BAYAN ONLINE
"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Thursday, December 24, 2015
Friday, December 4, 2015
GANJARAN 490JUTA
490juta di Jln Allah...
Persoalan ganjaran 700 ribu kali ganda sewaktu bertabligh
Soalan:- Apakah sandaran hadith yang dikemukakan oleh sesetengah saudara Tabligh bahawa ganjaran berzikir di jalan Allah lebih 700 ribu kali ganda. Sesetengahnya pula
mendakwa ganjaran solat adalah 490 juta kali ganda di jalan Allah.
JAWAPAN-Dengan nama Allah, yang maha pemurah, lagi maha pengasihani.
As-salāmu ‘alaykum wa-rahmatullāhi wa-barakātuh. ...Ganjaran yang agung bagi solat dan dzikir di jalan Allah tidak dibuktikan oleh satu hadith sahaja, bahkan ia diambil dari dua hadith yang berasingan.
Hadith yang pertama,
مَنْ أَرْسَلَ بِنَفَقَةٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَقَامَ فِي بَيْتِهِ، فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمٍ سَبْعُ مِئَةِ دِرْهَمٍ، وَمَنْ غَزَا بِنَفْسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَنْفَقَ فِي وَجْههِ ذَلِكَ، فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمٍ سَبْعُ مِئَةِ أَلْفِ دِرْهَمٍ" ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ: {وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ} (رواه ابن ماجه)1
"Sesiapa yang berbelanja di jalan Allah, sedangkan dia berada dirumahnya, akan diganjarkan bagi setiap dirham yang dibelanjakannya itu bersamaan dengan 700 dirham. Sesiapa yang turut berjuang di jalan Allah dan membelanjakan untuknya akan diganjarkan bagi setiap dirham yang dibelanjakannya itu bersamaan dengan 700 ribu dirham." (Sunan Ibn Mājah)
Hadith yang kedua,
إن الصلاةَ والصيامَ والذكر يُضاعَفُ على النفقةِ في سبيل الله بسبع مئة ضِعْفٍ (رواه أبو داود)2
"Sesungguhnya (ganjaran) solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan digandakan 700 kali lebih dari berbelanja di jalan Allah." (Sunan Abū Dāwūd)
Kesimpulan, Berdasarkan hadith pertama yang mengatakan ganjaran bagi seorang yang membelanjakan harta di jalan Allah akan digandakan 700 ribu kali ganda dan
hadith kedua pula menjelaskan ganjaran solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan diganda 700 kali ganda daripada ganjaran membelanjakan harta (di jalan Allah).
Jadi, kami merumuskan bahawa ganjaran solat, saum dan dzikir di jalan Allah akan menjadi 490 juta (700,000 x 700 = 490,000,000)
Namun, perlu disedari bahawa ganjaran ini tidak terhad kepada mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah sahaja melalui usaha jama'ah tabligh, bahkan ia bersifat umum dan merangkumi sesiapa sahaja yang berjuang di jalan Allah seperti mengembara untuk menuntut ilmu, 'umrah atau jama'ah (tabligh).
Dan Allah Ta'ala lebih mengetahui.
Muntasir Zaman
Pelajar Darul Iftaa USA
Disemak dan disahkan oleh,
Mufti Ebrahim Desai.
WallahuA'lambissawab...
#mida
#khurujfisabilillah

Subscribe to:
Posts (Atom)