CARI DALAM BLOG INI

Thursday, May 14, 2009

MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT

MUZAKARAH 6 SIFAT

”6 SIFAT SAHABAT BUKANLAH KESEMPURNAAN AGAMA, TETAPI JIKA KITA DAPAT AMAL KITA AKAN DAPAT AMAL AGAMA DENGAN SEMPURNA, INSYALLAH.”


1. Laaillaahaillallah
Maksud :
-Allah berkuasa, Makhluk tiada kuasa.Meyakini segala sesuatu atas kehendak dan kudrat allah.

Cara Untuk dapat :
1. Dakwah tentang kelebihan Laaillaahaillallah pada
org Lain.
2. Guna mata lihat kebesaran Allah,telinga dengar
kebesaran Allah,mulut cakap kebesaran Allah,akal
fikir kebesaran Allah.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat tersebut.

Kelebihan :

1. Iman sebesar zarah,Allah bagi syurga luas 10kali ganda dunia.
2. Org yg ucap Laaillaahaillallah di akhir kalam,wajib baginya syurga.

Muhammadurrasulullah
Maksud :
-Cara hidup suci murni (Sunnah) Nabi SAW bawa kejayaan dunia & akhirat.

Cara Untuk dapat :
1. Dakwah.
2. Amal sunnah nabi (surah,sirah,salira)dlm
kehidupan Seharian 24jam.
3. Doa semoga Allah bagi kekuatan amal sunnah
nabi.

Kelebihan :

1. Satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat, Allah bagi 100 pahala syahid.
2. Siapa amal sunnah istiqama, masuk syurga bersama nabi.

2. Solat Khusu’ & Khudu’
Maksud :
- Bawa ketaatan dlm solat di luar solat. Dlm solat baca quran,luar solat pun baca quran/dlm solat tundukkan pandangan,luar solat pun tundukkan pandangan (tawadhu).

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Amal solat-solat sunat,solat di awal waktu,solat
berjemaah di masjid di mana azan
diazankan(lelaki).
3. Doa semoga Allah bagi hakikat solat.

Kelebihan :

1. 5 jaminan jg solat :
i) rezeki diberkati.
ii) azab kubur diangkat.
iii) menerima catatan amal tangan
kanan.
iv) meniti titian Sirat sepantas kilat.
v) masuk syurga tanpa hisab.

3. Ilmu
Maksud :
- Tahu mana satu perintah Allah, tahu mana satu larangan Allah.
- Tahu perintah allah yg didahulukan dan dikemudiankan.

cara dapat :
1. Dakwah.
2. Jumpa alim ulama/ustaz belajar ilmu MASAIL(hukum hakam) dan baca/dengar bacaan ta'lim belajar ilmu FADHAIL.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ilmu.

Kelebihan :
1. seseorang yg beramal dengan ilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 org ahli ibadah yg beramal tanpa ilmu.
2. seseorang yg keluar utk belajar ilmu,jika dia mati dikira mati syahid.
3. malaikat mendoakan org yg menimba ilmu.

Zikir
Maksud :
- ingat Allah setiap masa dan keadaan.

Cara Dapat :
1. Dakwah.
2.Amal zikir harian 300 pagi dan petang Subhanallah,Alhamdullillah,Laaillahaillallah,Allahuabar 100 kali, Selawat 100 kali, Istighfar 100 kali. Amal bc Quran, solat sunat, doa-doa Masnun.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Zikir.

Kelebihan :
1. Orang berzikir hidup di sisi Allah,tidak berzikir mati di sisi Allah.
2. masuk syurga tersenyum-senyum.
3. mematahkan kekuatan syaitan.
4. satu pintu syurga disediakan khas utk org yg istiqamah berzikir.


4. Ikram Muslimin
Maksud :
- tunaikan hak saudara tanpa tuntut hak balik (tanpa meminta balasan).

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Menyayangi org islam semata-mata kerana satu kalimah dgn cr memuliakan alim ulama,hormati org tua,sayangi kanak-kanak.
3.Doa semoga Allah bagi hakikat Ikram muslimin.

Kelebihan :
1. Allah bagi 73 hasanah,1 sahaja sudah cukup keperluannya di dunia,72 lagi Allah bagi di akhirat.
2. Berjumpa dan berpisah semata-mata kerana Allah,salah satu drpd 7 golongan yg dinaungi arasy Allah di padang Mahsyar.
3. Org yg membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata menunaikan hak saudara,Allah bagi pahala iktikaf setahun.seseorang yg beriktikaf di masjid ,Allah jauhkan dia dari neraka sejauh 3 parit.1 parit jaraknya antara langit & bumi.


