CARI DALAM BLOG INI

Saturday, March 1, 2014

SEMBELIH SUNNAH

Pada suatu hari Maulana Syed Ahmad Khan Rah ( amir Madinah) telah dihidangkan dengan secawan teh susu yang panas. Memang kebiasaan orang India dan Pakistan minum teh yang dimasak dengan susu lembu. Mereka minum teh yang betul-betul panas dan lazimnya dihidang dalam gelas kecil. 

Apabila dihidangkan teh tersebut Maulana Syed Ahmad Khan dengan perlahan berkata: 

“Dengan teh ini kita telah sembelih 3 sunnah Rasulullah SAW kerana: 

1. Kita telah campurkan teh kepada susu.Sedangkan Rasulullah SAW hanya minum susu tanpa dicampur. 

2. Kita telah hidangkan teh di dalam cawan yang kecil sedangkan Rasulullah SAW minum susu di dalam mangkok. 
3. Kita suka minum teh panas-panas sedangkan Rasulullah SAW tidak mengamalkannya. 
Justeru mari kita sama-sama renungkan betapa banyak sunnah yang telah kita sembelih siang dan malam? Semoga Allah mengampuni kita dan memberi taufik kepada kita menghidupkan sebanyak mungkin sunnah dalam kehidupan kita. 

Nota: Maulana Syed Ahmad Khan, warga Pakistan. Wafat 1988 di Madinah dan dikuburkan di Baqi' setelah 40 tahun buat usaha di Madinah.

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails