CARI DALAM BLOG INI

Sunday, February 28, 2010

KIAMATTT.....???!!!!

“Pada 27-11-2009,Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat.
Pada 18-12-2009 tahun baru hijrah pada hari jumaat.
Pada 25-12-2009 hari Natal pada hari jumaat.
Pada 01-01-2010 tahun baru pada hari jumaat.
Pada 26-02-2010 Maulud Nabi Saw pada hari jumaat
Pada 02-04-2010 matinya Yesus Kristus pada hari jumaat.
Pada 28-06-2010 Hari Wesak pada hari Jumaat
Pada 10-09-2010 Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat “

Mungkin tuan2 jg pernah dapat sms ni kot…hmmm…heboh sangat nak tahu bila kiamat berlaku…DEMI ALLAH..kiamat pasti berlaku!!!…tarikhnya tak siapa tau, hanya Allah je yg Maha Mengetahui…persoalannya ‘apa persiapan kita menhadapi hari kebangkitan selepas kiamat’..hairannya, tak ramai yg ambik tau sangat keadaan masing2 di Mahsyar kelak…atau nasib menjawab soalan bocor mungkar nakir dalam kubur..ada yg kata pula “kiamat lama lagi baaa…” Inna lillah…jadi boleh lagi nak buat maksiat ? merempit ? Sebab org cakap kiamat lama lagi…sempat lagi bertaubat….Aiseeyyymenn..IYYEEE KEEE..??? sempat ke nak bertaubat? Malaikat Maut ada hantar poskad ke atau 'send sms' kalau dia nak cabut nyawa? Bukankah kalau dah masuk ke kubur kelak dah bermulanya kiamat bagi yang empunya diri? Kalau dah masuk dalam kubur mana bole keluar balik tuk beramal..ye tak? Ali r.a bagitahu, kubur adalah persinggahan yg pertama..jika selamat di dalamnya maka perjalanan seterusnya akan selamat, jika tidak, perjalanan seterusnya akan lebih buruk lagi…

Kenapa kita tak fikir risau keadaan kita dalam kubur…yaumul mahsyar….atau jadi penghuni neraka ke atau syurga, Sekaligus buat persiapan utk kehidupan selepas mati? Sebab tu la saya, tuan2 dan seluruh umat kena buat dakwah utk perbaiki iman dan amal…lebih2 lagi bulan ni Maulid Nabi saw, apa kata selepas berarak bawa sepanduk tu, kita buat kerja dakwah sambung kerja nabi utk sebarkan dan tegakkan kalimah Allah sebagai tanda kita cinta dan sayangkan nabi.

Wednesday, February 24, 2010

IJTIMA DUNIA TONGI 2010

Tiga Juta Umat Islam Hadir pada Ijtima Dunia


Sekitar 3 juta umat Islam pada hari Ahad kemarin (24/1) mengakhiri "muktamar umat Islam dunia" di tepi sungai Turag kota Tongi, 20 km sebelah utara ibukota Dakha Bangladesh dan acara mukatamar ini merupakan pertemuan umat Islam terbesar kedua di dunia setelah ibadah Haji.

Acara muktamar yang diselenggarakan oleh Jamaah Tabligh ini (yang korang selalu gelar), memfokuskan pada ceramah-ceramah agama (atau diistilahkan dengan "bayan") yang mengajak umat Islam untuk menjalankan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka, melaksanakan sholat, bermuhasabah dan mendiskusikan isu-isu yang menitik beratkan pada dimensi spiritual Islam serta mencari jalan keluarnya dengan cara berdakwah menyebarkan nilai-nilai Islam dan mengkampanyekan perdamaian dunia tanpa membicarakan hal-hal yang berbau politik.


Muktamar umat Islam dunia atau lebih dikenal dikalangan Jamaah tabligh dengan istilah "Ijtima' Dunia" dalam bahasa Bangladesh disebut "Bishwa Ijtima", merupakan acara tahunan rutin dari rangkaian program kegiatan dakwah Jamaah Tabligh.

Bishwa Ijtima dilaporkan pertama kali diadakan pada tahun 1966 atas prakarsa seorang ulama India yang juga merupakan konseptor Jamaah Tabligh - Syaikh Maulana Ilyas. Awalnya Syaikh Maulana Ilyas memulai kegiatan Bishwa Ijtima dengan sekelompok kecil masyarakat Muslim yang peduli dengan umat Islam dan berkumpul di sebuah masjid di Tongi dan atas usaha dakwahnya, saat ini Bishwa Ijtima bisa dihadiri oleh jutaan umat Islam yang datang dari seluruh dunia dan dalam beberapa tahun terakhir Ijtima tersebut menjadi pertemuan umat Islam dunia terbesar kedua setelah ibadah Haji.

Selama empat puluh tahun lebih, Tongi telah menjadi lokasi tempat berlangsungnya acara Ijtima, meskipun acara sejenis diselenggarakan juga pada skala yang lebih kecil di negara-negara lain.

Acara pertemuan Jamaah Tabligh seluruh dunia ini dimulai pada hari Khamis lalu (22/1) selama 3 hari berturut-turut dan berakhir pada hari Ahad kemarin (24/1), beberapa tokoh penting tampak hadir dalam acara ini termasuk Perdana Mentri Bangladesh Sheikh Hasina dan salah seorang pemimpin oposisi Bangladesh, Khalida Zia.

Program Ijtima berakhir ditandai dengan acara "Akheri Munajat" atau doa terakhir yang dipimpin oleh seorang Ulama. Untuk Ijtima kali ini, sempat terjadi insiden dengan kembalinya 3 orang peserta ke Rahmatullah pada pagi hari pada hari terakhir acara.

DOA PENUTUP IJTIMA



PEMANDANGAN IJTIMA

Thursday, February 4, 2010

MESYUARAT BULANAN MALAYSIA





Esok Mesyuarat Bulanan Malaysia..hari ni pun ‘gerenti’ dah ramai rakan2 usaha seluruh Malaysia yg dah tiba kat Sri Petaling….huhuhuhuhu…sedihnya tak dapat pegi sebab ada keja…rugi..rugi..rugi…yelah..besar ganjarannya kalau dapat duduk mesyuarat lebih2 lagi mesyuarat agama, fikir risau atas umat..fikir macamana takaza (keperluan) agama dapat disempurnakan,bukan seluruh Malaysia je tapi seluruh dunia... Kalau daripada mesyuarat tu jemaah2 dapat dibentuk dan usaha2 meningkat di seluruh Negara, ada pertambahan bilangan2 masjid yang hidup dengan amalan…fuyooohhh…kita pun dapat saham yg sama…inilah perniagaan yg menguntungkan…hmmmmm, tapi takpe…setiap 3bulan sekali akan diadakan lagi MBM…azam kuat utk datang..korang pun doakan saya juga dapat istiqama pegi dan tuan2 pun azamlah sekali..tak rugi…

Wednesday, February 3, 2010

SOALAN CEPU EMAS

SOALAN-SOALAN CEPU EMAS….

1.Kenapa keluar 3 hari,4 bulan, 40 hari?
2.Kenapa keluar ke India,Pakistan, Bangladesh, napa tak kuar ke mekah madinah?
3.Kenapa selalu jumpa orang islam bukan org kafir?
4.Kenapa keluar lama2 tinggalkan anak isteri?
5.Lebih baik dakwahkan anak isteri di rumah dulu sebelum dakwah dengan org di luar sana..


fuyooh…soalan mengalahkan SPM dan PhD ni…..

Hmmmmm…..soalan2 cepu emas ni dan belambak lagi soalan2 dah bekali-kali dengar…kalau bagi penjelasan tahap mufti pun, kalau diorang tak nak, tak nak juga…kalau Tanya tu pulak sebab nak tahu takpe…ni nak Tanya utk cari kelemahan dan keburukan, tu yang hampeh tuuuu…yelah..zaman sekarang macam2 org ada,macam Abu Jahal ada, macam Abu Talib pun ada…yelah…menentang macam Abu Jahal dan sokong usaha ni (dakwah) tapi tak nak ikut macam Abu Talib pun ada…

Beginilah, kalau nak tahu sangat2 boleh rujuk dengan org2 alim ulama atau pangkat ustaz kan lebih baik….org macam saya ni yg banyak kelemahan, masih lagi usahakan iman amal, belum layak utk jawab soalan2 tu..sebab nanti kalau saya bagitahu hadis2 dan ayat quran, sedangkan saya ni bukan keluaran Al-Azhar, Jordan mahupun Pesantren2 terkemuka..heiiii…. nak mampus? sebab mafhum hadis bagitahu (lebih kurang) org yang tafsir hadis/quran sendiri ikut nafsu, walaupun tafsirannya betul, tetap bersalah sebab bukan ahlinya.Yelah, bukan ustaz, ulama pun bukan lepas tu tafsir hadis dan quran sendiri sedangkan bahasa Arab pun tak tahu, dengan Nahunya,Balaghahnya,Nasakh mansukhnya, Qiraatnya dan baaaaaaaaaanyak lagi, ada hati pula nak tafsir,kan cari nahas tu…paling teruk lagi nabi bagitahu (lebih kurang maksud hadis) orang sebegini seolah menempah tempat dalam neraka Allah….nak tak? ‘booking’ tempat utk menginap kat neraka? Sorryyy….sebab tu dalam memperkatakan hadis atau ayat quran org2 yg korang gelar tabligh ni selalu cakap “…lebih kurang mafhum hadis….” Ataupun “….alim ulama kita bagitahu…”, sebagai jalan selamat daripada ‘TERtafsir hadis/quran sendiri dan tergolong dalam mafhum hadis tadi…kecualilah org tu memang ustaz atau ulama…

Jadi kalau nak tahu sangat, tuan2 dan org2 berkenaan (kalau nak tahu la dan bukannya nak cari keburukkan dan keaiban orang) bolehlah jumpa ustaz/ulama2, saya syor jumpa dengan ulama/ustaz kat Sri Petaling…haaaaa…sana ada ramai ulama bleh buat rujukan…siap dengan hadis2, kitab2,ayat quran sekali dorang boleh tunjuk kitab2 dan bagi penjelasan tentang usaha dakwah ni atau yang org biasa panggil Tabligh ni…sila lah rujuk dengan Ustaz Hamid, Ustaz Razif, Ustaz Adzhim, Ustaz Fauzi dan baaaaannnnnnyyyyyaaaaakkkkk lagi……kalau diorang dah bagi penjelasan siap dengan hadis2 dan ayat2 quran pun, tak puas hati dan masih tak nak ikut sama untuk buat kerja dakwah ni…saya tak boleh buat apa lagi…sememangnya hidayah Allah tu mahal….tersangat mahal..dan Allah boleh pilih siapa je utk buat kerja ni….kerja utk tinggikan kalimah Allah, kerja dakwah….dan Allah tak perlukan kita utk buat kerja ni….siapa yg buat dia yg untung…yg tak buat rugilah….so, it’s all up to us to do this effort (aisey,cakap org puteh pulak….)…wallahu a’lam.

Monday, February 1, 2010

PERSEPSI TERHADAP 'KARKUN' (http://ziarah76.blogspot.com)

Jadi karkun ni kadang2 memang banyak tekanan oleh masyarakat. Padahal semua orang Islam karkun, tak sepatutnya timbul orang tertentu je karkun. Tapi realitinya, begitulah... dipanggil orang Tabligh, karkun...etc macam ahli kelab, persatuan, badan, organisasi etc pulak... padahal mana ada itu semua, kan. Ini usaha bukan kelab persatuan etc... ni kerja umat Nabi s.a.w. Semua orang umat Nabi s.a.w adalah pekerja agama, daie, karkun.

Nak diceritakan di sini, org yg dah kena cop sebagai karkun biasanya dipandang masyarakat nampak dia macam 'kain putih', very high expectation, seolah-olah tak boleh tersalah langsung. Padahal karkun orang biasa bukannya maksum dan banyak kekurangan, termasuk yang baru terjun dalam usaha membaiki iman amal sudah tentulah juga banyak kekurangan.

Aku masih ingat, seorang syura berkata, beliau pernah dipanggil oleh orang awam yang mahu melaporkan sesuatu yang tak kena dilakukan oleh karkun.


Syurah tu bertanya: "Apa dia? "
Orang tu kata: "Anak-anak buah awak orang Tabligh tengah tengok siaran langsung bola kat siaran TV." (Tengok bola EPL kat restoran mamak, siaran langsung awal waktu pagi).
Syurah tu kata: "Laaa... apasal pulak tak boleh... biar le diorang tengok."
Orang tu kata: "Tak boleh...orang tabligh mana boleh tengok benda macam tu."

------------------------------------------------------

Kah kah kah kah... kadang2 memang kelakar dibuatnya dalam sesetengah hal. Apa nak buat, ni lah cabaran.Baru-baru ni, aku attend meeting yg terpaksa aku terbang dgn Firefly ke KL. Aku jumpa bos yg berpangkat 'Datuk' yg pernah meluluskan cuti utk aku keluar 40 hari dulu.

Datuk tu kata: "Kenapa tak pakai kopiah putih?"
Aku kata: "Saya tak bawak kopiah putih, kopiah kelabu je" (kopiah jenis yg karkun selalu pakai). Datuk tu kata: Kena la pakai kopiah putih... M******* pun masa di luar negara pakai kopiah putih.
Aku: ..... (...senyih je)

------------------------------------------------------

Jadi pekerja yg dicop tabligh pun ada dilema jugak. Ye lah...iman pun lemah, masih terkesan dgn suasana. Walaupun orang lain selalu datang lewat tak pernah diperhatikan tapi kalau aku terlewat... macam satu dunia perhatikan aku.Dan macam2 lagi yg kena buat habis-habis baik. Kalau kawan2 pejabat bukak dasboard kereta aku, tentu diorang terkejut ada CD logam maut!! (Stakat ni diorang tak bukak dashboard hehehe).

Dulu masa duduk di Penanti, aku tengok karkun2 bertaraf profesor2, doktor di fakulti enginering USM transkerian sungguh excellent dalam rata-rata pencapaian mereka. Ada kajian yg publish di paper, TV. Ada yg cipta microcip terkecil paling canggih, ada yang jadi pakar jalan raya dan macam2 pakar yg dikagumi masyarakat. Dan mereka yg berjaya ni orang Tabligh. Jadi asbab, usaha atas student meningkat...Kawan2 aku yg student USM, ex-student yg buat usaha pun ramai yg score tak hinggat punya. Allah mudahkan mereka, Allah terangkan hati mereka utk dapat ilmu.

------------------------------------------------------

Persepsi negatif masyarakat pun ada tapi tak perlu cerita sebab, ikut penilaian aku, rata-rata disebabkan salah faham orang yang tak tahu perkara sebenar hujung pangkalnya. Kes terpencil, individu. Banyak lah lagi yg masyarakat beri jugdement mudah kpd karkun... sedar atau tidak, anda sebenarnya diperhatikan. Bagaimanapun bukan lah kita buat semua ini untuk sukakan orang, manusia, makhluk tetapi semata-mata sukakan Allah.Semoga Allah redha kepada kita.


p/s : masyarakat tak pandang amal ibadat kita (tahajud, zikir, baca quran,dakwah dan sebagainya), kita buat kebaikan, orang tak cerita, tapi kalau buat silap sikit jer, dah heboh 1Malaysia....sabor je laaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails