksud. Itu yang korang salah faham.
Kalau korang nak dapatkan cinta Allah, Wallahi, Tallahi, Billahi, ikutlah usaha dakwah Baginda s.a.w ini. Pasti kerana ini adalah maksud ummat ini diutuskan..
Wallahu'alam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.