CARI DALAM BLOG INI

Monday, March 29, 2010

PERNIAGAAN YG MENGUNTUNGKAN


”Assalamualaikum…..”, Aku dengan muka selamba keluar kat muka pintu “walaikumsalam..” “ada kawan2 saya datang sini dua tiga hari yg lepas promosi produk penapis air ?” .Laaaa, salesman rupanya.”Ada juga diorang datang beberapa hari yg lepas. ”Jawabku ringkas”.,Bleh tahan juga taktik diorang nak promosi barang, kalau aku cakap takde tadi memang diorang zihin aku habis2,tapi memang betulpun ada member2 diorang datang kat rumah,bukannya aku nak mengelak.. Lepas tu diorang beredar….hmmm,ingatkan sapa tadi…lepas tu aku tengok diorang ketuk rumah2 kat sekitar taman perumahan ni sebijik-sebijik, bagi salam lagi, tak taula rumah org islam ke tak…macam buat ghast la pulak…tapi tengok diorang punya keazaman dan ketabahan promosi barang diorang punya lah aku respect. Yelah..pernah satu kali dalam warung tengah feeling pekena nasi goring pataya, datang brother ni promosi produk dia…meja ke meja dia jumpa org tanpa jemu tanpa takut kena baling dgn gelas atau mangkuk…terfikir juga, kalaula diorang ni dan karkun2 (termasuk aku) buat dakwah macam tu …..barulah happening !!!…ni tak,macam akulah tu, buat ghast jumpa org pun tengok2 rumah atau tengok org, nampak ada tattoo/muscle atau misai tebal ular sawa sikit kecut buah pinggang. “Oooo…tak bleh, rumah ni tuan rumah nya garang, nanti kena parang kita….” dah tu bagi salam pun slow…pitching pun tak tinggi…macamana org nak dengar….hmmmm,,iman kamzur (lemah) katakan,,macam akuuuu….apapun ulama bagitahu, org yg bermalu-malu muka jumpa manusia semata2 kerana agamanya, kelak di akhirat Allah malu untuk menghisabnya….

Bila difikirkan, kenapa brother2 salesman kita ni berani dan sanggup jumpa macam2 jenis orang dan sanggup terima cemuhan orang hatta maki-hamun. Yelah, kalau di dinding pintu dah digantung “NO SALESMAN/SALESGIRL” tandanya orang tak suka la tu….BUKANNYA di sini nak memperlekehkan kerja diorang, diorang pun cari rezeki yang HALAL kan bukannyanya jual dadah ke, pil kuda ke…….tapi, nak 'MAIN POINT IS' diperkatakan sini ialah TAHAP KESUNGGUHAN diorang nak promosi barang / produk diorang. Macam aku kata tadi respect la…tabik spring lagi…. Aku ni tak pernah pun jadi salesman ni, tapi aku dengar banyak komisyen dapat. Kalau rajin dapat ramai pembeli lagi fuyooohh….kayaa….banyak komisyen dapat. Tapi kalau takde pembeli takdelah kot komisyen. Kalau ada pun tak banyak…

Haaaa…ni ada satu berita baik punya. Satu perniagaan yg menguntungkan. ‘Komisyen’ gerenti dapat.. kita jumpa org ‘promosi’ benda ni, orang dengar ke tak, ikut ke tak, suka ke tak, pasti ‘Bos’ kita akan bagi ‘komisyen’ / ganjaran. Bukan 1 kali ganda, atau 10 kali ganda punya komisyen, tapi 700 ribu kali ganda wa cakap luuu..!!!!! Malah bleh menjangkau paling kurang 49juta kali ganda…ada ke bank buat tawran begini? Simpan seringgit ganda sampai 700ribu paling kurang..??? NAK TAU apa dia? INILAH DIA KERJA DAKWAH ILLALLAH…. Inilah sebenarnya PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN DUNIA AKHIRAT….siapa2 pun bleh buat..tak semestinya dia ustaz/ulama tapi semua umat islam,umat Nabi SAW BOLEH buat kerja ni, sebab itu adalah maksud Allah hantar kita ke dunia bukan sekadar ibadat, tapi asbab kemuliaan ummat akhir zaman,ajak manusia untuk kenal pada Allah…kalau kita tak layak nescaya Allah hantar kita di zaman nabi Nuh a.s atau Nabi Musa a.s yang tugas dakwah hanya Nabi yang buat dan kaum dia sekadar IBADAT je…..tapi hari ni Nabi Muhaamad adalah penutup pintu kenabian, jadi tanggungjawab utk ajak manusia pada Allah diletakkan di bahu2 kita semua utk sambung kerja Nabi SAW…. Bukan sekadar ibadat tapi sampaikan agama sekali….
Wallahu a’lam

1 comment:

  1. umat ini mempunyai kelayakan untuk buat dakwah, jika kemampuan tu tak digunakan untuk dakwah maka akan digunakan untuk perkara lain.
    semoga Allah pilih saya lagi dan lagi.

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails