"USAHA YANG SAYA MULAKAN INI TIADA DIBERIKAN SEBARANG NAMA, SEKIRANYA SAYA NAK LETAK NAMA BAGI USAHA INI, SAYA TAK NAMAKAN 'TABLIGH', TETAPI SAYA NAMAKAN IA 'TAHRIKUL IMAN' IAITU USAHA ATAU GERAKAN ATAS IMAN" ( MAULANA ILYAS RAH.)
Monday, August 31, 2009
MARHABAN YA RAMADHAN
Segala puji selayaknya hanya bagi Allah swt, Tuhan Semesta alam. Alhamdulillah, bertemu juga dengan bulan Ramadhan tahun ni. Tahun depan tak tau lagi, sempat ke tak….walau apapun, bersama kita memohon supaya dipertemukan lagi Ramadhan akan datang, insyallah…..
Dah lama tak jenguk2 dlm blog ni. Al maklum sibuk dgn berbagai urusan. Masa bulan ramadhan lagi, kadang2 urus jemaah yg nak keluar lebih2 lagi student, kadang2 urus kerenah anak dan ikram ahlia baru bersalin. Yang sedihnya 5 amal betul2 menurun. Terasa betul tahap penurunan iman secara mendadak bulan ni…astaghfirullah…ni nak kena keluar lagi dan lagi ni utk perbaiki iman amal…doa karo…
Dalam entri ni, tergerak hati nak celoteh sikit tentang bulan yg penuh keberkatan ini. Bulan dimana Rahmat Allah mencurah2 seperti hujan. Apa taknya, dalam bulan nil ah orang yg dah lupa jalan ke masjid dah jumpa jalan kembali ke masjid, orang yg ‘alergik’ dengan masjid, alhamdulillah dah boleh pijak lantai masjid, orang yang lupa letak tudungnya dimana, dah jumpa kembali tudungnya, orang yang kerap melanggan ‘newspaper’ dah tukar baca quran….dan macam2 lagi anjakan paradigma yg kita lihat time bulan puasa ni.. namun, persoalannya, berapa lama ianya boleh bertahan. Dengan penuh sangka baik, mudah-mudahan ianya berterusan sehingga saat terakhir.
Inilah ulama bagitahu ‘IMAN SUASANA’…iman kita mudah terpengaruh dan terkesan dengan suasana sekeliling. Kita boleh lihat, masa di luar ramadhan macam mana keadaan masjid, dan di waktu bulan ramadhan, bagaimana pula keadaan masjid dan surau kita, diluar ramadhan macam mana ibadat kita berbanding dengan ibadat kita dalam bulan ramadhan..yang ditakuti, bulan ramadhan yang sepatutnya ibadat dah bertukar menjadi adat. Oleh kerana itu, iman kena diusahakan setiap hari, tak kira ramadhan atau tak, iman perlu diusahakan. Allah bukannya wujud masa bulan ramadhan saja…Allah wujud sejak alam ini diciptakan, malah sebelum itu lagi dan tetap akan wujud selamanya…sebab itu iman perlu pada semua orang dalam keadaan macam mana pun. Usaha untuk mengekalkan iman dalam hati setiap muslim adalah fardhu ain ulama bagitahu. Amat bahaya jika iman terkeluar dalam diri seseorang walaupun sesaat. Jadi dakwah dibuat untuk kekalkan dan tingkatkan iman dlm hati. Allah bagitahu lebih kurang “wahai org yg beriman, berimanlah kamu..” dan nabi bagitahu lebih kurang “perbaharuilah iman kamu..”. ulama bagitahu, org yg beriman (org islam) diperintahkan oleh Allah utk beriman lagi. Janganlah kita berpuas hati dgn tahap iman kita sekarang, “cukuplah saya dah islam, saya dah solat, saya dah haji, saya dah puasa, saya dah zakat..”, kerana nabi bagitahu, iman umat akhir zaman nipis seperti kulit bawang. Kita ambil masa yg sedikit untuk berzikir ‘laa illaha illallah’ tapi sepanjang hari keyakinan kita adalah selain daripadaNya.
Oleh itu, marilah kita sama2 berazam untuk jadikan ramdhan ni yg terbaik, dan yg akan datang lebih baik lagi, terutamanya diri ini yg serba kekurangan…insyallah..
Wallahu a’lam bissawab…
Monday, August 17, 2009
PENGISIAN MAJLIS TAKLIM MINGGUAN MASTURAT
Entri kali ini nak cerita pasal program taklim mingguan masturat. untuk pengetahuan, program ini kita buat di dalam rumah, rumah plak bukan sebarang rumah, rumah ini adalah rumah yang telah diputuskan oleh syura. Jadi tiap2 minggu program ini akan dijalankan di rumah yang sama.
Siapa yang boleh hadir di dalam majlis ini...?
Sesiapa sahaja boleh hadir ( perempuan sahaja) , boleh ajak jiran tetangga, kengkawan kita, anak perempuan kita, adik atau kakak perempuan kita, cuma pastikan kehadiran itu bersama mahram bagi mengelakkan fitnah, memandangkan usaha masturat ini sangat halus dan tertutup, sebaik2nye untuk masturat datang bersama suami,tetapi klu suami tiada, maka blehla datang sendiri..tetapi setahu diri ini, seandainya rumah taklim itu jauh,makan masa 15 minit utk dtg,maka orang lama kata kita tak perlu datang..semuanya utk mengelakkan fitnah wanita itu dalam perjalanan atau dikhuatiri mendatangkan bahaya..sebab usaha ni begitu menjaga kaum wanitanya..
PAKAIAN YANG SANGAT SESUAI SEMASA PROGRAM
Pakaian untuk program...
Pastikan pakaian menutup aurat. Memandangkan majlis ini majlis untuk membesarkan Allah Taala dan mengingatiNya, maka kita kenalah elak pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, pakaian yang terang even jubah sekalipun sekiranya pakaian tu ala-ala mak datin, maka elakkanla, pakaian yang terbaik ialah pakaian yang gelap ataupun berwarna hitam..
lagi satu elakkan pakai perhiasan seperti cincin dan gelang tangan..kerana ini juga boleh menyebabkan orang lain hilang tawajjuh...nanti orang bukan tawajjuh kat program tapi tawajjuh kat barang perhiasan kita...so kena jagala bab2 tuh,ok...
Anak-anak..
Pastikan kalu suami kita ada, maka sebaiknya anak tu kita letakkan bersama suami, terutama anak-anak lelaki. sebab ia akan mengganggu program. tapi seandainya nak datang dgn anak2, kita siapla apa yang patut cam bawala makanan seperti biskutke,mainan atau buku2 bagi mereka ni diam..
Pengisian Program...
Ini contoh program yang dibuat:
10 pagi : Taklim awal ( baca kitab Fadhail Amal )
10.20 pagi : Taklim Kitabi sama macam atas.
10.40 pagi : Fadhilat Majlis
10.50 pagi : Taklim Muntakhab Hadith
11.10 pagi : Muzakarah 6 Perkara
( Sebulan atau dua bulan sekali ada bayan ( ceramah ) oleh pihak lelaki)
11.30 pagi : Tamat
Program ini bukan seperti kuliah-kuliah / usrah yang biasa kita lihat di masjid atau tv atau majlis yang lain, yang boleh di buat dengan gaya santai dan bergelak ketawa. program ini lebih kepada mujahadah nafsu untuk dengar dengan penuh tumpuan, perhatian dan tidak boleh bercakap dan bergelak ketawa.
“ Aik?? itu je programnye, takdeke program lain? cam tak best jer....”
Persoalan yang biasa di Tanya..
Iya...itulah program yang dinamakan Majlis Taklim Mingguan Masturat. Memang program ini statik..itulah yang diperkatakan setiap minggu..
Kenapa buat benda yang sama?
Memandangkan majlis ini lebih kepada majlis iman dan amal, jadi kita nak bawalah sifat malaikat dalam diri kita . Taat dan patuh.. jadi sebagaimana yang telah diputuskan oleh syura mengenai program ini, maka kita kena terima dan taat padanya...setiap apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat pasti ada kebaikannya..
lagipun tujuan program ini adalah untuk kita datangkan keinginan dan keghairahan dalam beramal, contohnya fadhilat solah, bila kita baca mengenai kelebihan solah ni maka kita akan rasa keinginan untuk menjaga solah di awal waktu, sebab kita tahu ganjaran dan kelebihan solah itu..begitu juga dengan muzakarah 6 Perkara. kena lagi dan lagi kita cakap supaya kesannya datang dalam diri kita..
Apa dia 6 Perkara tuh?
6 Perkara tu adalah merupakan sifat para sahabat, yang mana ia bukanla maksud kesempurnaan agama, tapi seandainye kita dapat amalkan 6 sifat ini, insyaAllah kita dapat amalkan keseluruhan agama dengan mudah :
1. Yakin dengan sebenar yakin akan kalimah Lailaha illallah,Muhammadur
rasulullah.
2. Solat kyusuk dan khuduk.
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas niat.
6. Dakwah dan Tabligh
InsyaAllah, perinciannya akan di beritahu di masa akan datang..
Harapanku pada ibu2 di luar sana supaya dapat melapangkan masa untuk hadir dalam majlis yang mulia ini...segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini..so, sebarang kekurangan dan ketidakfahaman bolehla diajukan untuk kebaikan bersama..
Sumber :
H1N1 ????
Selesema babi atau H1N1 semakin menular di Negara kita malah seluruh dunia. Wabak yang merbahaya ini semakin menjadi kebimbangan kita sejak akhir2 ini. Sehingga kerana takutkan dengan wabak ini, manusia termasuk yg lelaki, perempuan, muslim dan non-muslim semuanya memakai alat penutup mulut. Polis, guru, golongan atasan, bawahan, jururawat, tokei kedai, hatta penyapu jalan pun menggunakannya. Apa tidaknya, boleh membawa maut, dengan izin Allah.
Sebaik sahaja dipaparkan di dada akhbar bahawa wabak ini sudah menyelinap dalam Negara kita, ramai org gelisah, takut, gementar, dek terjangkit wabak tersebut. Anak2 dipakaikan dengan alat penutup mulut, org ramai dilarang berada di tempat2 sesak, kalau bersin tutup mulut dan bermacam lagi saranan drpd pihak2 berwajib untuk mengelakkan drpd terkena wabak tersebut.
Cuba renungkan, betapa takutnya kita terhadap makhluk selain Allah. Sedangkan makhluk tidak boleh bagi menafaat dan mudarat tanpa izin Allah. Bagaimana pula ketakutan kita terhadap Allah azza wajalla? Allah perintahka kita untuk solat, sejauh mana kita takutkan Allah jika tinggalkan solat? Allah perintahkan kita menutup aurat, sejauh mana takutnya kita terhadap Allah dalam hal2 berkaitan dengan aurat? Sejauh mana ketakutan kita pada Allah dalam melaksanakan segala hukum2 Allah? Adakah ketakutan kita terhadap Allah sama atau lebih berbanding ketakutan kita pada H1N1?
Inilah masalah iman umat hari ini. Iman dalam keadaan sakit. Kita mengakui kewujudan Allah, tapi kita letakkan benda2 / asbab2 sebagai perantaraan kita dengan Allah. Sakit akan sembuh kalau makan ubat. Perut akan kenyang kalau makan nasi. Hidup akan senang kalau ada harta, pangkat dan wang ringgit. Hari ini, manusia percaya Allah ada tapi yakin pada Allah tiada. Percaya dan yakin adalah dua benda yang berbeza. Misalnya, kita percaya pada seorang pemanah handal yg boleh memanah dengan tepat buah epal yg diletakkan atas kepala dengan matanya tertutup. Namun, bagaimana pula jika buah epal tadi diletakkan atas kepala kita dan pemanah tadi cuba untuk memanahnya. Jika kita ada keyakinan pada pemanah tadi nescaya kita takkan ragu2 dengannya. Tapi jika kita percaya sahaja dengan kebolehannya, tapi tidak yakin pada pemanah tadi, nescaya kita tidak akan berani meletakkan epal atas kepala kita.
Orang kafir Quraisy percaya Allah ada, tapi keyakinan mereka diletakkan pada 360 berhala yg diletakkan keliling kaabah untuk selesaikan masalah2 mereka. Berhala2 tadi dijadikan perantaraan untuk sampaikan hajat mereka pada Allah. Bahay syirik bukan setakat menyembah patung2 berhala, tapi yakin pada wang ringgit, yakin pada harta, yakin pada pangkat, yakin pada ubat, yakin pada kerjaan dan pemerintahan, dan yakin pada asbab2 juga merupakan syirik kerana ada yakin selain Allah. Malah lebih bahaya lagi kerana ianya sangat halus. Sedangkan dalam solat hari2 kita baca “hanya engkau kami sembah dan hanya engkau kami meminta pertolongan” dalam surah Fatihah. Ulama bagitahu, bukanlah hari ini kita hendak menolak/tinggalkan asbab. Ulama kata, orang yg tinggalkan asbab kufur, orang yg yakin dengan asbab syirik. Kalau sakit kena usahakan asbab untuk sembuh iaitu dengan ubat, tapi pada masa yg sama jangan yakin dengan asbab/ubat. Kalau kita kata “ tak perlu makan ubat, ALLAH yg bagi sembuh”, ini kufur. Kalau kita kata” bagusnya ubat ni buat saya sembuh”, ini syirik.
Sebab itu, iman kena diusahakan. Kita keluar di jalan Allah adalah semata-mata untuk usahakan iman dalam diri kita dan ajak orang lain untuk usahakan iman mereka bersama. Usahakan untuk masukkan kebesaran Allah dalam hati dan keluarkan kebesaran Makhluk dalam hati. Nabi bagitahu dengan sahabat2 “ perbaharuilah iman kamu”. Siapa sahabat berbanding kita? Bagaimana Tahap iman sahabat berbanding kita? Pun begitu nabi perintah sahabat untuk perbaharui iman mereka. Allah sendiri bagitahu dalam quran” wahai orang2 beriman, berimanlah kamu”. Hari ini kita tahu nilai wang ringgit, dan ketahuilah usaha atas wang ringgit lagi penting ( kerja dan sebagainya), kita tahu iman itu penting, namun ketahuilah, USAHA ATAS IMAN juta-juta kali lebih penting.
Wallahu a’lam
Tuesday, August 11, 2009
BAKAL KARKUN LAHIR
Tanggal 3 Ogos 2009, seorang lagi umat akhir zaman dilahirkan dgn selamatnya di hospital keningau. Pada pukul 2.22 pagi, suara tangisan bergema dalam bilik bersalin. Malangnya, esok selepas solat subuh baru dapat bisikkan azan dan qamat di telinganya. Apa nak buat, dah prosedur hospital macam tu…memang sukar nak amalkan sunnah zaman ini…namun, itu bukan penghalang untuk mengamal dan menhidupkan sunnah Nabi saw. Sebab tu nabi bagitau (lebih kurang), satu sunnah dihidupkan di zaman kerosakkan umat baginya pahala syahid…
Maha Suci Allah….terasa kebesaran Allah…cuba kita renungkan, betapa lemahnya kita…apabila binatang melahirkan anaknya, selang beberapa jam, anaknya boleh berdiri dan berlari..sedangkan manusia perlu mengambil masa beberapa bulan baru belajar bertiarap..selang beberapa bulan lagi, baru belajar merangkak, dan seterusnya belajar berdiri dan berjalan…Allahuakbar…ulama bagitahu, sekiranya bayi yang dilahirkan selang beberapa jam terus boleh berdiri dan berjalan dan berlari dengan sendirinya, maka ditakuti manusia akan menjadi bertambah sombong dan tinggi diri...wallahu a'lam..