CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, April 6, 2010

MS ISO

“ Ni napa ni datang lewat ni?” herdik Bos sambil menunjuk ke arah jam dinding pejabat. “ Tau tak, kita kena tepati masa? Kita kena pentingkan Kualiti. Sesaat lambat kerja, dah beribu-ribu company aku rugi, tau tak?! Dah 5 tahun berturut2 syarikat kita ni dapat anugerah cemerlang MS ISO 1999/2000 dan macam2 anugerah lagi tau..nanti sorang punya pasal tak dapat anugerah lagi tahun ni” phergggghhh…marah betul bos akuu…berdengung telinga aku dibuatnya. Berdenyut kalenjar pituitary aku.. Staf-staf yg lain semua menjeling, mungkin simpati ataupun meluat – biar padan dgn muka kau –

”Sori bos…” Aku tersenyum je dengan gelagat Bos. “traffik jam tadi bos…” Aku tersengih2 macam kambing makan plastic Maggie. Memang trafik jam pun, nak buat camana? “Alasannnn..dah, pegi buat kerja tu…masa itu emas…kerja..kerja…” Bergetar lemak2 yg ada kat muka bos, Ditambah lagi dengan warna kemerahan dek terlampau marah membuatkan mukanya seperti patung barbie kat shopping kompleks, comel loteh. Aku tersengih dan terus ke meja membuat kerja seperti biasa.

“ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR… “ Aku membelek jam di tangan kemudian bergegas ke bilik persalinan untuk bersiap2 ke masjid berdekatan. “ Haaa…nak ke mana tu? “ macam kenal je suara yg menendang gegendang telinga aku. “ err…nak ke masjid, bos, dah masuk zohor..” jawabku gelabah sedikit. “ ooo…ok..pergilah…tapi jangan lambat “ kata bos selamba. “ er…bos tak nak pegi sama ke?” Aku tersengih. “ Errr…ngko pergila dulu…aku ada….errr..kerja sikit nak buat…kerja kan IBADAT juga..dah,dah, nanti terlepas pula…”

Aiseymen….tadi bukan main cakap MS ISO la, Kualiti la, anugerah la. Mau je dikuntaw bos aku kat lutut. “Alahai bos, takkan KERJA dunia je ada MS ISO,ada kualiti, IBADAT taknak kualiti ke Bos..” Hmmm, amik ko, pedas bangat, mau saja kata2 tu menerjah keluar dari mulutku, biar merah padam telinga bos aku…” kalau kerja boleh pula on-time, kalau datang lambat bukan main bos hambur, nak beribadat (solat) tak bleh pula on-time…?? Hmmm, dunia..dunia..” rasa gatal mulut aku nak cakap macam tu, tapi ditahan je dan ditelan masuk kekerongkong dan terbenam jauh kat dasar hatiku… yg penting aku dah ajak tadi solat sesama tapi bos tak nak, kalau dia complain kat padang mahsyar nanti ada jugalah jawapan aku depan Allah… “ Yes Bosss..”

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails