CARI DALAM BLOG INI

Monday, April 12, 2010

WANITA OH WANITA....


Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau..
Jalanmu mudah untuk ke syurga..
Taat Allah dan suami
Diberi pilihan pintu syurga mana tuk dilalui…
500 tahun dihias di syurga…
Ketua para bidadari…
10 ribu kali ganda lebih menawan….
Doamu lebih makbul drpd 70 wali…

Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau…
Kepayahan mengandung 9bulan 10hari
Diberi pahala puasa di siang hari dan solat di malam hari
Solat sunat 2 rakaatmu
Lebih baik drpd 80 rakaat wanita yg tidak hamil…
Keperitan tatkala melahirkan
Diberi pahala 70 tahun ibadat solat dan puasa sunat
Setiap urat yg putus
Diberi ganjaran….
Setiap kesakitan diberi pahala haji..
Nyawa melayang
Dikira syahid!!


Wanita oh wanita,
Bertuahnya dikau…
tutup aurat dgn sempurna
Allah sendiri ziarahmu di Syurga…
Engkau menyapu rumah dgn berzikir,
Pahala ibarat menyapu keliling Kaabah..
Suamimu gelisah dikau hiburkan
Mendapat pahala separuh jihad!!!
Menjaga harta,anak dan maruahmu
kala suami di JALAN ALLAH
Dikau bolot semuanya sekali!!!!!

Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau..
SEANDAINYA KAU TAHU…..


Dipetik dan diolah drpd :
Buku Tertib Usaha Masturat
Oleh :
Hj. Othman Sipol S.P
Terbitan :
KBC

2 comments:

  1. Benar. Beruntungnya wanita tersebut jika dapat menjadi seperti yang dikehendaki Allah dan RasulNYA. Tetapi sebahagian wanita yang ada pada hari ini, amat mendukacitakan. Mereka menjadi anak panah syaitan yang telah menggugurkan ramai pejuang Islam. Mereka menghanyutkan kaum qowwamun dengan kecantikan dan kepalsuan. Oh, pilunya hati ini mengenangkan. Apakah aku jua boleh selamat dari menjadi anak panah syaitan?...Doakanlah semua wanita hari ini agar kami semua selamat dari menjadi fitnah dan difitnah.

    ReplyDelete
  2. AMIINNNN...sebab tu lah wanita kena turut sama untuk buat USAHA ATAS IMAN, bukan lelaki je mau masuk SYURGA..syukri

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails