CARI DALAM BLOG INI

Saturday, November 3, 2012

BOTOL AIR


CUBA BELI BOTOL AIR R.O (REVERSE OSMOSIS) YANG 500ML KAT KEDAI BERAPA HARGANYA? RM1.00 ATAU RM2.00..IKUT JENAMA... KALAU BOTOL YANG SAMA LETAK PULA AIR ZAM-ZAM KAT DALAM..HARGANYA MELAMBUNG NAIK, MUNGKIN RM10.00 SEBOTOL!! PASTU, LETAK PULA MADU KAT DALAM..LAGI MAHAL..RM30-50...KALAU LETAK PULA DALAM BOTOL TU SERBUK EMAS?? LAGI MAHAL...LETAK PULA DALAM TU INTAN  BERLIAN...LAGI MAHAL!! SEDANGKAN BOTOL SAMA CUMA ISI YANG BERLAINAN...

BEGITULAH DENGAN HATI KITA....APA YANG ADA DALAM HATI KITA?? HARTA, DARJAT, PANGKAT, KUASA ??? SAMALAH DENGAN BOTOL YANG DIISI DENGAN AIR PAIP...MALAH LEBIH TERUK LAGI KALAU BOTOL YANG DIISI DENGAN AIR LONGKANG...AGAK-AGAK LAKU TAK KALAU LETAK KAT SUPERMARKET ATAU WARUNG TEPI JALAN?... TETAPI KALAU HATI KITA ADA KEBESARAN ALLAH DAN SUNNAH NABI... IBARAT BOTOL YANG DIISI INTAN BERLIAN..MAHAL...BERNILAI...

BEGITULAH ALLAH PANDANG APA YANG ADA DALAM HATI KITA, SEPERTI KITA TENGOK ISI KANDUNGAN DALAM BOTOL TADI, MALAH LEBIH DARIPADA ITU ALLAH AKAN LIHAT DALAM HATI KITA...SEGALA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT, ALLAH MAHA MELIHAT...

PUN BEGITU...BOTOL YANG BERISI DENGAN BENDA MAHAL TADI KENA DIJAGA RAPI DAN LETAK ELOK-ELOK DALAM PETI BESI SUPAYA TAKDE ORANG CURI...KALAU LETAK KAT KAKI LIMA TENTU HILANG KENA KEBAS....BEGITULAH BERNILAINYA IMAN DAN AMAL DALAM HATI KENA DIJAGA DAN DISIMPAN ELOK-ELOK...JAGA MACAMANA? SIMPAN KAT MANA? IMAN DAN AMAL TADI DIJAGA DENGAN AMAL-AMAL SOLEH DAN DISIMPAN DALAM MASJID (DEKATKAN DIRI DENGAN MASJID DAN AMALAN DALAM MASJID)...KALAU IMAN TADI TAK DISIMPAN DALAM MASJID (AMAL MASJID), TAPI DILETAK KAT PANGGUNG WAYANG, KAT PADANG BOLA, KAT PUSAT HIBURAN, DILETAK KAT LORONG-LORONG GELAP...MAKA SYAITAN AKAN CURI IMAN TADI DAN MEMBUATKAN ORANG TADI JAUH DENGAN AGAMA...

WALLAHU ALAM...

2 comments:

  1. mksdnyer...hati kite seperti botol la

    ReplyDelete
    Replies
    1. TEPAT SEKALI...semua 'hati' kita sama...BEZA apa yang ada terkandung dalam hati tu...memang HATI kita MACAM 'BOTOL'...nak diumpamakan macam botol la tu tuan... :)

      Delete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails