CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, July 15, 2009

PESANAN MAULANA SAAD PADA ALIM-ULAMA (10 JULAI 2009 - BAYAN SUBUH)

Pesan maulana saad pada ulama ( Bayan Subuh 10 julai 2009 )

Ulama/org alim adalah waris Nabi. Ulama/org alim kena bergerak buat dakwah. Jumpa manusia,sebarkan ilmu dan agama seluruh alam. Ulama ibarat awan yg membawa hujan yg membasahi sesuatu kawasan. Ulama yg buat dakwah adalah seperti awan yg bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Dan dakwah ( ilmu ) adalah ibarat hujan yg turun membasahi sesuatu kawasan. Dan setiap kawasan ada tanah yg boleh menakung air dan membawa manafaat pada hidupan sekitarnya. Daripada air yg ditakung oleh tanah, airnya boleh diminum oleh haiwan dan manusia. Airnya digunakan oleh tumbuhan untuk hidup dan bermacam manafaat lagi. Dan ada tanah yg tidak menakung air tapi menyerap air dan membolehkan tumbuhan di situ dapat menafaat darinya.

Dan ada sesetengah tanah yg keras, tidak menakung dan menyerap air. Begitu juga manusia ada yang menerima ilmu dan membawa menafaat bagi org lain dimana org lain dapat menafaat ilmu yg ada padanya (seperti tanah yg menakung air), ada manusia yg tidak membawa manafaat pd org lain tapi membawa menafaat pd dirinya sendiri,dimana ilmu yg dia dpt digunakan oleh dirinya sendiri dan dia beramal dengannya (seperti tanah yg menyerap air), dan ada juga org yg tidak mahu mendengar dan ingkar iaitu tidak membawa menafaat pd org lain dan dirinya sendiri (seperti tanah yg keras, tidak menakung dan menyerap air).

Ulama kena bergerak seperti awan yg membawa hujan. Jangan jadi seperti perigi yg rendah, jumud (tidak bergerak). Hanya menunggu org datang kepadanya dan mencedok air di dalamnya. Ulama/org alim kena datang kepada manusia bukan menunggu manusia datang kepada mereka. Seperti kisah di mana Muaz bin Jabal r.a yg merupakan org alim di kalangan sahabat. Segala permasalahan ilmu masail dan hokum-ahkam agama akan dirujuk oleh beliau selain Nabi. Suatu masa, Muaz r.a ingin keluar di jalan Allah, sahabat yg lain memberitahu Nabi bahawa sekiranya Muaz keluar, tiada tempat mereka bertanyakan tentang hukum. Nabi berkata bahawa baginda tidak dapat halang org yg sanggup bagi nyawanya untuk agama. Begitu juga kisah Abu Hurairah r.a, bapa muhahadis, beliau pergi ke pasar dan memberitahu org di sana bahawa harta pusaka Nabi SAW sedang dibahagi2kan di masjid.

Seperti mana Nabi menegur org-org asyari’ah (gol. Ulama) kerana mereka tidak mengajar ilmu pada penduduk sekitar mereka. Nabi bersumpah bahawa mereka akan diazab di dunia ini lagi. Kemudia kaum asyari’ah meminta tempoh satu tahun untuk mengajar penduduk setempat mereka dan di sinilah dalil dimana ulama-ulama dan org2 alim diminta untuk khuruj selama setahun di jalan Allah.

2 comments:

  1. terima kasih keran berkongsi..malang sekali subuh tu sy terlena dan terlepas banya benda.nasib baik boleh baca balik...terima kasih sgt kerana berkongsi

    ReplyDelete
  2. salam ustaz..dah lame saya tidak berkesempatan untuk update.emmm...saya tak pasti apa yang saya cari..hidup saya makin tidak stabil..susah untuk saya katakan andai hidup saya ni umpama sang burung yang bebas terbang tanpa halatuju...

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails