CARI DALAM BLOG INI

Monday, May 24, 2010

KENANGAN SILAM...1

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak citer tentang kisah2 rakan2 seusaha kita sejarah penglibatan mereka dalam usaha ni...sekadar nak kongsi pengalaman diorang dgn semua yg datang bertandang di blog ni...entri ni saya amik daripada blog rakan seusaha dlm laman web diorang. Insyallah sekadar perkongsian, bukannya nak cari untung atau dapat tender atau ada 'business'....

KESAH PERMULAAN BAGAIMANA AKU MULA DIBAWA DALAM USAHA AGAMA NABI SAW (caponenkolakedah.blogspot.com)

Bismillahirrohmanirrohim ,

Kesah ini bermula lewat tahun 70an ketika itu aku belajar di Sekolah Menengah Jitra di tingkatan enam rendah . Aku tinggal di rumah sewa bersama empat orang kawan, aku, Ku Abdul Halim, Harun dan Azizan. Rumah sewa kami ditepi sungai , Sungai Korok dalam Pekan Jitra, Jarak rumah kami dengan sekolah lebih kurang 500m dan dari masjid daerah jitra juga lebih kurang 500m, masjid ini sekarang tidak lagi menjadi masjid daerah kerana masjid daerah telah dibina baharu ditempat lain. Masjid ini pernah menjadi markas jemaah tabligh seketika dulu. Kami berempat setiap hari berjalan kaki berulang ke masjid setiap kali solat fardzu. Pada bulan puasa kami tutup dapor dan periuk sebab dimasjid tiap-tiap hari ada kenduri berbuka puasa, jadi makanan itu juga kami simpan guna untuk sahur.

Di Jitra waktu itu ada sebuah sekolah swasta di Lorong Alif, pengusahanya Cikgu Osman iaitu guru saya di SMJ. Disekolah itu ada seorang guru bernama Cikgu Anuar (sekarang kerja dgn TM), ia sudah keluar dakwah selama 4bulan di India, Pakistan dan Bangladesh kalau tak silap tahun 1978. Cikgu Anuar ini dia suka berbual dengan kami dan bercerita tentang usaha dakwah. Kami suka mendengar ceritanya kerana ada perkara baharu yang belum pernah kami dengar, terutama cerita tentang ulamak-ulamak yang membuat usaha agama saperti sahabat nabi saw. Cerita tentang pengalamannya di IPB dan banyak cerita-cerita sahabat yang diceritakan kepada kami. Akhir sekali beliau telah memberi kepada kami kitab “FADZILAT SALAT” kulit bewarna hijau. Inilah detik permulaan kami dalam penglibatan dalam usaha agama Allah swt.

Mula-mula kami disuruh membaca kitab ini satu atau dua hadis selepas solat asar setiap hari, jadi setiap hari kami akan bergilir-gilir membacanya setiap hari selepas asar di Masjid. Lepas itu dia memberi kelebihan kepada kami agar dapat dibaca dirumah sewa kami pula, jadi dengan kitab yang sama, kami bacalah kat rumah sewa selepas pulang dari masjid selepas solat isyak. Kitab ini kami simpan dirumah kami kerana ada suatu ketika kami simpan di masjid ia hilang diambil orang . Perbuatan kami berempat berulang alik ke masjid ini rupanya menjadi perhatian orang kampong disitu dan mereka amatlah suka kepada kami hingga ada satu keluarga tu anaknya dari tak pandai solat jadi pandai dan tidak tinggal solat dan setiap kali pulang kerumahnya mesti ia memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk rumah.

Seterusnya apabila kami sudah istiqomah membaca hadis di masjid dan rumah, Cikgu Anuar mula mengajak kami ke Markas Tabligh yang terletak di Tanjung Pauh lebih kurang 4 Km dari Jitra. Masjidnya waktu itu kecil sahaja, sekarang dan jadi masjid baharu dan besar. Aku dan Ku Abd Halim menyahut ajakan terus pergi, sementara Azizan dan Harun mereka tidak bersedia untuk pergi ke markas (Sehingga sekarang pun bila aku bawa jemaah khususi untuk ajak mereka buat usaha agama masih juga tak bersedia ) . Cikgu Anuar datang mengambil kami dengan keretanya kemarkas.

Di markas aku melihat satu suasana yang mana orang yang datang kebanyakkanya sudah tua-tua, waktu itu yang aku ingat orang muda, aku, Ku halim dan Khalid yang masih bersekolah, hadir malam markas antara 20 hingga 30 orang. Selepas asar hari khamis di markas , seorang telah diberi tugas untuk memberi adab “Ghast”, dalam ceramahnya aku tak faham beberapa sebutan yang pertama kali aku dengar antaranya ialah “Gasht”, “Bayan”, “Mutakallim”. Amer sab”, “Rahbar” “Tashkil” “Iklan” “Takril””istiqbal”. Aku mendengar penjelasan yang diberi dengan sungguh-sungguh, apabila habis penerangan diberi dia terus bertanya siapa yang nak jadi mutakallim, kemudian rahbar lepas tu,takril dan lepas tu bayan, Tahukah anda setiap kali dia bertanya siapa sanggup nak jadi saperti diatas, akulah orang yang pertama mengangkat tangan menyahut panggilan untuk menjalankan tugas yang mana langsung aku tak faham apa-apa. Aku bersyukur kepada Allah kerana waktu tu Allah telah terima kesanggupan aku untuk menjalankan tugas yang aku tak faham tu sampailah sekarang, Alhamdulillah, sebagaimana ketika aku berusia 10 tahun jemaah tabligh India Maulana datang ke kampong aku di Kuala Kedah dalam tahun 1970, apabila diminta nama untuk keluar 4 bulan aku telah berdiri memberi nama aku, walaupun masih ku ingat waktu itu aku duduk dibelakang sekali dan tidak faham apa-apa , kemudian selepas 10 tahun aku member azam, dalam 1980 aku telah diberi Allah untuk keluar 4 bulan dijalan Allah swt.

Di markas setiap kali program yang dibuat aku kaji dan lihat bagaimana semua orang tak kira tua atau muda semuanya patuh pada satu arahan sahaja daripada satu orang yang dipanggil “amer”. Lepas magrib bayan diadakan, dan aku duduk dihadapan sekali mendengar ucapan-ucapan yang diucapkan oleh penceramah, yang mana jalan ceritanya menarik, penyampaiaanya bersahaja penuh fikir dan menyentuh hati sanubariku, ceritanya hanya tentang perjuangan nabi dan sahabat-sahabatnya, tanpa ku sedari air mataku bercucuran dipipiku terus kedaguku dan menitis diribaku. (Janggut belum tumbuh lagi, masih muda). Penceramah langsung tidak menyentuh peribadi sesiapa dari kalangan manusia yang hidup atau sudah mati yang boleh menjatuhkan maruah mereka apatah lagi mencela mereka tidak sama sekali, ini amatlah membuat aku kagum, ceramah yang panjang dan tidak satu bentuk humor yang boleh diketawakan pun tidak ada, suasanya penuh kesyahduan. Sebelum inipun aku pernah mendengar ceramah tentang perjuangan nabi dan sahabat dari program lain samada politik atau lain-lain pergerakan, ceramahnya amatlah berlainan sekali tak payahlah aku sebut dimana perbezaannya.
Selepas selesai bayan dan orang memberi nama termasuk aku untuk keluar jalan Allah, solat Isyak , kemudian program tamat dengan bacaan kesah hidup para sahabat nabi saw. Sebelum itu diberi adab tidur cara nabi saw tidur, pertama kali aku dengar dan terus aku amalkan. Selesai semua program tibalah masa makan malam, kami berdua tidak membawa makanan , jadi merekalah telah ikrom kami makan malam, nama yang tidak boleh aku lupa dalam memberi makan ini ialah Allahyarham Bang li, Allahyarham Pak Yob, Allahyarham Hj.sirat Pak haji Awal (capati /roti waktu pagi), Selepas itu setiap minggu kami tidak pernah lepas peluang datang ke markas, samada mereka ambil atau berjalan kaki 4 Km ke markas setiap khamis petang lepas asar, orang yang biasa mengambil kami untuk ke markas ialah Cikgu Yaakob dan Tuan Hj Marwan ( Bendahari UiTM Shah Alam). Hj Marwan yang banyak menasihati kami tentang kepentingan menjaga pelajar dan belajar dengan rajin, beliau merupakan jemaah pelajar dari Malaysia yang pertama keluar 4 Bulan ke IPB bersama Tn Hj Salleh Mubin (T bg Haji), Hj.MOhd Amin (UTM Sekudai), Dr. Khaider (UPM-Fizik pensyarah aku) dan lain-lain aku dah tak ingat nama mereka).

Tahap ketiga adalah mereka mengajak kami keluar satu hari setengah nisab pelajar, Alhamdulillah kami berdua tidak lepas peluang untuk keluar, amer jemaah kami yang mula masa itu ialah Allahyarham Hj Ramli (Bang Li). Aku budak baru belajar pertama kali keluar tetapi aku mempunyai kesanggupan untuk membuat semua perkara yang ada didalam usaha tabligh masa itu, dari khidmat taam sampailah kebayan semuanya aku sanggup buat. Tapi apa yang diputuskan untuk aku buat ialah duduk dalam taklim 4 jam dan kena hafal hadis yang didengar dengan sempurna termasuk perawinya, malam sebelum tidor dalam program muhasabah amer mahu aku hafal 3 doa masnun amalan harian dan dibaca dihadapannya. Apa lagi aku buatlah apa yang disuruh dan Berjaya melakukannya, beginilah setiap kali keluar kena hafal doa kemudian adalah peningkatanya membuat khususi, mutakallim. Khidmat dan semuanya kecuali amer jemaah sahaja aku tak jadi. Banyak doa masnun yang aku amal sekarang pun merupakan dari hafalan tersebut. Sekarang hati dah benak nak menghafal cepat lupa, (Tanda dah tua).

Di sekolah, selepas kami sudah belajar keluar dakwah satu hari maka fikir aku dan Ku Abd Halim dah bertambah. Kami mula fikir bagaimana kawan –kawan sekelas dengan kami dapat mengambil usaha nabi saw, Kelas kami adalah kelas sains, jadi semuanya kaki ulat buku, termasuk Ku Abd Halim ini juga ulat buku, tapi aku separuh ulat buku sahaja, jadi aku tak lepas peluang, nampak sahaja member rehat aku cerita tentang usaha agama pada mereka setiap hari. Dugaan masa itu memanglah banyak , guru-guru pandang serong pada kami, mereka kata kami sesat ikut tabligh India, tapi aku buat bodoh aje, teruskan usaha dengan jostnya . Masa berlalu dengan cepat namun tiada seorang pun dari kawan sekelas yang mahu ikut kami untuk ke markas apatah lagi mahu keluar, tapi aku tetap sabar.

Masa untuk berpisah dah semakin hampir apabila peperiksaan STP bermula, masa inilah kerisauan aku semakin bertambah dan aku luahkan kerisauan ini pada sahabatku Ku abd Halim, kataku “Halim kita dah nak habis belajardah dan akan berpisah, kawan-kawan kita seorang pun tidak mahu keluar di jalan Allah nanti aku takut bila kita mati Allah akan soal kita atas perkara ini, mailah kita buat sesuatu macam mana nak bagi depa ikut usaha nabi saw” kawan aku ini dia slow and steady ,buat kerja dengan fikir.

Aku cadangkan padanya supaya dapat buat perhimpunan kecil di rumah sewa kami dengan melibatkan orang awam untuk memberi penerangan yang lebih baik, setelah bermesyuarat dengan orang markas maka mereka bersetuju untuk datang dan menyediakan sedikit makanan, masa itu peperiksaan STP baru bermula. Aku dan sahabat aku ini setiap kali apabila habis sahaja paper yang diambil kami akan duduk bersama kekawan yang sebuk tengah bincang soalan terus sahaja terangkan kepentingan usaha agama dan ajak mereka untuk hadiri perhimpunan di rumah kami. Beginilah keadaan kami sebuk dakwah ditengah peperiksaan STP yang sedang dijalankan sehinggalah di hari akhir peperiksaan. Hari akhir ini hari yang paling sebuk kerana untuk menuai hasil usaha yang dah setahun dijalankan, akhir sekali dengan kehendak Allah berhimpunlah juga lebih kurang sepuluh orang. Maka penerangan dibuat dan apabila taskil dibuat dua orang telah memberi nama untuk keluar tiga hari. Aku dan sahabatku dah siap untuk keluar 4B jalan kaki dalam negeri. Dua orang yang bersedia keluar 3 hari itu ialah Alaudin dan Ku Halim bin Ku Hamid namanya sama dengan sahabat aku bezanya sahabat aku Ku Abd Halim Ku Taha. Alaudin ini dia hanya keluar 3 hari lepas itu dah tak mahu keluar lagi, sekarang pun aku jumpa dengannya dan ajak keluar 3 hari lagi, dia tak bersedia untuk keluar, sekarang ia jadi guru. Sementara Ku halim Ku hamid ini dia merupakan kawan baik aku, kawan yang selalu buat bising dan merayau, dia telah keluar 3 hari dan apabila pulang dari 3 hari dia mempunyai semangat untuk meneruskan usaha agama, Alhamdulillah apabila dia menyambung pelajarannya di UKM dia menjadi fikirman disana dan orang yang korban, apabila tamat belajar keluar 4 bulan, sekarang menjadi Prof penuh di UiTM Shah Alam Frof Dr Ku halim Ku Hamid, mukanya selalu keluar kat kaca TV dalam program Inovasi.Sudah lama aku tak berjumpa dengannya, kami memanglah sahabat yang paling baik banyak kesah kami (Kalau hang baca tulisan ini hang ingatlah kat aku). Seorang lagi sahabat kami dia tidak datang dalam perhimpunan kerana nak balik Kuala Lumpur, dim Kuala Lumpur dia telah keluar 3 hari, katanya dia memang berminat untuk ikut dakwah apabila mendengan dari kami. Namanya Yusuf bin Said dari Limbang Sarawak, dia sambung pelajar kat UM dan pulang ke Limbang telah mulakan usaha disana, satu masa aku telah keluar 40 hari di Limbang banyak aku telah jumpa karkun hasil daripada usaha beliu, kini Yusuf ada kat Miri.

Tersebutlah kesah aku dan sahabatku Ku Abd Halim kami telah bersiap untuk keluar 4 bulan. Pada Nov 1980 bersama dengan kami lagi 2 orang pelajar namanya Haris dari Jitra dan seorang lagi Aris Awang dari Alor Setar tamat SPM. Kami berangkat ke Kuala Lumpur dan sampai kat Masjid India kami diputus untuk keluar dengan jemaah 4bulan jalan kaki dari Terangganu ke Penanti Puau Pinang. Amer jemaah kami ialah Hj Harun dari Tanah Merah Kelantan. Sebelum berangkat , dimasjid India, Hj Marwan memberitahu kami bahawa kami merupakan orang Kedah yang pertama keluar 4 bulan jalan kaki di Malaysia, masa itu Hj Marwan dah bekerja di ITM Shah Alam.

Alhamdulillah kami selesai keluar 4 bulan dan pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan usaha. Ku Abd Halim dia layak untuk masuk universiti tapi dia menolaknya dan menyambung pelajaran agamanya di Pondok Penanti sehingga tamat pengajian dan keluar IPB setahun ikut nisab ulamak, dan sekarang dia mengajar di Pondok Penanti dan menjadi ahli Syura Markas Penanti. Sementara Aris bin Awang apabila pulang ke Alor Setar sempat keluar 3 hari bersama aku kat Alor Setar sekali dan masuk belajar kat ITM Shah Alam (tidak Habis) pulang kampong aktif dalam PAS dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Kedah. Haris pula balik kampong dan membuka perniagaan sendiri, sebuk dan terus tidak keluar-keluar sampai sekarang, lama dah tak jumpa. Sementara aku pula sambung belajar kat UPM menjadi guru, sudah ada tiga orang cucu, sekarang kesihatan pun semakin kurang dan selalu berulang masuk hospital (anugerah Allah swt) tapi Alhamdulillah aku syukur pada Allah walau apapun keadaan aku Allah tetap memberi kebaikan kepada aku dan keluarkan aku 3h dan 40 hari setiap tahun ikut nisab termasuk usaha masturat sampai sekarang dan aku berdoa semoga Allah kekalkan aku dan semua sahabat aku dan semua rakan usaha untuk tambahkan korban dan kekal dalam usaha agama Allah swt.

Jika diizinkan Allah aku akan menulis pengalaman keluar 4 bulan jalan kaki era permulaan jemaah jalan kaki bermula
1) Jemaah pertama dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang
2) Jemaah kedua dari Pulau Pinang ke Terangganu
3) Ketiga dari Terangganu ke Penanti (jemaah akulah)

http://caponenkolakedah.blogspot.com/2010/05/mki-masihkah-kau-ingat.html


No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails