CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Thursday, October 22, 2009

CINTA DUNIA TAKUT MATI 2

Hari ini ramai org suka dgn harta yg banyak, kumpul duit banyak2, rumah yg mewah, kereta yg ‘updated’, handphone yg mahal, pakaian yg berjenama …Hari ini, ramai org menjaga pemakanan dan ber’diet’ utk menjaga kesihatan spy tidak mudah mendapat penyakit, memakai ‘make-up’ yg tebal2 utk menutup kedut di muka supaya tampak muda, memakai pewarna rambut utk menutup uban di kepala, menyucuk ‘botox’ tak kurang guna ‘susuk’ utk Nampak muda, memakan pil2 dan ubat2 tertentu utk ‘panjang’ umur, membuat pembedahan plastic supaya sentiasa muda…semua ini merupakan simtom2 CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.

Dari kecil lagi kita telah ditarbiah untuk cintakan dunia dan takutkan mati. ‘ kalau tak makan macam mana nak hidup ‘, ‘ kalau takde duit macam mana nak hidup senang ‘,
‘ dengan duit kita boleh dapat apa saja’…semua ungkapan ini menyuburkan kecintaan pada dunia dan ketakutan pada mati.

Sebab itu ulama minta kita luangkan masa di jalan Allah untuk hakis kecintaan pada dunia yg melampau dalam hati kita sedikit demi sedikit. Semasa keluar di jalan Allah kita banyak mendengar dan bercakap tentang akhirat, kebesaran Allah, kehidupan selepas mati, syurga neraka, Mizan, titian Sirat untuk melunturkan kecintaan kita pada dunia. Dengan ini iman kita sedikit demi sedikit akan terbentuk dan terbina. Bukankah Org yg bijak adalah org yg sentiasa mengingat mati ?.

Ulama bagitahu, Orang yg tak sanggup/keberatan luangkan masa utk agama dan keluar di jalan Allah (untuk baiki iman dia) sebab hatinya masih penuh dengan KECINTAAN PADA DUNIA.

CINTAKAN wang ringgit, harta pangkat, anak isteri, pekerjaan dan sebagainya sehingga sukar utk berjauhan/berpisah utk sementara waktu demi kerana agama. “Kalau keluar siapa nak jaga anak bini, siapa nak buat itu…?siapa nak buat ini…?” Ungkapan sebegini seolah-olah menunjukkan KITALAH yang bagi rezeki untuk anak bini kita, seolah-olah kitalah yg uruskan ladang kita, kedai kita dan BUKANNYA Allah?? Cuba kita renung kembali kisah Nabi Ibrahim as membawa Siti Hajar dan Ismail as di padang pasir yg luas tanpa air dan perlindungan. Siapa yang menjaga mereka kalau bukan Allah?

Dalam quran Allah sendiri tasykil kita utk gunakn harta, diri, masa utk agama Allah. Dan Allah telah beli diri org mukmin dan dibeli dengan Syurga Allah, namun masih ada kalangan kita mengatakan “ harta, diri dan masa” aku yg punya? Bukankah Qarun juga berpendapat sedemikian?

Anehnya, untuk perkara DUNIA, ada org sanggup bagi sepenuh tenaga, kebolehan, masa dan dirinya semata-mata mendapat habuan dunia. Ada sanggup berjauhan dengan rumah yg dicintai, anak isteri yg dicintai untuk berkursus/bekerja berbulan malah bertahun lamanya, namun utk luang masa utk agama amat berat sekali. Malah ada sampai ke bulan, ke Everest dan meredah lautan sekalipun. Sedangkan utk agama, jangankan 3hari, utk luangkan masa ke masjid untuk solat berjemaah yg kira-kira 5-10 minit pun payah utk tinggalkan pekerjaan, rumah dan anak isteri seketika….

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails