CARI DALAM BLOG INI

Sunday, February 28, 2010

KIAMATTT.....???!!!!

“Pada 27-11-2009,Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat.
Pada 18-12-2009 tahun baru hijrah pada hari jumaat.
Pada 25-12-2009 hari Natal pada hari jumaat.
Pada 01-01-2010 tahun baru pada hari jumaat.
Pada 26-02-2010 Maulud Nabi Saw pada hari jumaat
Pada 02-04-2010 matinya Yesus Kristus pada hari jumaat.
Pada 28-06-2010 Hari Wesak pada hari Jumaat
Pada 10-09-2010 Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat “

Mungkin tuan2 jg pernah dapat sms ni kot…hmmm…heboh sangat nak tahu bila kiamat berlaku…DEMI ALLAH..kiamat pasti berlaku!!!…tarikhnya tak siapa tau, hanya Allah je yg Maha Mengetahui…persoalannya ‘apa persiapan kita menhadapi hari kebangkitan selepas kiamat’..hairannya, tak ramai yg ambik tau sangat keadaan masing2 di Mahsyar kelak…atau nasib menjawab soalan bocor mungkar nakir dalam kubur..ada yg kata pula “kiamat lama lagi baaa…” Inna lillah…jadi boleh lagi nak buat maksiat ? merempit ? Sebab org cakap kiamat lama lagi…sempat lagi bertaubat….Aiseeyyymenn..IYYEEE KEEE..??? sempat ke nak bertaubat? Malaikat Maut ada hantar poskad ke atau 'send sms' kalau dia nak cabut nyawa? Bukankah kalau dah masuk ke kubur kelak dah bermulanya kiamat bagi yang empunya diri? Kalau dah masuk dalam kubur mana bole keluar balik tuk beramal..ye tak? Ali r.a bagitahu, kubur adalah persinggahan yg pertama..jika selamat di dalamnya maka perjalanan seterusnya akan selamat, jika tidak, perjalanan seterusnya akan lebih buruk lagi…

Kenapa kita tak fikir risau keadaan kita dalam kubur…yaumul mahsyar….atau jadi penghuni neraka ke atau syurga, Sekaligus buat persiapan utk kehidupan selepas mati? Sebab tu la saya, tuan2 dan seluruh umat kena buat dakwah utk perbaiki iman dan amal…lebih2 lagi bulan ni Maulid Nabi saw, apa kata selepas berarak bawa sepanduk tu, kita buat kerja dakwah sambung kerja nabi utk sebarkan dan tegakkan kalimah Allah sebagai tanda kita cinta dan sayangkan nabi.

1 comment:

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails