Tak lama lagi cuti sekolah bermula...maksudnya...akan keluar lah berbondong-bondong orang di jalan Allah untuk meninggikan kalimah Allah dan memperbaiki iman dan amal... ikut statistik seluruh Malaysia mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 2 juta lebih pelajar di sekolah menengah je!!! Itu belum kira yang belajar kat IPTA... cuba bayangkan, dalam 2 juta tu kita amiklah 1juta yang pelajar islam...dalam sejuta tu kita tolak lagi bilangan pelajar wanita dalam 500ribu...bakinya 500 ribu pelajar lelaki islam...berapa banyak kita dapat bentuk jemaah dikalangan student-student ni untuk buat usaha dakwah...kalau dalam jemaah ada 10 orang dan dibahagi dengan 500 ribu, lebih kurang 50 ribu jemaah dapat dibentuk untuk keluar jalan Allah khas untuk jemaah student je!!!!! Cuba campur pula dengan pelajar-pelajar kat IPTA... Allahu Akbar... Bayangkan tuan-tuan semasa Haji Wida', Nabi telah kumpul 124 ribu sahabat...dan mereka telah keluar di jalan Allah lepas tu...dan 10ribu je kubur2 mereka berada di tanah Hijjaz..114 ribu yang lain kubur sahabat pegi mana tuan..????? Bertebaran seluruh alammmmmmmmmmmm......
Apa-apa pun doakan ana...azam keluar Negara Jiran tahun ni pula....dan doakan rakan-rakan yang lain yang akan wakafkan HARTA, DIRI dan MASA mereka di JALAN ALLAH....doakan hidayat seluruh alam
"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Monday, November 5, 2012
Saturday, November 3, 2012
BOTOL AIR
CUBA BELI BOTOL AIR R.O (REVERSE OSMOSIS) YANG 500ML KAT KEDAI BERAPA HARGANYA? RM1.00 ATAU RM2.00..IKUT JENAMA... KALAU BOTOL YANG SAMA LETAK PULA AIR ZAM-ZAM KAT DALAM..HARGANYA MELAMBUNG NAIK, MUNGKIN RM10.00 SEBOTOL!! PASTU, LETAK PULA MADU KAT DALAM..LAGI MAHAL..RM30-50...KALAU LETAK PULA DALAM BOTOL TU SERBUK EMAS?? LAGI MAHAL...LETAK PULA DALAM TU INTAN BERLIAN...LAGI MAHAL!! SEDANGKAN BOTOL SAMA CUMA ISI YANG BERLAINAN...
BEGITULAH DENGAN HATI KITA....APA YANG ADA DALAM HATI KITA?? HARTA, DARJAT, PANGKAT, KUASA ??? SAMALAH DENGAN BOTOL YANG DIISI DENGAN AIR PAIP...MALAH LEBIH TERUK LAGI KALAU BOTOL YANG DIISI DENGAN AIR LONGKANG...AGAK-AGAK LAKU TAK KALAU LETAK KAT SUPERMARKET ATAU WARUNG TEPI JALAN?... TETAPI KALAU HATI KITA ADA KEBESARAN ALLAH DAN SUNNAH NABI... IBARAT BOTOL YANG DIISI INTAN BERLIAN..MAHAL...BERNILAI...
BEGITULAH ALLAH PANDANG APA YANG ADA DALAM HATI KITA, SEPERTI KITA TENGOK ISI KANDUNGAN DALAM BOTOL TADI, MALAH LEBIH DARIPADA ITU ALLAH AKAN LIHAT DALAM HATI KITA...SEGALA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT, ALLAH MAHA MELIHAT...
PUN BEGITU...BOTOL YANG BERISI DENGAN BENDA MAHAL TADI KENA DIJAGA RAPI DAN LETAK ELOK-ELOK DALAM PETI BESI SUPAYA TAKDE ORANG CURI...KALAU LETAK KAT KAKI LIMA TENTU HILANG KENA KEBAS....BEGITULAH BERNILAINYA IMAN DAN AMAL DALAM HATI KENA DIJAGA DAN DISIMPAN ELOK-ELOK...JAGA MACAMANA? SIMPAN KAT MANA? IMAN DAN AMAL TADI DIJAGA DENGAN AMAL-AMAL SOLEH DAN DISIMPAN DALAM MASJID (DEKATKAN DIRI DENGAN MASJID DAN AMALAN DALAM MASJID)...KALAU IMAN TADI TAK DISIMPAN DALAM MASJID (AMAL MASJID), TAPI DILETAK KAT PANGGUNG WAYANG, KAT PADANG BOLA, KAT PUSAT HIBURAN, DILETAK KAT LORONG-LORONG GELAP...MAKA SYAITAN AKAN CURI IMAN TADI DAN MEMBUATKAN ORANG TADI JAUH DENGAN AGAMA...
WALLAHU ALAM...
Subscribe to:
Posts (Atom)