Pernahkah kita terfikir, atau terlintas dalam fikiran kita semasa berseorang diri “ BAGAIMANAKAH KEADAAN AKU DALAM KUBUR NANTI??? “ Allahuakbar…amat menggerunkan, sekiranya iman dan amal yg dibawa adalah iman yg rosak dan amal yg buruk… sedar atau tidak, kita semakin hampir dengan kubur,LANGKAH DEMI LANGKAH MENUJU TEMPAT KITA BAKAL BERSEMADI. Tempat persinggahan pertama di alam akhirat. Selamat di dalam, maka selanjutnya selamatlah, kalau dalam kubur pun sangkut, na’udzubillah..cuba renung, dimana datuk nenek kita sekarang? Atau mungkin sahabat handai, sepupu dan jiran kita yg dah lama meninggalkan kita, dimana mereka sekarang?…dalam alam yg lain..alam kubur…kita pun pasti akan kesana, bila? Tak siapa tahu..esok, lusa, minggu depan, bulan depan..atau mungkin selepas baca ‘post’ ni…wallahu a’lam..Allah je yg Maha Mengetahui…
Apabila tiba saat itu, terpisahlah kita dengan segala-galanya…harta benda yg kita usahakan, wang ringgit yg sering kita gila-gilakan, isteri-isteri yg cantik, anak-anak yg dimanja…segala-galanya akan tinggal dibelakang,sedang kita ditanam dalam kubur sendirian. Berteman dengan ulat dan dilumuri debu. Paling ditakuti pula ditemani Ular sebulan perjalanan panjangnya dan berkuku besi…semoga Allah jauhkan.. saat itu pasti berlaku, Cuma menanti dan menunggu giliran je. Aduh, pedihnya sakaratul maut, seperti kulit dikupas hidup2. seperti ditikam puluhan pedang serentak. Macamana lah roh aku dicabut nanti, ditarik perlahan atau direntap seperti kain diletakkan di atas pohon berduri dan disentap. Begitulah roh yg dah berakar umbi dalam jasad. Kemudian jasad dimandikan dan dikapankan. Disebelah jenazah isteri yg dicintai sedang menangis. Agaknya berapa lama tangisan itu akan bertahan? Sehari, seminggu, sebulan atau setahun? Begitu juga anak, sahabat handai dan ahli keluarga yg lain. Berapa gelen air mata yg nak ditumpahkan ? adakah cepat ia kering apabila pengumuman harta pusaka diumumkan siapa pemilik barunya?…sedarlah..semuanya pasti jadi milik orang, isteri, rumah, kereta dan harta yg digilai pasti jadi hak milik orang. Yang kita bawa bukan harta pangkat wang ringgit, hanya IMAN DAN AMAL …..tu je…di akhirat lagilah naya, harta benda yg bertimbun itulah yg akan ditanya, saat itu, harta dan anak pinak yg dahulunya KAWAN akan bertukar menjadi LAWAN bila tidak digunakan pada JALAN yang sepatutnya.
Apabila tiba untuk disembahyangkan, berapa keratlah orang yg datang untuk menyembahyangkan jenazah aku? Imamnya pula siapa? Anak sendiri atau upah tok imam yg takde kaitan sama sekali? Di manalah anak aku masa tu? Adakah tengah menangis, atau bergelak ketawa menghitung harta pusaka, atau sibuk di pejabat atau berada di padang bola? Diusung pula dalam kereta jenazah menuju ke alamat baru aku, tanah perkuburan org islam. Kalau dizinkan mau saja aku bingkas bangun dan lari ke tempat lain, namun apa daya. Semuanya dah terlambat. Badan pun dah dibungkus kain kapan 3lapis,nak lari camana??. Bila tiba, Diletakkan di tepi kubur yg dah siap digali..sempit, berdebu, takde air-cond, takde perabot, tilam tebal 8inci pun tiada…Cuma kosong, empty…mulalah menghitung berapa banyak amalan yg dibawa..?? Dihitung satu persatu.. solat?, puasa?, zakat? Dakwah? Haji? Tunaikan hak orang? Amalan soleh yg lain? Ada tak amalan buruk? Mengumpat? Fitnah? Rasuah? Tinggalkan Solat?....Aduh…binasalah aku…Kalau di atas dunia dulu, mungkin tengah sibuk hitung harta, duit, kereta..dan isteri??
Imam pun talkin lagi, disuruhnya supaya jangan takut dgn malaikat mungkar dan nakir…jawab dengan lidah yg fasih…mereka pun makhluk macam kau juga..aiseyman, senangnya cakap !!…cuba kalau imam yg masuk dalam tengok keadaan mungkar nakir, baru dia tau….lepas tu jasad diangkat masuk ke dalam liang lahad..mau saja aku menjerit…isterikuuu…anakkuuu…saudara-maraku…sahabat-sahabatku….tolong akuuu…masuk ke dalam ni sama2…temankan akuuu… sia-sia..adakah amalan yg akan menemaniku dalam ruang yg kosong dan sepi ni? Ketul demi ketul tanah ditimbus…begitulah juga satu demi satu kuhitung amalan….kedengaran tapak kaki di atas, sayup-sayup kedengaran….dan dengan penuh debaran kutunggu ketibaan Mungkar dan Nakir…..adakah dengan wajah yg berseri atau wajah yg mengerikan….???? Allahuakbar…. Meremang bulu roma….
Bila direnung kembali, difikirkan dengan akal yg Allah bagi ni, amatlah rugi kalau di dunia ini kita habiskan sepenuh tenaga untuk mengejar dunia dan perhiasan dunia sehingga akhirat terlupa. Hanya teringat apabila masuk ke dalam perut bumi. Orang kata harta pun penting. Kalau miskin macamana nak bersedekah, macamana nak beli baju tutup aurat. Ya betul…tapi kena ingat, Nabi pernah bagitahu (lebih kurang), Nabi bukannya risau ummatnya diuji dengan kemiskinan tapi nabi risau ummatnya diuji dengan kemewahan dan kesenangan. Sebelum dapat harta memang mudah utk azam buat kebaikan, tapi kalau dah dapat lain pula jadinya. Biasalah, syaitan dan nafsu ni gandingan yg mantap dalam hal ni. Tengok saja Qarun, sebelum Allah kurniakan harta dia seorang yg taat dan pengikut Nabi Musa a.s yg setia, namun setelah harta diberi menjadi sombong.
Tak salah cari harta banyak-banyak..carilah….tapi ingat semakin banyak harta semakin beratlah penghisaban di akhirat. Yelah…setiap satu sen daripada harta akan ditanya. Dari mana dapat, jalan macamana dapat, dimana dibelanjakan, dan banyak lagi. Itu baru nikmat harta ditanya, belum nikmat mata, telinga, hidung dan lain2. Untuk lebih mudah, kita ambil contoh, seorang yg mengayuh basikal lalu di kawasan yg dilakukan sekatan lalu lintas oleh Polis Traffik atau JPJ. Tentu saja yg mengayuh basikal tadi dengan mudah dapat melalui sekatan tersebut sebab tidak membawa muatan yg banyak atau tiada muatan langsung,. Berbanding seorang yg membawa lori besar dengan muatan yg banyak. Tentu saja lorinya ditahan dan diperiksa satu persatu dan pastinya mengambil masa yg lama untuk diperiksa berbanding orang yg hanya mengayuh basikal tadi. Begitulah orang yg mempunyai harta yg banyak, pasti banyak yg akan disoal tentang hartanya.
Bukanlah saya nak halang tuan-tuan untuk mengejar kekayaan dunia yg tuan-tuan idam-idamkan itu atau nak menakut-nakutkan tuan-tuan sebab saya tahu tuan2 semuanya berani, semuanya ada dalil/fatwa masing2..it’s up to you all..saya sekadar berkongsi pandangan. Nak ikut atau tak, terpulang. Namun, berpadalah dengan apa yg ada. Bersyukurlah dengan rezeki yg Allah bagi. Kalau syukur Allah akan tambahkan nikmat, kalau tak azab yg pedih menimpa. Bacalah kisah sahabat macamana ketakutan mereka pada Allah, macamana ketidakselesaan mereka dengan harta yg mencurah, dapat harta hari tu juga habis disedekahkan walaupun tengah berpuasa..adakah sahabat seperti kita ini yg takut hartanya berkurang??????? Adakah kita lebih alim, lebih berilmu daripada para sahabat?????
“Alaaa..itu sahabat, memanglah…” Innalillah…para sahabat kan manusia biasa je macam kita, bezanya iman dan taqwa mereka nak dibandingkan dengan SAYA ni,macam bumi dengan Pluto, jauuuuuhhhhh sekali...kita kena ingat, sebelum sahabat dapat iman, macamana keadaan mereka zaman Jahiliah..namun, hati2 mereka telah nabi usahakan selama 13tahun di Mekah, dan apabila dah masuk islam mereka usahakan atas iman tersebut, buat pengorbanan atas agama dengan susah payah barulah diorang dapat Hakikat iman dan diiktiraf, ada MS ISO oleh ALLAH..bukan macam Kita dan saya hari ini yg berpuas hati dengan iman warisan. Takde fikir risau, cukup bila dah mengucap, solat 5waktu,dah puasa,dah Haji, dan bayar zakat..that’s all...huhuhuhu….Abu Bakar r.a yg dah dijamin syurga pun tetap risau dan bimbang keadaannya di akhirat inikan pula kita ?…astaghfirullah….taubat2 aku..
Alangkah baiknya kalau harta tersebut kita gunakan di jalan yg betul. Kita gunakan harta, diri dan masa kita di jalan allah. Kalau kena Tanya di mahsyar pun taklah gelabah dibuatnya. ….hmmmm, cukuplah setakat ni…nak faham sedikit, cubalah belajar korbankan harta diri dan masa tuan2 di jalan Allah 3hari, 40 hari atau nak Allah bagi faham lagi 4 Bulan…belajarlah tinggal-tinggalkan dulu harta dan anak isteri yg dikasihi seketika sebelum kita tinggalkan terus tak kembali-kembali lagi …. Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment
JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.