CARI DALAM BLOG INI

Wednesday, May 13, 2009

KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM TENTANG TABLIGH

S. Kumpulan NGO/Kelab/Persatuan?
J. TABLIGH bermaksud “menyampaikan”.Nabi bagitau “sampaikan daripadaku walau
satu ayat. Bukan kelab /NGO/Persatuan/badan-badan tertentu. Ia merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan semua umat islam.sebagai umat yang terbaik,kerana kita menyeru pada ma’ruf mencegah yang mungkar (seperti yg Allah bagitau dlm Quran).Usaha ini tidak ada sebarang nama,sebab ia bukan kelab/persatuan. Ulama bagitau KALAU ada nama nak diletakkan,nescaya akan diberi nama USAHA ATAS IMAN,bukan tabligh.

S. TABLIGH berkiblatkan INDIA,PAKISTAN,BANLADESH. Kenapa tak keluar MEKAH/MADINAH?
J. Usaha DAKWAH sedang bergiat maju di INDIA/PAKISTAN/BANGLADESH. Beratus-ratus jemaah dakwah dikeluarkan seluruh dunia setiap hari. Hantar orang/jemaah ke sana untuk belajar cara-cara dakwah di sana. Di mekah/Madinah sukar buat dakwah secara terbuka (masalah politik).Di sana,dakwah dibuat secara sembunyi-sembunyi. Sebagai contoh,kalau kita nak belajar buat kereta kita akan pergi ke Jepun/Jerman untuk belajar buat kereta,nak belajar buat kapal terbang pula pergi Amerika,Jadi kalau nak belajar buat DAKWAH kita kena pergi tempat-tempat yang dah maju dalam usaha DAKWAH seperti PAKISTAN/INDIA dan BANGLADESH. Solat Subuh sana sama dengan solat Jumaat!!Inilah hasil dakwah !!! Macam mana keadaan solat Subuh di tempat kita dewasa ini???

S. Orang TABLIGH tinggalkan anak isteri di rumah tanpa nafkah?KEJAM?
J. Sebelum seseorang nak keluar di jalan Allah,kena ditafakut(sesi soal-jawab) oleh Syura(org tanggungjawab) berkenaan dengan keperluannya(cukup atau tidak),pekerjaanya(ada pengganti atau tidak/ada cuti/adakah kerja terjejas kalau keluar lama),anak isterinya(cukup keperluan rumah).Semua aspek akan ditanya supaya menggelakkan FITNAH.Sewaktu keluar pun orang-orang yang tertentu seperti para isteri orang yang tidak dapat keluar di jalan Allah akan melawat/ziarah anak isteri orang yang sedang khuruj di jalan Allah.Tanya khabar mereka,keperluan mereka dan sebagainya. Jika semuanya OK barulah Syura akan bagi izin untuk keluar,jika tidak lulus tafakud drpd syura,orang tadi tidak akan dibenarkan untuk keluar. Bukan sewenang-wenangnya khuruj,kena ada tafakud dan mesyuarat. Lagipun Keluar Cuma sekejap,3hari, ada 40 hari ada 4 bulan. Berbanding kita pada hari ini,baru belajar buat pengorbanan sedikit harta,sedikit masa,sedikit diri dan perasaan untuk AGAMA belum memadai seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim AS.Tinggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil di padang pasir yang luas tanpa rumah,tanpa bekalan makanan yang cukup selama berbelas-belas tahun. Adakah kita nak kata Nabi Ibrahim Kejam???Abu Bakar tinggalkan keluarganya tanpa apa-apa keperluan semasa keluar di Jalan Allah,Adakah kita nak katakana Abu Bakar R.A Kejam? Ali tinggalkan Fatimah dan anaknya Hassan dan Hussien hampir kebulur dirumah sehingga Fatimah buka pintu dalam keadaan merangkak,adakah Ali kejam? Sedangkan kita keluar dengan kelengkapan rumah yang cukup, peti ais penuh makanan,ada TV dan ASTRO, anak isteri tinggal di rumah yang mewah ber’air-cond’ selama3hari/40hari/4bulan adakah dianggap kejam???

S. Itu Nabi/Itu Sahabat Nabi…Bukan kita…
J. Nabi dan sahabat adalah manusia..kita pun manusia…apa akan jadi jika Allah cipta Nabi di kalangan para MALAIKAT? Kita pun akan kata “ITU MALAIKAT,BUKAN MANUSIA..MEMANGLAH MALAIKAT TAKDA NAFSU”.Memang sikap manusia begitu,berdolak-dalih dan banyak alasan. Di pandan Mahsyar pun macam tu. Apabila disebut doasa-dosanya satu persatu pun tak mengaku,sehinggalah Allah baginya kitab amalannya yang 99helai itu, dan anggota badannya sebagai saksi, barulah mahu mengaku dosa-dosanya.

S. Kenapa tasykil tulis dan ambil nama ?
J. Sunnah Nabi. Apabila Nabi nak tasykil atau minta kesediaan para sahabat untuk buat
sesuatu, Nabi akan tasykil dan Ambil nama sahabat yang sedia. Hari ini pun semua perkara perlu tulis nama.Kalau ada nak main bola pun daftar dan TULIS nama,Nak jadi peserta AF pun daftar dan tulis nama.Nak Nikah pun daftar dan TULIS nama. Takkan nak keluar di jalan Allah tulis nama pun PELIK?


S. TABLIGH ajaran sesat?
J. Na’udzubillah…..orang yang terlibat dalam usaha ini, masih tetap mengaku Allah tuhan,Nabi Muhammad pesuruhNya, Solat 5 waktu,Puasa bulan Ramadhan,Haji bila berkemampuan,bayar zakat…masih beriman dengan rukun iman yang 6…Sebenarnya DAKWAH telah lama ditinggalkan, sehinggakan bila ada orang yang bangkit buat kerja ini ia akan dianggap BARU. Memang sunnah nabi-nabi bila buat dakwah memang ada orang / kaumnya yang tak suka. Biasalah, orang pakai serban dianggap BARU berbanding orang pakai TOPI ADIDAS, orang pakai JUBAH dianggap BARU berbanding orang pakai MINI SKIRT atau PAKAI BAJU TAK CUKUP KAIN.

S. Kenapa jumpa orang ISLAM, tak jumpa dan dakwah orang BUKAN ISLAM.
J. AKHLAK ORANG ISLAM yang tak baik/buruk menyebabkan orang bukan islam tak tertarik untuk masuk ISLAM. Pernah ada orang dakwah mereka, dan mereka jawab “ pergilah dakwah orang islam,orang islam lebih teruk dari kami.kami minum arak 1 botol,orang islam minum 3 botol.”. Dilihat lagi dengan masjid yang lenggang dan kosong dan masjid yang mirip seperti gereja ( penuh bila hari jumaat – seminggu sekali seperti gereja), menyebabkan mereka semakin Nampak keburukan orang islam. Ditambah lagi orang yang paling ramai masuk lokap,menagih dadah, rempit,bohsia,jenayah masuk pusat serenti adalah ORANG ISLAM.Tujuan kita jumpa orang islam dakwah mereka adalah untuk MEMPERBAIKI diri kita sendiri bukannya nak baiki orang lain. Kemudian kita ajak orang islam yang lain untuk sama-sama buat dakwah supaya Allah baiki diri kita dulu.Kita dakwah cakap KEHEBATAN dan KEBESARAN ALLAH, bagitau siapa Allah adalah untuk keluarkan kebesaran dan kecintaan pada makhluk/dunia yang sudah lama berakar-tunjang dalam hati kita. Bila orang islam buat dakwah Allah akan perbaiki iman dia, akhlak dia,muamalat dia, ibadiat dia,muasyarat dia sehingga menjadi orang islam yang baik. Bila semua orang islam baik akhlaknya, dengan sendirinya orang bukan islam akan tertarik dengan islam. Sebagai contoh di Sri Langka. Apabila semua orang terlibat dengan usaha dakwah, masjid penuh, solat subuh seperti solat Jumaat, orang bukan islam tertarik dengan islam. Malah, Sri Langka merupakan satlah satu Negara yang diberikan keizinan oleh Ulama-ulama kita untuk berdakwah dengan orang KAFIR di sana sebab mereka telah kembali pada kerja ini,dakwah illallah. Imam Ghazali bagitau, “ umat ini tidak dapat diperbaiki sepertimana umat terdahulu dibaiki”. Bila dakwah dibuat Allah akan buat keputusan untuk bagi hidayat kepada orang lain.


Ini sebahagian daripada soalan-soalan dan kekeliruan tentang TABLIGH,dan ada banyak lagi soalan-soalan yang sukar nak dijelaskan melalui tulisan/rencana yang ringkas ini.. Sebenarnya untuk faham perkara ni kita kena keluar sendiri untuk mengetahuinya. Bila kita keluar buat pengorbanan harta diri masa untuk agama Allah, Allah pasti akan bagi kefahaman sejauh mana tahap pengorbanan kita. Seperti mana sahabat-sahabat diberi kefahaman oleh Allah tentang agama ini kerana mereka buat pengorbanan yang sangat tinggi untuk agama.

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails