CARI DALAM BLOG INI

Friday, October 4, 2013

Tajdid Dalam Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh (Di Malaysia)


         Habib Ali Zaenal Abidin bersama dengan Maulana Johari Jerantut

Ada orang berkata :

“….Yang lebih menyedihkan, ramai diantara mereka yang keluar untuk berdakwah, tapi ternyata TIDAK MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN agama yang cukup. Sehingga terjadi penyesatan kepada orang-orang yang mendengar ceramah dan bayan Jemaah Tabligh ini….

JAWAPAN KAMI :

Pada pandangan kami,Jemaah Tabligh (kami lebih menfokusan situasinya di Malaysia) sudah ada tajdid (pembaharuan).Jika dahulu,bilangan para alim ulamak yang turut serta di dalam Jemaah ini sangat sedikit,tetapi setelah lebih 30 tahun Jemaah ini bertapak di Malaysia,peningkatan alim ulamak yang mengambil bahagian di dalam Jemaah ini meningkat.Jika dahulu,yang menggerakan struktur Jemaah ini ialah golongan “Awamunaas” (orang awam),maka kebarangkalian mereka menyampaikan sesuatu berisiko yang mengandungi kesilapan sangat tinggi.Tetapi,sekarang alhamdulillah,kebanyakan yang menyampaikan syarahan/bayan (penerangan) di dalam majlis Jemaah Tabligh ialah para alim ulamak,paling tidak alim ulamak kalangan mereka ialah yang telah tamat pengajian secara Daurah al-Hadith.Mereka (para alim ulamak inilah di berikan peranan sebagai jurubicara di setiap majlis-majlis anjuran Jemaah Tabligh.

Dalam kerangka kerja dakwah,aktivis Jemaah Tabligh dilatih untuk berkata-kata dalam perkara-perkara asas terutamanya tentang 6 Prinsip para sahabat r.hum ajmain yang begitu mahsyur dalam kalangan Jemaah Tabligh.

Sebagai pegangan untuk memudahkan para aktivisnya menuturkan sesuatu yang bersandarkan nas dan dalil,mereka (para aktivis )Jemaah Tabligh di galakan membaca dua karya sejarah/sirah kehidupan para sahabat r.hum ajmain iaitu Hikayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahalawi dan Hayatush Sahabah karya Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahalawi.

Sesuai dengan tujuannya untuk membentuk akhlak atau sifat-sifat mulia,kitab-kitab ini tidak memaparkan sejarah para sahabat secara kronologis,sebaliknya membahagikan bab-bab berdasarkan sifat-sifat tertentu serta contoh kehidupan para sahabat.Kitab Hikayatush Sahabah dibahagikan kepada bab-bab seperti :ketabahan,ketakwaan,kesederhanaan,wara‟ dan keperwiraan,semangat mencari ilmu,menyenangkan perasaan Rasulullah Saw, serta bab-bab khusus perihal mengenai kehidupan para wanita dan anak-anak di dalam generasi itu.Sedangkan di dalam kitab Hayatush Sahabah terdiri atas pasal-pasal tentang dakwah,baiat,kesabaran,hijrah,jihad,dan sebagainya.

Jemaah Tabligh juga menekan aspek wirid dan zikir,seperti yang disebutkan sebelumnya, bahawa Maulana Muhammad Ilyas adalah pengikut tariqat Chistiyyah yang bersikap terbuka terhadap berbagai tariqat lain.Dalam tariqat apa pun,aspek ini merupakan tiang utama.
Di dalam Jemaah Tabligh sendiri amalan tariqatnya tidak banyak dicampuri ajaran syeikh atau guru-guru tariqat yang menjadi sumber kasyaf sebagai puncak rujukannya.Barangkali hal ini disebabkan kerana Jamaah Tabligh banyak berpegang pada sumber hadis dan mencontohi kehidupan para sahabat r.hum ajmain sebagai ikutan mereka.

Kesimpulannya,menghukumi secara literal/zahir bahawa Jemaah Tabligh adalah sesat dan mendengar ucapan-ucapan mereka akan menjadi sesat adalah merupakan satu tohmahan yang berat kerana kedangkalan penuduh dalam memahami waqi dan maqasid jemaah ini.Kami mengakui kadang-kala mendengar ucapan dari “awamunaas” Jemaah Tabligh ada kala mengandungi kesilapan fakta,hujjah dan sebagainya.Namun tindakan penuduh membakulkan bahawa semua aktivis Jemaah Tabligh adalah sebegitu merupakan satu kesilapan besar.Kami sudah menerangkan bahawa di dalam Jemaah Tabligh khususnya di Malaysia sudah mengalami tajdid/pembaharuan kerana rata-rata sekarang,setiap jemaah yang di keluarkan akan di sertakan seorang alim dan hafiz.
Maulana Amir Bin Hamzah,Pengajar kitab Jami' Tirmizi di Madrasah Miftahul  Ulum,Sri Petaling.Berjaya memperolehi "Mumtaz" semasa belajar di Madrasah Arabia,Raiwind,Lahore,Pakistan.

Mutakhir ini,penyertaan daripada golongan “Warisatul Anbiya” ini di dalam Jemaah Tabligh amatlah menggalakan,agamawan daripada pelbagai institusi pondok,madrasah,Universiti Islam dari dalam dan luar negara dan sebagainya membuktikan bahawa Jemaah Tabligh kini kian mendapat perhatian daripada golongan “Warisatul Anbiya”.Merekalah yang akan berada di barisan hadapan dan akan mempertahankan dan memperkukuhkan perjuangan Jemaah Tabligh di lapangan dakwah ini.

SUMBER:

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails