CARI DALAM BLOG INI

Tuesday, April 6, 2010

NAZIR

Amat melucukan bIla tengok gelagat guru2 bIla nazir datang kat sekolah. Apa tak kelam kabut dibuatny, RPH lum siap, fail beterabur, laporan kewangan lum siap, kelas semak samun pendek kata smuanya belum terurus. Paling gelabah sekali kat sekolah tentulah GB (Guru Besar). Sebab kalau ada apa2 hal yg dicari GB jg…guru2 yg lain masa ni la jadi biskut..kejap ada kejap takde…Nazir tu plak garang . macam polis buat serbuan kat setinggan atau gudang operasi haram…apa tak kecut perut guru2 dibuatnya….pernah satu ketika tu masa aku praktikal kat sekolah dulu, ada nazir sergah aku kat bilik darjah..aku buat ‘de’ je…apa lagi dia pun naik angina la ”kamu kenal aku siapa?” phergghh…kembang lubang hidung aku dek terhidu bau ego yg semerbak…”tak” kataku selamba sambil geleng kepala…”guru praktikal ke?” katanya lagi,aku angguk je..terus dia beredar.. mau je aku cakap” Ingatkan Malaikat mana tadi, setahu saya kamu ni Cuma manusia biasa jer macam aku yg tak lama lagi masuk dalam kubur” mau je aku sembur dia dengan ayat tu…tapi sabar je la….

Entahlah, Nazir kan Cuma manusia biasa ja, apa nak ditakutkan sangat. Yg jadi gelabah tu sebab kerja lum buat atau lum sleesai lagi. Nazir tu pun satu, gunalah bahasa yg baik dan sopan sikit, guru pun orang juga, ada perasaan….bukannya malaikat. Semuanya nak perfect, yelah…nak kualiti katakan….dunia nak kualiti, akhirat pun jan lupa gak ada kualitas pak…tu baru Nazir kat dunia dah gelabah..kalau Mungkar Nakir jadi Nazir nanti kat kubur amacam…?.mana nak sembunyi….kalau benda2 dunia ni, ada jemaah nazirnya dibentuk untuk memastikan setiap institusi Gov or Not jalankan kerja mengikut skala dan garis panduan yg ditetapkan…supaya tak menyimpang atas landasan. Begitu juga, untuk memastikan akidah manusia ni tak tersasar atas landasan, Allah hantar para Nabi sebagai “Nazir” untuk ‘memantau’ dan membimbing manusia atau kaum2 pada masa tu. Begitu juga hari ni,Nabi SAW dah tiada, jadi tugas sebagai “Nazir” utk membimbing ummat diletakkan dibahu2 kita semua…buat kerja dakwah,amar ma’ruf nahi mungkar….Nabi saw dan para sahabat dah jalankan tugas mereka sebagai “Nazir” dengan cemerlang sekali, dan kini tugas sebagai “Nazir” tiba giliran kita pula…pasti Allah akan Tanya apa yg kita dah buat dgn tugas ni kat Mahsyar kelak…..

1 comment:

  1. Assalamualaikom tuan Syukri,

    Saya suka entri-entri saudara. Banyak info berguna saya perolehi.

    JazakaAllah...

    ReplyDelete

JAZAKALLAH KERANA SUDI ZIARAH DAN BAGI KOMEN, INSYALLAH KALAU ADA KELAPANGAN SAYA AKAN BALAS KOMEN TUAN-TUAN.SILA TINGGALKAN E-MAIL / WEBSITE, INSYALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails