CARI DALAM BLOG INI

Thursday, May 21, 2009

FIKIR SEJENAK

FIKIR SEJENAK KEHEBATAN ALLAH

Cuba kita fikirkan sejenak kehebatan Allah menciptakan alam ini. Allah cipta dan letakkan bintang-bintang di angkasa dan indah dilihat menghiasi malam yang gelap. Bulan diberikan cahaya oleh Allah di waktu malam, matahari pula diarah oleh Allah untuk terbit di Timur dan tenggelam di barat. Tujuh petala langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantaranya adalah ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya semua ciptaan Allah adalah tidak sia-sia….

Cuba fikirkan sejenak, Allah tumbuhkan pokok-pokok dan bermacam tumbuh-tumbuhan dari tanah. Ada pokok manggis, Rambutan, Mangga, Durian, Lada, Limau dan beraneka jenis tumbuhan yang dicipta Allah. Allah tumbuhkan dari tanah yang sama, dengan hujan yang sama, kuantiti yang sama, tapi hasilnya berbeza. Subhanallah…Rambutan yang tumbuh, buahnya manis,namun bila tanah dikorek tidak ada sumber gula disana. Manga rasanya masam, namun Rambutan tetap manis walaupun berjiran dengan Pokok Manga. Buah Lada rasanya pedas, namun batang dan daunnya tawar dan kelat. Begitu juga ikan di laut. 24 Jam siang dan malam berendam di laut yang masin, namun sedikit pun isinya tidak berasa masin. Perlu juga ditambah garam kalau hendak dimasak. Masyaallah….

Cubalah fikir-fikirkan tentang ciptaan-ciptaan Allah di sekeliling, hatta dalam tubuh badan kita sendiri terdapatnya kehebatan Allah swt. Namun, semuanya terletak pada diri seseorang anak Adam itu untuk memikirkannya..bagi mereka yang mahu berfikir..

1 comment:

  1. ...Our Lord!you have not created (all) this without purpose, glory to you! (exalted are you above all that they associate with you as partners). Give us salvation from the torment of the fire.(3:191)

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails