Kalau nak buat rumah Banglo kata kan...bukan boleh dibuat oleh tukang kayu sorang ja...tukang kayu, tukang simen, tukang buat cermin, 'wiring', pasang 'grill', tukang cat, tukang paip..semuanya ada peranan masing2..cuba bayangkan kalau tukang kayu cakap," cermin tak penting, 'wiring' tak penting, paip tak penting, cat tak penting...semua kena jadi tukang kayu, jadi macam aku je"...ALAMAT tak jadi la rumah tu...kalau jadi pun tak sempurna...sebab rumah ada, tapi tingkap takde, paip takde, elektrik takde...macam mana nak tinggal dalam rumah tu?..jadi setiap orang memainkan peranan masing2 dengan TUJUAN yang sama iaitu MEMBINA RUMAH BANGLO tadi...
Begitu juga dalam 'membangunkan' AGAMA..semua ada peranan masing2..daripada Ustaz, ulama, Pejabat agama, Jemaah dakwah, org awam..memainkan peranan dalam membangunkan agama..ada yang berceramah, ada yang mampu hulur duit/derma, ada yang buat dakwah guna media massa, ada yang guna pedang/senjata, ada yang guna kertas, ada yang buat dakwah rumah ke rumah dan sebagainya..teruskan...jangan kita buruk-memburukan USAHA orang lain...asalkan usaha tu betul la..bukannya ajaran sesat..
Kalau Ustaz buat caramah/tazkirah dalam masjid, kita buat 2 1/2 jam /' random' kat luar ajak orang datAng masjid dengar ceramah ustaz, atau buat rumah ke rumah bagitahu dan ajak mereka supaya dapat datang dengar kuliah agama/majlis ilmu di masjid sama2..kan cantik...
Kalau masing2 nak pertahankan usaha masing2..nak menang..tak nak kalah, bagaimana AGAMA kita nak berkembang kalau ORANG ISLAM sendiri berbalah? caci mencaci, salah-menyalahkan, buruk-memburukan......lapang dada...Ulama kita sendiri bagitahu supaya JANGAN SESEKALI nak burukkan usaha org lain...kita buat usaha kita, mereka buat usaha mereka....TUJUANNYA SAMA, untuk meninggikan AGAMA ALLAH....
WALLAHU A'LAM..
Insya Allah, salam ukhuwah.
ReplyDelete