CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, March 31, 2010

TAQWA DAN FATWA


Waktu hampir masuk untuk solat zohor. Setelah siap menyusun failnya Ali menukar pakaian dan bergegas untuk ke Masjid berdekatan.

Ali: Abu, jom solat..(sambil membelek jam tangannya),sempat lagi ni..
Abu: Kejap..nak pegi la ni..

setelah menulis sesuatu di atas kertas Abu pun menyusul di belakang Ali. Ali mengerutkan dahinya.

Ali: kalau ye pun tukar la baju elok skit.
Abu:Takut tak sempat la. Lagipun, ni ok apa? Tutup aurat juga.
Ali: yela…kita solat ni kan nak buat Allah suka
Abu:Habis tu?
Ali: kita buat la yg allah suka..

Abu mengerut dahinya

Abu: habis tu tak sah la solat dgn T-shirt dan jeans ni?
Ali: Aku tak cakap camtu…ok,.,,kalau sorang pakai jubah dgn serban
sekali dan ada org pakai T-shirt dan jeans utk tunaikan solat, insyallah
dua2 sah solatnya tapi, rasa2nya mana satu yg Allah suka? Solat
dengan jubah dgn serban atau t-shirt dgn jeans?

Abu diam…

Ali: tentula Allah paling suka solat yg ditunaikan mirip2 dengan kekasihnya
kan…sunnah nabi.
Abu:habis tu,ada jg saya Nampak Imam solat pakai baju kemeja bertali-
leher dan berseluar sleigh.
Ali: kita ni nak ikut sapa? Ikut nabi ke, ikut orang lain?
Abu: jadi kalau gitu nak naik unta la?.Abu tersengih.
Ali: laa, corner ke situ pula…nabi ajar doa naik kenderaan bukannya doa
naik unta…lagipun kalau naik unta apa salahnya, jimat duit beli
minyak.

Abu tersengih lagi.

Ali: beginilah, setiap sunnah nabi tu pasti ada kejayaan, walaupun org
nampak remeh dan org memperlekehkan sunnah ‘ketinggalan zaman’
dan sebagainya. Tapi sejauhmana kita genggam sunnah nabi kuat2
disitulah terletak kejayaannya. Dulu org barat mempertikaikan org
islam makan guna tangan, hari ni diorang pula bangga makan dengan
tangan sebab didapati ada enzim pada tangan yg membantu
penghadaman. Tapi kena ingat, kita makan dengan tangan untuk ikut
sunnah nabi bukannya sebab ada enzim tu….niat kena betul, kalau tak
enzim je dapat, pahala amal sunnah tak dapat…rugi..rugi..rugi..

Abu:tapi kenapa ada orang tak suka simpan janggut, kalau ada siap trim
lagi…
Ali: itu perlu perbincangan panjang…lagipun,seperti saya cakap tadi,setiap
perkara yg kita nak buat, kita buat untuk sukakan Allah kan..TAQWA
BERBEZA DENGAN FATWA..

“ ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…. “

Ali; haa…azan da tu…jomla, karang lambat pula..
Abu :ha’ah yela…solat awal waktu berjemaah pun sunnah juga kan..(tersenyum)
Ali: betul..betul..betul..
Abu: Jadi baju ni nak kena tukar juga ke?
Ali: Takpela…esok bawa kain utk solat dan kopiah sekali….
Abu : Insyallah…

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails