CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Saturday, September 17, 2011

MENTEGA GOLEDEN CHURN ADA DNA BABI

Mentega Golden Churn ada DNA Babi, Digunakan Secara Meluas untuk Kek Lapis Sarawak
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category:



Saya petik:
JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal [BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan Kek Lapis Sarawak sejak empat dekad lalu. Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.



Dipetik dari www.duniacacamarba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails