CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Wednesday, October 9, 2013

KARKUZARI JEMAAH KE YANGON(BURMA/MYANMAR)1964

Semalam selepas ambil ahlia nusrah jemaah di rumah Doktor Aripudin, sempat nusrah jemaah masturat 10hari dari Sri Petaling di Masjid At-Taqwa,Keningau..jemaah syura Malaysia Hj. Abdullah Chong dan Syeikh Mohammad bersama orang-orang lama dalam Usaha Agama....sempat duduk dalam 'takreel' (qolamul-julus) sewaktu jemaah yg lain buat ghast/ziarah...

Jemaah mereka pernah keluar di Yangon, Burma(sekarang Myanmar) beberapa tahun lepas ( tak ingat tahun bila dorang pegi, lambat sampai )...sampai di sana,dah masuk waktu Asar, semua org berkumpul di masjid sampai penuh kat luar-luar dan tangga2 sekali penuh..Jemaah Malaysia hairan, apa majlis yg sedang berlangsung sampai PENUH masjid? Jemaah tanya dengan org sebelah, dan org tu bagitahu mereka sedang bersiap utk solat Asar berjemaah...SUBHANALLAH...solat Asar macam solat Jumaat!!! Bukan waktu asar je, 5 waktu solat berjemaah macam solat Jumaat, termasuk solat subuh...sedangkan Negara bukan Islam...jemaah bagirahu lagi, walaupun penduduk Islam masa tu cuma 20% je, tetapi Ekonomi semua org Islam pegang (berbeza tempat kita..huhuhu)...pindah masjid lain pun macam tuuu juga!!! 5 waktu Solat  sebijik macam solat Jumaat...Allahu Akbar...

Salah seorang Jemaah tanya dengan satu org tua di situ dalam umur 70-80an,"apa usaha yg dibuat sehingga wujud suasana yang macam ni?"...Org tua tu pun mula la flash-back...katanya," kami AMBIL pengajaran pada apa yg berlaku dengan kami tahun 1964 yg lepas....BEGINILAH KISAHNYA...

Ada Jemaah Dakwah (Ulama) dari India datang ke tempat kami...masa tu takda org yg datang Solat 5 waktu berjemaah..kalau ada pun sedikit sangat datang...Jemaah tu pun buat ziarah/khususi dengan org2 islam keliling masjid masa tu..mereka selalu kata,"TUAN-TUAN...HIDUPKAN LAH MASJID TUAN-TUAN...AJAKLAH ORG DATANG UTK IMARAHKAN MASJID..."kami pun cakap,"INSYA-ALLAH...."mulut kata Insya-Allah, hati Allah je tahu, kata Org Tua tadi...hari berikutnya pun mereka merayu lagi,"TUAN-TUAN,HIDUPKANLAH MASJID TUAN-TUAN....,"sekali lagi kami jawab,"INSYA-ALLAH...". Kemudian apabila jemaah hendak berangkat pergi, salah seorang Jemaah berkata kepada kami, "Hidupkanlah Masjid Tuan-tuan...sebab saya rasa kalau "HUJAN NAK TURUN, SAYA DAH BOLEH RASA GERIMIS MULAI TURUN"..kami pun tak paham apa maksud kata2 jemaah tu...

Tak Lama SEBULAN selepas tu, ASKAR2 dah tunggu dengan senapang di depan pintu rumah kami, dan semua HARTA2 kami menjadi milik KERAJAAN ...undang2 MASA tu HARTA RAKYAT adalah HARTA KERAJAAN...semua harta2 kami dirampas..kecuali ada rantai dan gelang emas isteri2 kami yg selamat dan itulah yg kami gunakan utk beli makanan utk dimakan oleh keluarga...SEJAK hari tu kami mulai faham apa maksud Jemaah "KALAU HUJAN NAK TURUN, SAYA DAH BOLEH RASA GERIMIS MULAI TURUN"..Seorang alim dalam kalangan telah kumpul semua orang dan bagitahu,mulai hari ini kita JANGAN sibukkan diri kita dengan usaha DUNIA kita dulu...kita sibukkn USAHA AGAMA kita dulu...mulai hari tu, kami bentuk jemaah dakwah keluar...buat ziarah, ajak org datang masjid...sehingga setelah 10 tahun kemudian Allah telah datang kan sedikit demi sedikit apa yg telah dirampas drpd kami dahulu...sehingga masjid hidup dengan amalan,solat berjemaah penuh seperti solat Jumaat, dan EKONOMI ORANG ISLAM yg pegang....SUBHANALLAH...

PENGAJARAN UTK KITA SEMUA
BIASANYA, kalau sesuatu benda tu HILANG DARIPADA kita barulah kita akan menghargai..TUAN2,nikmat KEAMANAN DAN KESELAMATAN YG kita kecapi ni daripada ALLAH...KALAU KITA SYUKUR ALLAH AKAN TAMBAHKAN NIKMAT, KALAU TAK AZAB ALLAH AMAT PEDIH..JADI UTK SYUKUR MARILAH SAMA2 BUAT USAHA UTK KEMBALIKAN ORG PADA MASJID DAN AMAL2 MASJID..BANTU AGAMA ALLAH...

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails