CARI DALAM BLOG INI

Friday, January 6, 2012

SYUKUR....

Syukur..Allah pilih kita jadi umat Nabi SAW sebagai umat akhir zaman. Dan kita dihantar dengan satu tugas penting. Di bahu kita ada tanggungjawab yang besar iatu amalkan agama dan sampaikan agama.

Kita sedia maklum keadaan diri kita masing2 sebelum terlibat dengan usaha agama..entah dari mana Allah kutip kita daripada macam2 keadaan dan tempat..dan libatkan kita dalam usaha agama..barulah kehidupan beragama mula datang..kehidupan mula bertukar..kita pun mula kenal sunnah..mula pijak kaki kat masjid..

Maulana syamim bagitau,AJIB umat ini…kerana apa? Nabi2 terdahulu ditarbiah dahulu oleh Allah selepas tu baru diberi usaha agama..umat ini, diberi usaha agama kemudian barulah ditarbiah oleh Allah..Nabi Musa as turun naik bukit mengembala kambing, selepas tu baru diberi kerja dakwah…begitu juga dengan nabi2 yg lain ditarbiah dengan mengembala kambing..tetapi ummat ini diberi kerja dakwah dulu kemudian baru ditarbiah oleh Allah…

Nabi Isa a.s tanya dengan Allah bagaimana umat akhir zaman boleh buat kerja dakwah sedangkan mereka tidak ada ilmu dan hilm(hikmah), Allah sendiri jawab," AKU AKAN BAGI MEREKA ILMU DARI ILMUKU, DAN HILM DARI HILMKU."

wallahu a'lam

1 comment:

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails