CARI DALAM BLOG INI

Loading...

Monday, October 12, 2009

PURDAH LAGI...

Purdah lagi... (ziarah76.blogspot.com)
Semua di bawah diambil dari Ummi Ali


MALIKIYY :

SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.MUBAH(YAKNI HARUS) DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, TETAPI DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH. JIKALAU DITAKUTI FITNAH, MAKA WAJIB DITUTUP.


HAMBALIYY :

ADA 2 QAWL:

1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TANGANNYA.MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA HALAL DILIHAT OLEH LELAKI AJNABI, JIKA AMAN DARIPADA FITNAH. TETAPI WAJIB DITUTUP SEKIRANYA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH.


2)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INI BERDASARKAN SATU RIWAYAT DARIPADA IMAM AHMAD DAN INILAH QAWL YG PALING SOHIH).


SHAFI'IYY :

ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM SHAFI'IYY>>


1)SEMUA BADANNYA, TANPA KECUALI.(INILAH QAWL YG PALING SOHIH, ATAU YG PALING NYATA, ATAU YG PALING MUKTAMAD,SEBAGAIMANA YG DITERANGKAN OLEH IBNI HAJAR AL-HAITAMIYY DI DALAM AZZAWAJIR, ALBAYDAWIYY DI DALAM TAFSIRNYA, DAN LAIN2 PARA ULAMAK SHAFI'IYYAH)


2)SEMUA BADANNYA, MELAINKAN MUKA DAN 2 TAPAK TANGAN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGN DI JALAN DAN DI HADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH.WAJIB MENUTUP MUKA DAN 2 TAPAK TGN ITU, BUKAN KERANA IANYA AURAT, TETAPI KERANA MENUTUP PINTU FITNAH DAN FASAD.


HANAFIYY :

ADA 2 QAWL BERDASARKAN 2 RIWAYAT DARIPADA IMAM ABU HANIFAH>>


1)SEMUA BADANNYA KECUALI MUKA DAN 2 TAPAK TGN.MUBAH DIDEDAHKAN MUKA DAN 2 TAPAK TGNNYA DIJALAN DAN DIHADAPAN LELAKI AJNABI, DGN SYARAT AMAN DARIPADA FITNAH,JIKA DITAKUTI MENDATANGKAN FITNAH ATAU MEMBAWA KEPADA FASAD, MAKA WAJIB DITUTUP.


2)SEMUA BADANNYA, KECUALI MUKA, 2 TAPAK TGN, 2 QADAM(YAKNI TAPAK KAKI) DAN PERGELANGANNYA.Daripada kitab AL-HIJAB


susunan Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali.

No comments:

Post a Comment

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails