CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, June 17, 2009

MUHASABAH DIRI

GERUN RASANYA...

Bila difikir dan direnungkan segala yang berlaku di dunia hari ini,merupakan tanda-tanda usia dunia yang semakin tenat. Nabi SAW sendiri telah memberitahu kita 1430 tahun dahulu tentang keadaan umat akhir zaman dan petanda-petanda kiamat berlaku. semuanya dah jelas, seperti yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW. wujudnya bangunan pencakar langit, wanita lebih ramai dari lelaki, bencana alam berleluasa, peperangan, artis disanjung,minum arak perkara biasa dan banyak lagi petanda-petanda kiamat kecil dapat dilihat....

GERUN RASANYA....

Jika hari ini Dajjal keluar dan matahari timbul di barat adakah sudah cukup bekalan dan persediaan iman di dalam hati? Bila Dajjal memperlihatkan 'mukjizatnya', adakah iman semantap itu menanggungnya?...

GERUN RASANYA....

Bila mendengar perkhabaran alam kubur. Di semua arah debu dan tanah. Tiada lagi suami atau isteri tercinta menemani.Tiada lagi kedengaran gelak tawa anak-anak.Tiada lagi saudara mara dan teman yang dapat berkongsi suka dan duka. Hanya cacing dan ulat menjadi teman.Memamah setiap isi daging yang tinggal. Harta pun dibahagikan oleh waris. Suami yang ditinggalkan akan bernikah yang baru. Isteri yang janda akan bertemu jodoh yang lain. Satu sen pun daripada harta dunia tidak dibawa ke alam kubur. Untuk apa wang ringgit di dalam kubur ketika itu? bukannya boleh digunakan untuk 'sogok' malaikat Mungkar dan Nakir. Bolehkah dijawab soalan-soalan yang dah bocor dahulu? siapa Tuhan kamu?Siapa Nabi kamu?Apa agama kamu?Apa kiblat kamu?Apa kitab kamu?Dan kini hanya iman dan amal menjadi teman..

GERUN RASANYA....

Bila tiba hari penghisaban. Seluruh manusia dikumpulkan dari Nabi Adam sehingga bayi yang terakhir dihantar ke dunia dahulu. Adakah dibangkitkan dengan para anbia,para shuhada, para sahabat...atau...adakah dibangkitkan dengan Firaun, Hamman, Qarun atau Ubai Bin Khalaf???Adakah buku amalan daripada tangan kanan atau kiri sebagai penentu kejayaan atau penderitaan yang hakiki?

GERUN RASANYA...

Adakah dapat bertemu Nabi SAW di Mahsyar yang dahsyat? Adakah nabi nak mengaku diri ini sebagai Umatnya? Adakah Nabi memelukku dan memberikan bekas berisi air daripada Telaga Kauthar? Atau tidak memandang diri ini dan dihalau sejauh-jauhnya?

GERUN RASANYA....

Bila melihat titian sirat dihadapan untuk dilalui. Setipis rambut dibelah tujuh dan setajam mata pedang. kiri dan kanan duri yang mengait. di bawah pula Jahannam yang berkobar-kobar menggila menanti jasad yang jatuh ke dalamnya...adakah diri ini dapat meniti sepantas kilat, atau sekadar angin bertiup,atau sekadar kuda berlari, atau berjalan, atau merangkak, atau mengensot...atau jatuh ke Jahannam? Ya Allah..selamatkan..selamatkan...selamatkan...

GERUN RASANYA...GERUN RASANYA...GERUN RASANYA...

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails