CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Friday, April 5, 2013

AMALAN PALING KUAT...

Apabila Allah jadikan BUMI pada mulanya ia bergetar..lalu ALLAH jadikan Gunung-ganang ( Jibal ) sebagai pasak bagi BUMI, barulah ia berhenti bergetar..maka Malaikat takjub,

"Hebatnya Gunung, Bumi yg begitu besar pun berhenti bergegar...Ya Allah,ada ke makhluk lebih kuat daripada gunung?".


 Allah kata,"Ada, Al-Hadid (Besi)". Gunung yang begitu besar pun dapat dihancurkan dengan besi. Malaikat kagum lagi,"Masya-Allah,hebatnya Besi..Ya Allah, adakah makhluk lebih hebat drpd Besi?"...


"Na'am ( ada ), Naar ( Api )"..Besi yang begitu kerassss  pun lebur oleh api.

 
" Masya Allah,hebatnya Api..adakah makhluk lebih kuat dari Api?".."Ada, Al- Maa' ( Air )." Dengan Air, api yang panas padam....

 
Kagum lagi Malaikat," Hebatnya Air, adakah yang lebih kuat dari Air?"... Allah kata,"Ada, Angin". Kekuatan Angin boleh angkat air ke langit..boleh tiup Air ke tempat lain..

 
"Hebatnya Angin, ada yang lebih kuat dari Angin?"...Allah kata,"Ada, sedekah satu org Mukmin yang tangan kiri dia pun tak tahu apa tangan kanan dia bagi (ikhlas)"......Allahu akbar...

 
BAYANGKAN Sedekah adalah amalan sunat, namun amalan sunat ini pun lebih kuat daripada Angin, Air, Api, Besi, Gunung dan Bumi ni...kalau amalan sunat pun begitu hebat bagaimana amalan-amalan yang WAJIB / FARDHU...Solat, Puasa, Zakat, Haji..????Mesti lebih kuat lagi...Dan jika amalan sunat begitu kuat,amalan syariat (Fardhu) begitu kuat, bagaimanakah amalan yang mana dengan adanya amalan tu, wujud amalan-amalan sunat dan amalan yang wajib/fardhu??? Apa dia?...DAKWAH..

bila ada DAKWAH, sedekah wujud, Solat wujud, puasa wujud, Zakat wujud, Haji wujud dan semua amalan agama yang lain wujud dengan Adanya DAKWAH...sudah tentu amalan dakwah lebih hebat daripada semua tadi....

(DIPETIK DRPD BAYAN MAULANA  ALI SRI PETALING)

wallahu a'lam...
 
 
 
 
 

3 comments:

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails