CARI DALAM BLOG INI

Friday, December 4, 2015

GANJARAN 490JUTA

490juta di Jln Allah...

Persoalan ganjaran 700 ribu kali ganda sewaktu bertabligh

Soalan:- Apakah sandaran hadith yang dikemukakan oleh sesetengah saudara Tabligh bahawa ganjaran berzikir di jalan Allah lebih 700 ribu kali ganda. Sesetengahnya pula
mendakwa ganjaran solat adalah 490 juta kali ganda di jalan Allah.

JAWAPAN-Dengan nama Allah, yang maha pemurah, lagi maha pengasihani.

As-salāmu ‘alaykum wa-rahmatullāhi wa-barakātuh. ...Ganjaran yang agung bagi solat dan dzikir di jalan Allah tidak dibuktikan oleh satu hadith sahaja, bahkan ia diambil dari dua hadith yang berasingan.

Hadith yang pertama,

‎مَنْ أَرْسَلَ بِنَفَقَةٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَقَامَ فِي بَيْتِهِ، فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمٍ سَبْعُ مِئَةِ دِرْهَمٍ، وَمَنْ غَزَا بِنَفْسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَنْفَقَ فِي وَجْههِ ذَلِكَ، فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمٍ سَبْعُ مِئَةِ أَلْفِ دِرْهَمٍ" ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ: {وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ} (رواه ابن ماجه)1
"Sesiapa yang berbelanja di jalan Allah, sedangkan dia berada dirumahnya, akan diganjarkan bagi setiap dirham yang dibelanjakannya itu bersamaan dengan 700 dirham. Sesiapa yang turut berjuang di jalan Allah dan membelanjakan untuknya akan diganjarkan bagi setiap dirham yang dibelanjakannya itu bersamaan dengan 700 ribu dirham."  (Sunan Ibn Mājah)

Hadith yang kedua,
‎إن الصلاةَ والصيامَ والذكر يُضاعَفُ على النفقةِ في سبيل الله بسبع مئة ضِعْفٍ (رواه أبو داود)2

"Sesungguhnya (ganjaran) solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan digandakan 700 kali lebih dari berbelanja di jalan Allah." (Sunan Abū Dāwūd)

Kesimpulan, Berdasarkan hadith pertama yang mengatakan ganjaran bagi seorang yang membelanjakan harta di jalan Allah akan digandakan 700 ribu kali ganda dan
hadith kedua pula menjelaskan ganjaran solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan diganda 700 kali ganda daripada ganjaran membelanjakan harta (di jalan Allah).
Jadi, kami merumuskan bahawa ganjaran solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan menjadi 490 juta (700,000 x 700 = 490,000,000)

Namun, perlu disedari bahawa ganjaran ini tidak terhad kepada mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah sahaja melalui usaha jama'ah tabligh,  bahkan ia bersifat umum dan merangkumi sesiapa sahaja yang berjuang di jalan Allah seperti mengembara untuk menuntut ilmu, 'umrah atau jama'ah (tabligh).

Dan Allah Ta'ala lebih mengetahui.

Muntasir Zaman
Pelajar Darul Iftaa USA
Disemak dan disahkan oleh,
Mufti Ebrahim Desai.



WallahuA'lambissawab...
#mida
#khurujfisabilillah

Wednesday, May 13, 2015

MAAFKAN KAMI...KAMI TAK PANDAI MACAM TUAN

MAAFKAN KAMI..KAMI TIDAK PANDAI MACAM TUAN.....

Masa aku keluar dulu ada satu kisah orang lama guna utk berhadapan dengan alim ulama yg tak faham dan tak suka usaha jemaah. Kejadian ni aku lihat depan mata aku sendiri di masjid Larkin johor waktu keluar 40h bawa jemaah india.

Jemaah kena marah dengan satu ustaz waktu tu. amirsab india dengar saja dan senyum. Kemudian dia tanya, boleh minta pendapat ustaz tak? Ustaz ckp boleh..

Dalam sebuah rumah, ada seorang ibu yang sakit dengan 3 orang anaknya. Anak pertama seorang lelaki umur 20an, anak kedua seorang remaja perempuan umur sekitar 15 tahun dan terakhir ialah anak kecil berumur 3 tahun yang baru boleh berjalan dan masih pelat bercakap.

Pada satu hari ibu rasa sakit sangat dadanya, meminta si abang ambilkan ubat diatas almari. Abang sibuk dan nak cepat pergi kerja, tak sempat penuhi kemahuan ibu dan terus berlalu. Ibu memanggil kakak perempuan pula minta tolong ambilkan ubat, tapi kakak sibuk dengan kawan kawan yang mahu ajak keluar berjalan. Diabaikan permintaan ibu itu. Ibu sakit makin parah, batuk baruk berdarah dan makin lesu. Ibu memandang adik kecil.. Adik kecil kasihan pada ibu.. Adik kecil nak tolong ibu, dia berusaha panjat almari tu untuk ambil ubat, bila dapat dicapai botol ubat, botol tu jatuh pecah berkecai.

Ibu nazak dan adik kecil menangis tak tahu buat apa.. Akhirnya ibu meninggal.. Adik kecil yg buat ubat tu pecah.

Tuan, dalam kisah ini, siapakah yang patut dipersalahkan?

Ustaz jwb, mesti lah abg yang sulung dengan kakak tu. sebab mereka ada kemampuan, kekuatan utk bantu ibu mereka!

Amirsab balas; betul tuan.. Anak kecil tu kami ni jemaah tabligh.. Sedang merangkak cari hidayat, tak cukup ilmu, tak cukup harta benda dan berbagai lagi. Kami hanya ada sedikit ilmu agama dan kesungguhan kerana kami nampak ibu kami sakit.. Ibu kami tu agama kita lah tuan..

Sedangkan yang mampu dan patut buat kerja selamatkan agama yang dikasihi ni ialah orang seperti tuan, ada ilmu tinggi, ada kekuatan, ada pengaruh dan berbagai lagi.

Sekarang agama sedang nazak.. Kalau tuan salahkan kami buat kerja kami dalam keadaan kami yang serba daif dan kurang ni.. Kami mohon maaf banyak banyak.. Kerana kami sayang sangat agama kami dan kami tak mahu agama kami mati.. Kami buat apa yang kami mampu sahaja, lebih dari itu kami tiada daya tuan.. Maafkan kami..

Thursday, March 5, 2015

PILIHAN ....

Non muslim : Tuhan tidak adil,adakah Dia telah takdirkan aku lahir sbg org bukan islam dan masukkan aku dlm Neraka??di mana keadilanNYA?

Polan : sebab tu Allah bagi akal utk kita fikir dan pilih haluan yg betul...

Non muslim : nak pilih macamana,Tuhandah takdirkn aku mcm ni..

Polan : ok...kalo gitu SEKARANG NI KAMU NAK MASUK ISLAM????

Non muslim : mmmmmmmm...........

Pilihan dah ada dan peluang dah diberi..samada nak ambil atau tak jee...

JORD PURANA SATHEE (KARKUN LAMA 13-15 FEB 2014)



MUAT TURUN :
1  2  3  4

Monday, January 19, 2015

Pergerakan yg sama...maksud yg berbeza

Pergerakan yg sama dgn membawa beg ke sluruh dunia..tapi atas maksud yg berbeza...

satu bergerak utk melancong mencari ketenangan dan kerehatan drpd kesibukan kerja dunia....



satu lagi bergerak utk mencari keredhaan Allah..



ADA SAHABAT BERTANYA KPD NABI,
'IZINKAN AKU BERKELANA '..
NABI BAGITAU (YG LEBIH KURANG MAKSUDNYA
'BERKELANANYA UMATKU DI JALAN ALLAH'

WALLAHU A'LAM

BAYAN MASTURAT MADINAH

MUAT TURUN

Saturday, January 3, 2015

Salam maulidur rasul

Tidak seperti tuan2, saya lahir drpd keluarga bukan islam...sekian lama baru Allah bagi hidayat...sekarang Allah bagi nikmat IMAN dan ISLAM....dan kita dipersaudarakan atas satu kalimah tauhid.....MAHA BAIKNYA ALLAH DENGAN KITA.....apa pula sumbangan kita terhadap AGAMA YG KITA ANUTI INI???

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Friday, January 2, 2015

Karkuzari jemaah kluar 40 hari kelantan

Catatan yg didengari oleh Ust Sakaratulmaut

karkuzari ajiib jemaah markaz n.9 yg keluar di kwsn banjir sempadan Pahang dan Kelantan. (semoga Allah merahmati kampung tersebut.)


Markaz Masjid Sri Petaling dipenuhi jemaah lg, yg baru balik drpd khuruj pd musim cuti sekolah. karkuzari ini ana dgr sendiri drpd jemaah mereka, Ust Mohamad seorang ulamak, juru nikah dan imam masjid di tembangau, bapa kpd ust Azwan Ibnu Mohamad. jemaah 10 orang dari lui timur dan 3 orang dari tembangau dan salah seorangnya adik ipar ana. mereka dihantar di kawasan sempadan dua negeri tersebut selama 40hr. nama kwsn itu tidak disebutkan krn mungkin mereka telah insaf dan semoga Allah terima taubat mereka. di kampung ini penerimaan mereka terhadap kehadiran jemaah agak gersang. apabila jemaah tiba di sebuah masjid. orang2 kampung telah mendesak supaya jemaah keluar dari masjid itu selepas solat zohor. selepas solat zohor air yg tadinya di sungai sj terus melimpah dan terus banjir hingga air naik ke paras pinggang. jemaah yg belum sempat makan tengahari terus sj berkemas semana yg sempat utk berpindah ke lokasi tinggi sedikit di sebuah sekolah. set2 taam yg terletak di berbagai tempat yg belum disusun tidak sempat diselamatkan. di sekolah juga air turut naik ke paras pinggang dan kelihatan bumbung masjid telah ditenggelami air dan hanya kelihatan bulan bintangnya sj, batang besinya pun di temggelami air. jemaah serta orang kampung semuanya menyelamatkan diri di atas gunung. di atas gunung itu jemaah telah buat musollah di perkarangan berandar tuan rumah. apabila azan dikumandangkan dan solat didirikan, hanya 3 orang sj orang kampung yg solat jemaah, Hj. Nordin tuan rumah dan 2 orang pelajar pondok. yg lain walaupun hanya 4 langkah dari saf namun mereka tidak pun menyertai jemaah, mungkin mereka ada uzur yg tersendiri. apabila jemaah jumpa orang2 kampung yg sama2 diatas gunung itu, mereka tidak hiraukan kata2 jemaah dan sibuk resah gelisah memikirkan rumah2 mereka yg telah tenggelam terus, bumbung pun tidak kelihatan. mungkin mereka bukan tidak hiraukan jemaah, tetapi mungkin terlalu memikirkan hal keadaan rumah mereka sehinggakan tidak menyedari kata2 jemaah. di atas gunung tiada bekalan elektrik kerana tiang2 elektrik pun tidak kelihatan, yg hanya kelihatan bulan bintang masjid sj. setelah 3 hari bergelap di atas gunung, orang kampung memberitahu jika banjir sebegini, 3 hari baru air surut. jemaah telah zehen dan targib mereka berkenaan banjir dizaman Nuh a.s, bumi dibuka utk telan air. mendengar bayan dr jemaah itu mereka pun ingin melihat kebesaran Allah itu. pada keesokan harinya, sebelum subuh mereka lihat paras air surut hanya 1 hasta drpd bumbung masjid. setelah solat subuh dan suasana terang, agak memeranjatkan mereka apabila telah terlihat seketul masjid dan air telah surut 100% hingga kelihatan lumpur2 di atas tanah. jemaah pun masuk ke dalam masjid yg tidak dibenarkan masuk itu utk melihat jika ada lg barang2 yg mereka tinggalkan. Maha Hebat Allah s.w.t set2 taam mereka yg mulanya berada di berbagai tempat telah berkumpul di satu tempat tanpa ada hilang 1 pun. barang2 ust itu spt kayu sugi, minyak zaitun, madu, habbatus sauda dll di dalam sebuah plastik, masih ada di situ dan tidak dihanyutkan air. malah kayu suginya bertambah segar spt baru beli kerana terendam lama di dalam air. ust pun menunjukkan kpd ana kayu suginya itu. sudah beberapa hari ust telah terhenti drpd istiqamah menggunakan barang2 dan makanan2 sunnahnya akibat banjir. pakaian2 putih ust yg tak sempat diselamatkan kekal putih di dalam plastik tanpa disentuh walaupun sedikit lumpur. orang2 kampung sungguh takjub dgn kebesaran Allah ini. mereka dan jemaah telah bersama-sama membersihkan masjid tersebut serta berazam utk membuat usaha memakmurkan masjid sepertimana masjid jiran mereka tidak dilanda banjir yg makmur dgn 5 amal masjid, dan sebelum ini jemaah telah menghimpunkan kira-kira 200 rakan seusaha utk mesyuarat bulanan kali pertama mereka yg dikendalikan oleh syura markaz. walaupun balai polis di sebelahnya dinaiki air namun di masjid, tangga masjid pun tidak tenggelam. apabila jemaah hendak tangguh ke sp, jemaah telah pergi ke balai polis dan bertanya jalan yg selamat utk sampai ke k.l. anggota polis memberitahu semua jalan dari situ ke k.l tidak boleh dilalui akibat banjir dan tanah runtuh. kenderaan 4X4 pun tak lepas. jemaah pun bermesyuarat apa yg harus dibuat. setelah diceritakan nusrah2 Allah kpd hamba2nya yg terdahulu spt dibuka jalan 12 lorong kpd kaum nabi musa a.s.. jemaah pun telah bersemangat meredah laluan. ust yg hanya berkereta perodua kancil versi lama serta jemaahnya pun terus melalui jln merapuh, kuala lipis, hingga di raub dgn selamat, air banjir pun telah surut hanya kelihatan bekas2 air sj. di raub jemaah transit di madrasah ust zawawi, ketika di situ ada orang telefon jemaah ingin mengetahui keadaan jemaah mereka. dan ingin melalui jalan yg sama jika selamat. jemaah beritahu mereka selamat dan jalan pun boleh dilalui. tidak lama kemudian telefon jemaah berdering lg, orang yg sama menelefon kembali kerana ingin memastikan jalan yg dilalui jemaah. setelah dipastikan, orang itu beritahu jalan2 yg jemaah lalui itu semuanya banjir dan ditenggelami air. orang itu berkata dia sedang berada jalan2 tersebut yg masih ditenggelami air. sesungguhnya Allah telah buka jalan utk jemaah. Allahu Akhbar! jemaah telah meneruskan perjalanan hingga selamat tiba di Markaz Masjid Sri Petaling.. Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails