CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, November 2, 2011

LAWATAN JEMAAH NAZIR

Hari ni ada lawatan daripada Jemaah Nazir dan Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Kota Kinabalu dan Daerah Keningau. Nak dijadikan cerita, orang yang sibuk adalah Guru Besar dan Guru-guru. Guru-guru yang terlibat dengan kursus bolehlah gelak, tapi yang kat Sekolah terkejar-kejar cari Fail dan kemaskini Fail-Fail tertentu. Fuhh…gelabah dibuatnya, termasuklah aku…hehehe…tapi Fail semua dah siap dah punnn… kalo kena Tanya bagitau je la… kalau takde bagitau je la…

Hmmm…terfikir juga aku…kalau di dunia pun dah gelabah dek kena ‘observe’ dan ditanya itu dan ini oleh Nazir, bayangkan kat Mahsyar nanti..bukan kat Mahsyar je.. dalam Kubur nanti kena Tanya itu dan ini..mana nak lari? Kat sini, bolehlah kelentong dengan Nazir, Fail yang diminta pun boleh ‘buat-buat’, isi fail boleh kelentong…boleh lari sembunyi kat Kantin atau menyorok kat pusat sumber…tapi dalam Kubur dan Mahsyar sana macamana? Bolehkah ‘edit’ Buku Catitan Amal?..boleh ke lari atau nyorok kat mana-mana?.. Hmmmmm …MACAMANALAH KEADAAN AKU???? MACAMANA KEADAAN KITA??? Sedangkan ‘Nazir’ Malaikat Kiraman Katibin dah pun catat apa-apa yang tyelah dibuat kat dunia dulu, nak lari kat mana..? Kalau AMAL baik, maka baiklah..kalau tak…ALLAHU AKBAR…

Nabi bagitau,’Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak ingat maut dan buat persiapan untuk menghadapi maut’… JADI, sama-samalah renung dan fikir sama-sama…KHUSUSNYA diri ini sendiri…MACAMANA? Dengan bagi harta, diri dan Masa di Jalan Allah untuk tingkatkan fikir atas akhirat dan kerisauan atas agama dan umat....


WALLAHU A’LAM.

p/s : nak kena keluar Jalan Allah lagi tuk tambah risau atas agama dan umat…Doakan saya..azam keluar 4bulan IPB tahun ni..walaupun cuti blum dapat..huhu

2 comments:

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails