CARI DALAM BLOG INI

Sunday, January 31, 2010

MARI FIKIR DAN RENUNG SEJENAK..

Orang kata wang ringgit dan kemewahan lebih penting daripada segala-galanya. Namun, apalah ertinya kemewahan itu tanpa jasad yang sihat. Kita lihat, orang sanggup korbankan beribu-ribu ringgit untuk menjadi sihat. Sanggup keluarkan banyak wang untuk sembuh daripada penyakit-penyakit yang merbahaya seperti kanser, sakit jantung, dan sebagainya. Apalah ertinya banyak duit tapi tak boleh makan banyak nanti kencing manis, darah tinggi dan takut diserang sakit jantung dan strok. Jadi, sesetengah orang berpendapat, kesihatan tubuh badan lebih penting daripada harta kekayaan…

Namun, apalah juga ertinya dengan kesihatan yang sempurna, sihat walafiat, tapi hilang anggota badan, seperti tangan, kaki, mata dan sebagainya. Tak boleh berjalan sebab kaki kudung atau tak boleh main golf sebab tangan kudung. Banyak duit banyak harta, tubuh badan sihat tiada penyakit kronik, tapi takde kaki, takde tangan, cacat anggota. Atau orang kaya dan sihat sejahtera tapi tak boleh melihat sebab buta….apalah ertinya? Sebab itu, ada sesetengah orang berpendapat, anggota badan itu lebih penting daripada badan yang sihat.

Namun, apalah juga gunanya ada harta banyak, kesihatan yang bagus, ada tubuh badan sempurna tanpa cacat cela, tapi jasad tadi tak bernyawa? Sebab itu, sesetengah orang berpendapat nyawa lebih penting dari segala-galanya. Orang akan sanggup potong tangan untuk menyelamatkan nyawanya, orang sanggup potong kaki untuk menyelamatkan nyawanya, orang sanggup buta mata untuk menyelamatkan nyawanya. Seseorang yang berpenyakit kencing manis, apabila doctor hendak memotong kaki atau tangannya kerana dikhuatiri mengancam nyawanya, pasti dia akan sanggup kehilangan anggota badannya demi kepentingan nyawanya. Sebab itu sesetengah orang berpendapat nyawa lebih penting daripada harta, kesihatan, anggota badan yang cantik dan sempurna…

Namun, apalah ertinya harta yang banyak, kesihatan yang baik, anggota badan yang sempurna, cantik, hensem, tapi tidak ada iman dalam hatinya? Apalah ertinya hidup senang-lenang selama 60/70 tahun tapi diseksa selama-lamanya dengan azab yang pebih dalam Neraka Allah tanpa penghujungnya?? Berbaloikah…? Berbanding seorang yang tidak ada harta, rupa paras yang hodoh, cacat anggota badan, tapi ada iman dalam hatinya, kesengsaraan di dunia yang dilalui hanya 60/70 tahun sahaja tapi kebahagiaan yang kekal abadi di Syurga Allah menanti….sebab itu, bagi sesetengah orang IMAN jaaaauuuuhhhh lebih penting daripada segala-galanya. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails