Alhamdulillah… Allah pilih saya dan ahlia untuk keluar masturat 10 hari pada 1 – 10 Jun yang lepas sempena cuti sekolah. Ini kali pertama keluar masturat selama 10 hari. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan, kerana dapat keluar di jalan Allah bersama-sama dengan isteri. Walaupun ahlia mengandung 7 bulan, namun semangatnya sangat mengharukan saya. Dengan badan yang sakit kerana menanggung beban kandungan dan 2 orang anak ditinggalkan seketika bersama dengan kakaknya di rumah, satu perkara yang boleh dibanggakan. Satu mujahadah bagi seorang ibu bila terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Namun, demi kepentingan agama, segala perasaan itu terpaksa dijauhkan seketika. Memang satu pengorbanan yang sangat besar, dan pengorbanan yang tidak sia-sia bila semuanya untuk mencari redha Allah.
Dulu, ketika suami keluar di jalan Allah, banyak cemuhan dari masyarakat setempat bahawa mereka mendakwa ‘orang tabligh’ tidak sayangkan anak isteri, tidak diberikan nafkah, tinggalkan isteri sorang-sorang di rumah, dan bermacam-macam lagi cemuhan dan tomahan dilemparkan. Dan bila kita bawa pula isteri keluar bersama (jemaah masturat), timbul pula cemuhan ‘orang tabligh’ tak sayang anak, tinggalkan anak dan bermacam-macam lagi. Memang lumrah dalam dakwah, ujian akan datang seperti air mengalir. Sesiapa yang bersabar dalam ujian, Allah akan tingkatkan iman dan darjatnya.
Berbanding dengan pengorbanan sahabat, bagai langit dengan bumi pengorbanan yang kita buat untuk agama hari ini. Keluar di jalan Allah 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, berbanding sahabat keluar bertahun-tahun, ada sahabat keluar di jalan Allah selama 27 tahun, dan apabila kembali ke rumah anak telah besar dan ayah pun tak kenal. Hari ini, kalau kita keluar buat usaha agama selama 27 tahun macam mana pula agaknya ‘mereka-mereka’ akan kata? Nabi Ibrahim a.s sendiri tinggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih merah di tengah padang pasir yang tandus. Tiada sebarang asbab untuk hidup melainkan asbab untuk kematian. Ditinggalkan pula selama berbelas-belas tahun. Adakah hari ini kita hendak mengatakan bahawa Nabi Ibrahim zalim kerana tinggalkan anak isteri di padang pasir yang mengerikan? Asbab pengorbanan seorang ayah, ibu dan anak, segala rukun dalam Haji adalah diambil daripada pengorbanan mereka. Sedangkan hari ini, kita keluar di jalan Allah selama 3hari/40 hari/4 bulan dan tinggalkan isteri di rumah dengan rumah yang cantik, ber’air-cond’, makanan dalam peti ais penuh, pun masih ada saudar-saudara kita yang memberikan pelbagai cemuhan dan tuduhan-tuduhan yang meluru terhadap orang yang buat usaha agama.
Sangat menghairankan, bila kita tinggalkan anak isteri selama 3 tahun ke luar Negara untuk berkursus atau bekerja untuk mencari nafkah di luar Negara selama berbulan-bulan lamanya, tidak ada kedengaran suara-suara yang mengeluh…namun,bila keluar untuk usahakan iman,usahakan atas akhirat, usahakan redha Allah, usahakan atas agama Allah hanya 3hari sahaja, bermacam-macam tuduhan dan cemuhan diberikan. PELIK BIN AJAIB…
insyallah masturat negara jauh...azam.
ReplyDeletebagaimana ya jika ingin keluar 3 hari seperti yg diperkatakan .. saya firstime untuk keluar 3hari .. mohon share ilmu ya .. terima kasih
ReplyDelete