CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, November 16, 2011

TAKAZA



TAKAZA kita sebenarnya bukanlah masalah 3hari, 40hari, 4bulan atau 5 amal masjid. TAKAZA yang sebenarnya adalah untuk MENYEMPURNAKAN IMAN DAN AMAL KITA sebelum kita tinggalkan alam ini ke alam seterusnya. Atas perkara itulah, untuk menyempurnakan IMAN dan AMAL tadi kita kena korbankan harta, diri dan masa di Jalan Allah untuk USAHA atas IMAN dan AMAL tersebut. Yang bakal ditanya dalam kubur bukannya,' kamu dah keluar 4Bulan/40hari/3hari?'..tapi yang ditanya ialah,' siapa Tuhan kamu, Apa agama kamu, siapa Nabi kamu, Siapa Imam kamu, Siapa saudara kamu.' Semuanya tentang perkara Iman dan Amal..


kita bukannya ajak orang untuk 'ikut kumpulan Tabligh' seperti Kelab2 atau persatuan2 tertentu pula...TIDAK...tapi kita ajak orang untuk USAHAKAN IMAN dan AMAL mereka supaya IMAN dan AMAL kita jadi betul...kita usahakan iman amal kita dan kita ajak orang lain untuk usahakan perkara yang sama....


Atas perkara ini, kerisauan ini, masalah kubur, mahsyar, sirat, syurga dan neraka ini, kita perlu untuk USAHAKAN IMAN dan AMAL kita sebelum kita berpindah Alam seterusnya... dengan masa yang diberi sekitar 60-70 tahun, inilah modal kita untuk berusaha menyempurnakan IMAN dan AMAL kita....sebelum terlambat...


Doakan saya keluar 40hari cuti sekolah ni...doakan juga saudara2 kita yang azam untuk keluar bina IMAN YAKIN dan jemaah2 yang sedang bergerak supaya ALLAH bantu dan mudahkan pergerakan Jemaah, dan semoga pengorbanan mereka jadi asbab hidayat untuk mereka, ahli keluarga dan UMMAT Nabi SAW sampai hari kiamat...AMINNN

Saturday, November 5, 2011

PENGORBANAN...




KADANGKALA KITA MEMINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG INDAH,TAPI ALLAH SWT BERIKAN KAKTUS BERDURI. KITA MEMINTA RAMA-RAMA,TETAPI DIBERIKAN ULAT. KITA PUN SEDIH, KECEWA BAHKAN MARAH..! NAMUN, KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA, INDAH SEKALI DAN ULAT ITUPUN MENJADI RAMA-RAMA YANG CANTIK...


ITULAH JALAN ALLAH SWT, INDAH PADA WAKTUNYA.. ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN, TAPI ALLAH SWT MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN..


KADANG-KADANG KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA, BERBURUK SANGKA. TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA, ALLAH SEDANG MERANGKA...YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA...AGAR KITA BELAJAR UNTUK SELALU IKHLAS DAN REDHA... SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA...


Hmmm...kata-kata di atas tu aku dapat SMS daripada Ustaz Firdaus yang bertugas di Bumi Sabah kat Keningau...saja nak kongsi dengan tuan-tuan yang mengunjungi Blog ni... :)


ULAMA bagitahu, semua amalan-amalan dalam ibadat Haji telah diambil dan disyariatkan daripada PENGORBANAN 3 beranak...Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar a.s...


Bayangkan tuan-tuan, Allah perintah Nabi Ibrahim untuk Keluar Jalan Allah dan tinggalkan Anak Isteri di tengah padang pasir yang gersang tanpa asbab untuk hidup. hinggakan Siti Hajar bertanya adakah ini perintah Allah, Nabi Ibrahim hanya angguk kepala dan terus Isterinya redha... tuan-tuan, kalau kita kuar 40 hari atau 4 bulan, phergghhh...macam-macam orang cakap...'tak sayang anak bini' lah, 'kejamlah'...dan macam-macam lagi..sedangkan kita kuar bukannya ikut suka-suka je..keluar dengan Mesyuarat, ada 'tafakut' untuk tanya ehwal keluarga dan macam-macam lagi....lepas tu, bertimbun makanan dalam peti sejuk, berguni beras kita simpan kat rumah, berbukit duit belanja tuk keluarga kat rumah masa kita keluar nanti...pun orang cakap bukan2 tanpa usul periksa...sabar je la...dorang tak paham sebab dorang belum keluar lagi belajar buat pengorbanan, belajar susah payah untuk agama...


“ITU NABI…KITA MANUSIA BIASA..” Kadang-kadang orang cakap macam tu…Allahu Akbar…Cuba tengok dalam quran ANCAMAN yang Allah bagi kepada mereka yang LEBIH MENGUTAMAKAN bapa, anak, saudara mara, isteri, kaum keluarga, harta benda, perniagaan, dan rumah daripada Allah dan Rasul dan berjihad di Jalan Allah??? Kita selalu baca Surah Yassin … tau tak apa kisah yang ada dalam Surah tu? Apa pesan Nabi sewaktu Haji terakhir Nabi dalam Fattah Mekah? SEMUANYA tentang DAKWAH....

Ulama bagitahu, kebanyakkan isi kandungan Al-Quran berkisar dalam Perkara DAKWAH/AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR, Kisah Nabi-nabi buat dakwah, kisah kaum-kaum yang menentang dan menerima dakwah, kerajaan dan kaum yang dibinasakan kerana menolak dakwah, percakapan-percakan mereka dirakam, hatta binatang yang terlibat dengan Dakwah pun diceritakan.... dalam Quran ada disentuh tentang Solat, Haji,Puasa dan ibadat-ibadat yang, tetapi tidak disebut secara detail solat macamana,apa bacaan,rukuk apa mau baca,sujud apa mau baca,begitu juga puasa, haji dan ibadat yang lain..tetapi Dakwah, Allah bagitau secara detail cara dan tertib..cakap dengan lemah lembut walaupun Raja zalim seperti Firaun, dan banyak perkara-perkara disentuh bagaimana mau menjalankan Dakwah..ini bukan saya cakap sendiri, ini dipetik Bayan Ulama..


Berkat PENGORBANAN 3 beranak ni lah Allah telah syariatkan segala perbuatan mereka dalam Ibadah Haji...termasuk ibadah Korban...

APA yang telah saya dan kita korbankan hari ini untuk agama, tuan-tuan?Apa yang kita dah buat dengan iman dan islam yang kita nikmati secara FREE tanpa SUSAH PAYAH ni?....cukup ke SAYA DAH MENGUCAP..DAH ISLAM PUN, DAH SOLAT,DAH PUASA, DAH ZAKAT, DAH HAJI..ALHAMDULLILAH...CUKUP....TAK PAYAH SUSAH-SUSAH BUAT DAKWAH...USTAZ KAN ADAAA...JABATAN2 AGAMA KAN ADAAA....ASTAGHFIRULLAH....


PARA Sahabat Nabi SAW telah dijanjikan Syurga Oleh Allah..hatta 10 orang Sahabat telah dijamin Syurga Oleh Nabi SAW semasa di dunia lagi...PUN BEGITU bagaimana PENGORBANAN mereka untuk agama? Sehingga Nabi SAW masih perintahkan mereka untuk MEMPERBAHARUI IMAN mereka..bagaimana SAYA..bagaimana KITA?...

Kita di Malaysia tak nampak hari ni...bagaimana keadaan USAHA AGAMA di seluruh dunia....begitu maju sedangkan mereka TERUS maju dalam membuat PENGORBANAN untuk AGAMA...sedangkan kita masih tertanya-tanya,"DAKWAH NI FARDHU AIN KE FARDHU KIFAYAH???"..


WALLAHU A'LAM

P/S :

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

JOR KENINGAU DAN JOR MASTURAT

JOR KENINGAU, MAULANA IBNIZAM 4-11-2011
http://www.mediafire.com/?i39olg5v5wi55sa

JOR MASTURAT, HJ SULUNG 5-11-2011
http://www.mediafire.com/?knf783g50g6qj06

Wednesday, November 2, 2011

LAWATAN JEMAAH NAZIR

Hari ni ada lawatan daripada Jemaah Nazir dan Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Kota Kinabalu dan Daerah Keningau. Nak dijadikan cerita, orang yang sibuk adalah Guru Besar dan Guru-guru. Guru-guru yang terlibat dengan kursus bolehlah gelak, tapi yang kat Sekolah terkejar-kejar cari Fail dan kemaskini Fail-Fail tertentu. Fuhh…gelabah dibuatnya, termasuklah aku…hehehe…tapi Fail semua dah siap dah punnn… kalo kena Tanya bagitau je la… kalau takde bagitau je la…

Hmmm…terfikir juga aku…kalau di dunia pun dah gelabah dek kena ‘observe’ dan ditanya itu dan ini oleh Nazir, bayangkan kat Mahsyar nanti..bukan kat Mahsyar je.. dalam Kubur nanti kena Tanya itu dan ini..mana nak lari? Kat sini, bolehlah kelentong dengan Nazir, Fail yang diminta pun boleh ‘buat-buat’, isi fail boleh kelentong…boleh lari sembunyi kat Kantin atau menyorok kat pusat sumber…tapi dalam Kubur dan Mahsyar sana macamana? Bolehkah ‘edit’ Buku Catitan Amal?..boleh ke lari atau nyorok kat mana-mana?.. Hmmmmm …MACAMANALAH KEADAAN AKU???? MACAMANA KEADAAN KITA??? Sedangkan ‘Nazir’ Malaikat Kiraman Katibin dah pun catat apa-apa yang tyelah dibuat kat dunia dulu, nak lari kat mana..? Kalau AMAL baik, maka baiklah..kalau tak…ALLAHU AKBAR…

Nabi bagitau,’Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak ingat maut dan buat persiapan untuk menghadapi maut’… JADI, sama-samalah renung dan fikir sama-sama…KHUSUSNYA diri ini sendiri…MACAMANA? Dengan bagi harta, diri dan Masa di Jalan Allah untuk tingkatkan fikir atas akhirat dan kerisauan atas agama dan umat....


WALLAHU A’LAM.

p/s : nak kena keluar Jalan Allah lagi tuk tambah risau atas agama dan umat…Doakan saya..azam keluar 4bulan IPB tahun ni..walaupun cuti blum dapat..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails