Nak sentuh balik pasal entri iqbalsyarie “nasib tukang
sorak”…kepala pokok kepada entri tu nak sentuh pasal semua kita memainkan
peranan masing2 dalam KERJA AGAMA…ada org berkeupayaan utk dakwah org bukan
islam, ada yg berupaya angkat senjata,ada yang mampu berceramah dan
bertazkirah, ada yang mampu hulur wang ringgit/harta utk jalan Allah, ada yang BOLEH
bagi nasihat,ada yang boleh angkat tangan doa..pendek kata semua ada peranan
masing2….
YANG PENTING jangan kita saling salah-menyalahkan orang
lain,”kamu belum buat dakwah!! Cara kamu salah, cara kamu tak betul, sesat,
cara kami je betul!!”…istighfar banyak2…jangan lupa, takut2 amalan kita sia2…buat
kerja agama dapat PAHALA, tapi pada masa yang sama menghina saudara
Islam,mengaibkan saudara islam,memburuk dan memfitnah saudara islam,
menghebohkan keburukan mereka,menjatuhkan maruah saudra islam…DOSA pun dapat..
SEDARLAH kita dapat buat usaha agama pun semata-mata
dengan rahmat dan taufik hidayat daripada Allah..tanpa TAUFIK hidayat Allah
satu habuk pun kita tak dapat buat…sebesar zarah kebaikan pun tak mampu
dibuat..jadi,janganlah bangga dan tinggi diri sehingga merasakan diri kita
lebih baik daripada orang lain…ingat,
perkataan “AKU LEBIH BAIK” ni lah yang menyebabkan Iblis dicampak kluar
dari Syurga..oleh tu, berlapang dada lah…kita buat kerja kita dan jangan
sesekali CONDEMN usaha org lain…yang penting Kita saling bantu-membantu utk
membangunkan dan menyebarkan agama Allah..bantu-membantu dalam perkara kebaikan
dan bukannya bantu-membantu dalam perkara kemungkaran….
Lapangkan hati macam laut, org buang bangkai,kotoran,
tapi laut tetap suci dan menyucikan… Ulama kita sendiri nasihatkan supaya kita
tidak sama sekali MEMBURUKKAN usaha orang lain…kenapa kita tak boleh jadi macam
imam yang empat? Walaupun ada kekhilafan/perbezaan pendapat, namun mereka
berlebih kurang antara satu sama lain.Imam syafie sewaktu jadi imam kepada
pengikut imam malik terus sujud tanpa baca qunut..bila ditanya mengapa tak baca
qunut, katanya,” SALAHKAH AKU MENGHORMATI PANDANGAN IMAM MALIK?”
WALLAHU A’LAM J
No comments:
Post a Comment
JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.