CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Friday, March 25, 2011

KARKUZARI : PENSIANGAN DAN PAGALUNGAN

KARKUZARI JEMAAH KE PENSIANGAN-PAGALUNGAN, NABAWAN

PENGANGKUTAN :

Jalan Darat – Keningau ke Pengkalan Salong : RM30 seorang

Masa : ±2 jam

video

JALAN DARAT, KENINGAU-SALONG

Jalan Air – Pengkalan Salong ke Pensiangan : RM250 per bot
Masa : ±2 ½ jam
Jalan Air – Pengkalan Salong ke Pagalungan : RM100 per bot
Masa : ±1jam







video

PENGKALAN SALONG

video

BOT : SALONG - PENSIANGAN

BIL. KELUARGA/RUMAH ISLAM :

Kg. Salinatan, Halqa Pensiangan : 2 keluarga (menurut org kampong )
Pengerusi Surau : Tn. Hj. Andikin
- Orang Islam keluar ke pekan Nabawan, termasuk pengerusi surau sekolah. Surau berkunci dan jemaah tunaikan solat zohor (qasar) kemudian berpatah balik ke Pagalungan.
AMBIL WUDHU
SOLAT DI TEPI SUNGAI, PENSIANGAN

Kg. Logongon, Halqa Pagalungan : 10 buah keluarga islam
Pengerusi Surau : En. Junaidi.

video

MASJID LOGONGON, PAGALUNGAN
- menurut orang kampong, dahulu tiada gereja (Basel) dan boleh dikatakan kebanyakannya islam mualaf daripada program pengislaman USIA dan YADIM. Tapi, setelah mengucap dan tidak di’follow up’, akhirnya daripada 80% islam menjadi 30% islam. Sekarang sudah ada gereja bertapak di sana. Namun, ada juga yang telah memeluk islam termasuk seorang bekas Paderi di gereja berkenaan iaitu baru 2 tahun.
- Jemaah berada di sana selama 3 hari dan berpindah ke Pengkalan Salong selama sehari.

Halqa Salong : lebih 40 buah keluarga Islam.
Pengerusi Surau : En. Mukat@Abdul Rahman.
Ustaz : Hamidi dan Mali

- Semasa jemaah berpindah bersamaan dengan Hari Jumaat, dimaklumkan oleh pengerusi surau bahawa sudah lama tiada Solat Jumaat walaupun bilangan orang islam melebihi 40 orang. Dahulu pernah dibuat sekali, itupun tak mencukupi org. Kalau nak solat Jumaat atau buat apa2 program, mesti tulis surat untk dimaklumkan, termasuk solat Hari Raya. Jadi, setahun hanya 2 kali sahaja org datang ke surau untuk Solat (istigfar)…

- Mahala2 (masjid/surau) dalam Halqa Salong :

1. Tinanduk : majority islam, tapi tiada surau (pengerusi ,Agus Perisa)
2. Kg. Sikait : 1 keluarga islam,Ust Abd Karim(hafiz)
3. Kg. Simolombom : 2 keluarga islam, En. Mali Lungsu
4. Kg. Kuyoh : 1 keluarga Islam
5. Kg. Singkaluan : 2 Keluarga, En. Angkaut
6. Kg. Sinikaluan : 2 keluarga
7. Kuala Salong : 11 keluarga
8. Pengkalan Salong : 3 keluarga
9. Kg. Balantos : 5 keluarga
10. Kg. Tikandis : 1 keluarga
11. Kg. Agis : 14 keluarga
12. Kg. Sabulu : 3 keluarga

5 comments:

  1. salam tuan..nampak cam ade student ums follow je..yang pakai beg galas biru tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. wasalam...insyallah bukan...itu student IPK (inst. perguruan keningau)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz...mabruk atas perjalanan ustaz ke kampung kami....baarakallahu fik.

    ReplyDelete
  4. sye kenal yg dlm gambar tu, abg maidi, abg mukhlisin...kami baru tangguh 40 hari di tenom dan keningau ari tu

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum..
    Kenal sangat gambar Jeti Salong..
    Ada masa singgah di Surau al-Nusrah, Salong..

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails