Dalam keadaan yang sedemikian, seorang Rahib/Paderi mereka mengatakan, " Kita tidak akan dapat mengalahkan orang islam walaupun bilangan mereka sedikit dan bilangan kita ramai". Orang ramai kehairanan,"mengapa pula?" Mereka mula bertanya. " Kerana nabi mereka telah tinggalkan mereka satu kerja, iaitu kerja Dakwah. Di belakang mereka ada Kerajaan yang besar. Mereka ada Allah bersama2 mereka. Jika gunung halang,gunung akan hancur, jika lautan halang, lautan akan kering!" Tentera2 Rom tergamam seketika. "Jadi macam mana kita nak kalahkan mereka?" Rahib pun berkata," Kita sibukkan mereka dengan dunia, sibuk dengan pekerjaan2, sibuk dengan ladang dan urusan2 lain sehingga mereka lupa untuk buat kerja dakwah, dalam keadaan ini kita akan binasakan mereka".
Ulama bagitahu, 3 jenis peperangan sudah cukup untuk kita buat pengajaran :
1) Perang Badar - org islam menang, sebab satu fikir dan satu hati;
2) Perang Uhud - org islam kalah, sebab sudah ada kepentingan dunia di
hadapan ( tidak satu hati dan fikir );
3) Perang Hunain - Org islam kalah sebab fikir sudah salah
yakin pada bilangan tentera yang besar ( " kita ramai,
musuh sedikit, kita PASTI menang" ). Sedangkan
kemenangan datang dari Allah, bukan senjata canggih
atau bilangan yg ramai, sepertimana Perang Badar.
( dipetik drpd Bayan Syura Hj. Alidad semasa Jhor Keningau )
Bagaimana pula keadaan kita hari ini? Kita yakin dengan adanya senjata moden, ekonomi yang kuat dan bilangan yang ramai, barulah kita boleh kalahkan musuh, sedangkan dakwah ditinggalkan, fikir tidak satu, hati tidak satu, malah berpecahan dan bergaduh antara sendiri, hingga terlepas daripada Pandangan Rahmat Allah...
masya Allah, ada catatan penuh bayan maulana?
ReplyDelete