5. Ikhlas Niat
- buat sesuatu perkara baik semata-mata kerana Allah,dan tinggalkan sesuatu perkara buruk semata-mata kerana Allah.

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Periksa niat sebelum,semasa dan selepas setiap
amalan.
3. Doa semoga Allah bagi hakikat Ikhlas.

Kelebihan :
1. membesarkan ganjaran setiap amalan.sedekah sebiji tamar dengan ikhlas Allah bagi ganjaran sebesar gunung Uhud.
2. Ikhlas menyebabkan amalan sesorang diterima Allah.
3. Org yg tidak ikhlas beramal (riak),dihumban ke dlm neraka dgn mukanya ditelangkup dan diseret di tanah.


6. Dakwah (mengajak)& Tabligh (menyampaikan)
Maksud :
- usaha bagaimana agama yg sempurna dpt wujud dlm diri,ahli keluarga dan seluruh umat (seluruh umat beriman dan taat perintah allah,lelaki akil baligh dpt solat berjemaah 5 waktu di masjid dan wanita2 dpt tutup aurat dgn sempurna).
- ubah salah faham bahawa harta,diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah
( gunakannya ikut kehendak Allah ).

Cara dapat :
1. Dakwah.
2. Buat pengorbanan atas agama dgn Gunakan harta,diri dan masa di jalan Allah,serta buat 5 amal masjid,hidupkan dakwah,ibadat,talim talum dan khidmat dlm masjid,buat hubungan dengan markas,sambut takaza agama.
3. Doa supaya Allah pilih dan istiqamah dlm usaha agama dan Allah pilih anak isteri dan zuriat keturunan dan seluruh umat islam dalam usaha agama.

Kelebihan :
1. sepagi sepetang di jalan Allah LEBIH BAIK dari dunia dan seisi isinya.
2. seketika di jalan Allah LEBIH BAIK daripada beribadat di hadapan hajarul aswad,di malam lailatulqadar.
3.Debu-debu yg melekat di badan org yg keluar di jalan Allah diharamkan hatta asap api neraka memyentuhnya
4. Malaikat yg menjunjung Arasy mendoakan keampunan kepada org yg keluar di jalan Allah.
5. sehari di jalan Allah lebih baik daripada seribu hari yang lain.

”SEMOGA APA YANG KITA TAHU/DENGAR KITA CUBA AMAL DAN SAMPAIKAN PADA ORG LAIN, INSYALLAH”

21 comments:

  1. DUNIA SEMENTARA AKHIRAT SELAMA-LAMANYA

    ReplyDelete
  2. salam..sauradara..saya nk mintak izin utk share 6 sifat ni ye..

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum saudara..mohon share info ni

    ReplyDelete
  4. Maulana Saad minta kita gunakan hadis sahih semasa muzakarah / bayan 6 perkara. Mohon rujuk Muntakab Hadith:

    "Satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat, Allah bagi 100 pahala syahid" sepatutnya disebut Mafhum sebuah hadith " Barangsiapa berpegang teguh kepada sunnahku ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala seratus orang mati syahid" HR Baihaqi dari Ibnu Abbas ra

    "Siapa amal sunnah istiqama, masuk syurga bersama nabi. " sepatutnya disebut Mafhum sebuah hadith "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya ia mencintaiku, dan barangsiapa mencintaiku, maka ia akan bersamaku di syurga" HR as-Sajzi

    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. As salam, izinkan saya share. Jazakallah.

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum Sdr, izinkan saya kongsi. Terimakasih

    ReplyDelete
  7. Tq ya artikel ni sgat mmbntu aku besok...sebab aku besok d srh bayan subuh

    ReplyDelete
  8. Salam izin kn sy guna 6 sifat tuan ni
    Terimakasih bnjak2 🤲🤲 aamiinnn

    ReplyDelete
  9. Terima kasih tuan atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  10. aku pun esok syaifuddin

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, mohon share ya tuan..JazakaAllah..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan yg mulia,mohon copy dan share.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tuan, Allah kuasa, makluk tak ada kuasa, mohon copy dan share. Untuk baru belajar2 dakwah dan islah diri.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah,mohon copy.

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails