CARI DALAM BLOG INI

Saturday, July 2, 2011

AMALAN MASJID

MAHALA SAYA : MASJID AR-RAHIM, PEKAN KENINGAU, SABAH



Dalam satu peperangan, ada seorang tawanan perang di bawa dihadapan Rasullulah SAW. Nabi SAW memerintahkan sahabat supaya dia diikat di tiang masjid selama tiga hari, kerana masa tu tiada penjara. Nabi perintahkan juga supaya tawanan itu dilayan dengan baik, diberi makan dan minum yang terbaik selama tiga hari dalam masjid.

Selama tiga hari ditawan dalam masjid, tawanan tersebut melihat amalan-amalan para sahabat dalam masjid dan para sahabat bergaul dan berkasih-sayang antara sama lain. Amalan-amalan yang terdapat dalam masjid pada ketika itu membuatkan tawanan tersebut terkesan dengan suasana amal dalam masjid Nabi.

Setelah cukup tiga hari dalam tawanan, tawanan tadi dilepaskan pergi oleh Nabi SAW. Namun, setelah dilepaskan oleh Nabi, tawanan tadi telah berpatah balik ke masjid dan menyatakan keinginannya untuk menerima Islam.

Subhanallah….tawanan tadi Cuma diikat di tiang masjid sahaja, dia bukannya IKUT buat AMAL dalam masjid. Tetapi, terkesan dengan AMALAN dalam MASJID pada masa tu menyebabkan timbul keinginan untuknya menerima islam…apatah lagi orang yang BUAT AMALAN dalam MASJID itu sendiri….orang yang Cuma duduk saja dan terlibat dalam suasana Amal dalam masjid pun dapat hidayat apatah lagi orang yang buat Amal itu sendiri…


Cuba bayangkan kalau kita keluar 3 hari..dalam masa 3 hari kita 'kurungkan' diri di masjid,'ikat' diri kita,jadikan nafsu sebagai 'tawanan' kita dengan amalan dalam masjid; buat amalan dakwah,ziarah rumah ke rumah,hidupkan masjid dengan amalan, talim taklum, zikir ibadat, khidmat, dan amalan2 lain...apatah lagi kalau keluar selama 40 hari atau 4 bulan?


sebab itulah ulama minta kita menghidupkan amalan-amalan dalam masjid setiap hari dalm 24 jam dengan amalan-amalan masjid seperti mana amalan masjid di zaman Nabi dan para sahabat. Ditambah lagi baru2 ni ulama minta untuk buat DTI (Dakwah-Taklim-Istiqbal) dan jumpa orang Door-to-door,semuanya bertujuan untuk menghidupkan dan mengimarahkan masjid...

Ulama minta kita untuk menghidupkan masjid/surau dengan amalan-amalan DAKWAH,TAKLIM WATTAKLUM (AJAR dan MENGAJAR),ZIKIR IBADAT DAN KHIDMAT… Amalan ni dapat dihidupkan dengan 5 AMAL MASJID; 1. FIKIR HARIAN, 2. 2JAM SETENGAH, 3. DUA ZIARAH, 4. DUA TAKLIM, 5. KHURUJ 3HARI SETIAP BULAN…

CONFUSE ???? TAK BERAPA FAHAM ????

Saya tak expect tuan2 akan faham dengan apa yang saya post’kan ni sebab kefahaman tu bukan berdasarkan apa yang kita baca, tetapi apa yang kita dah tahu kita amalkan…PERKARA2 ni tuan-tuan akan tahu bila tuan2 luangkan masa keluar di Jalan Allah. Sejauh mana pengorbanan kita atas agama sejauh itu Allah akan bagi faham…kalau saya hurai sebiji-sebiji tentang amal2 ni pun,InsyAllah tuan2 takkan faham…JADI, tiada cara/jalan lain melainkan kita keluar di jalan Allah dengan harta,diri dan masa kita….

INSYALLAH…..

2 comments:

  1. insyaAllah sy akan ke sabah 40 nisfu Syaaban nh.. markaz beaufort mgkn..

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..ada sorang student UMS tinggal x jauh dari tempat tinggal cikgu kali..nama dia zulizan first year..dia ada minat mau kuar tp teda orang mau follow up..dia bilang dia kenal sama cigu..kg dia konatun baru kalau inda silap.

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails