CARI DALAM BLOG INI

Monday, November 5, 2012

SELAMAT KELUAR DI JALAN ALLAH

Tak  lama lagi cuti sekolah bermula...maksudnya...akan keluar lah berbondong-bondong orang di jalan Allah untuk meninggikan kalimah Allah dan memperbaiki iman dan amal... ikut statistik seluruh Malaysia mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 2 juta lebih pelajar di sekolah menengah je!!! Itu belum kira yang belajar kat IPTA... cuba bayangkan, dalam 2 juta tu kita amiklah 1juta yang pelajar islam...dalam sejuta tu kita tolak lagi bilangan pelajar wanita dalam 500ribu...bakinya 500 ribu pelajar lelaki islam...berapa banyak kita dapat bentuk jemaah dikalangan student-student ni untuk buat usaha dakwah...kalau dalam jemaah ada 10 orang dan dibahagi dengan 500 ribu, lebih kurang 50 ribu jemaah dapat dibentuk untuk keluar jalan Allah khas untuk jemaah student je!!!!! Cuba campur pula dengan pelajar-pelajar kat IPTA... Allahu Akbar... Bayangkan tuan-tuan semasa Haji Wida', Nabi telah kumpul 124 ribu sahabat...dan mereka telah keluar di jalan Allah lepas tu...dan 10ribu je kubur2 mereka berada di tanah Hijjaz..114 ribu yang lain kubur sahabat pegi mana tuan..????? Bertebaran seluruh alammmmmmmmmmmm......

Apa-apa pun doakan ana...azam keluar Negara Jiran tahun ni pula....dan doakan rakan-rakan yang lain yang akan wakafkan HARTA, DIRI dan MASA mereka di JALAN ALLAH....doakan hidayat seluruh alam

BAYAN ONLINE 5

LINK BAYAN

Saturday, November 3, 2012

BOTOL AIR


CUBA BELI BOTOL AIR R.O (REVERSE OSMOSIS) YANG 500ML KAT KEDAI BERAPA HARGANYA? RM1.00 ATAU RM2.00..IKUT JENAMA... KALAU BOTOL YANG SAMA LETAK PULA AIR ZAM-ZAM KAT DALAM..HARGANYA MELAMBUNG NAIK, MUNGKIN RM10.00 SEBOTOL!! PASTU, LETAK PULA MADU KAT DALAM..LAGI MAHAL..RM30-50...KALAU LETAK PULA DALAM BOTOL TU SERBUK EMAS?? LAGI MAHAL...LETAK PULA DALAM TU INTAN  BERLIAN...LAGI MAHAL!! SEDANGKAN BOTOL SAMA CUMA ISI YANG BERLAINAN...

BEGITULAH DENGAN HATI KITA....APA YANG ADA DALAM HATI KITA?? HARTA, DARJAT, PANGKAT, KUASA ??? SAMALAH DENGAN BOTOL YANG DIISI DENGAN AIR PAIP...MALAH LEBIH TERUK LAGI KALAU BOTOL YANG DIISI DENGAN AIR LONGKANG...AGAK-AGAK LAKU TAK KALAU LETAK KAT SUPERMARKET ATAU WARUNG TEPI JALAN?... TETAPI KALAU HATI KITA ADA KEBESARAN ALLAH DAN SUNNAH NABI... IBARAT BOTOL YANG DIISI INTAN BERLIAN..MAHAL...BERNILAI...

BEGITULAH ALLAH PANDANG APA YANG ADA DALAM HATI KITA, SEPERTI KITA TENGOK ISI KANDUNGAN DALAM BOTOL TADI, MALAH LEBIH DARIPADA ITU ALLAH AKAN LIHAT DALAM HATI KITA...SEGALA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT, ALLAH MAHA MELIHAT...

PUN BEGITU...BOTOL YANG BERISI DENGAN BENDA MAHAL TADI KENA DIJAGA RAPI DAN LETAK ELOK-ELOK DALAM PETI BESI SUPAYA TAKDE ORANG CURI...KALAU LETAK KAT KAKI LIMA TENTU HILANG KENA KEBAS....BEGITULAH BERNILAINYA IMAN DAN AMAL DALAM HATI KENA DIJAGA DAN DISIMPAN ELOK-ELOK...JAGA MACAMANA? SIMPAN KAT MANA? IMAN DAN AMAL TADI DIJAGA DENGAN AMAL-AMAL SOLEH DAN DISIMPAN DALAM MASJID (DEKATKAN DIRI DENGAN MASJID DAN AMALAN DALAM MASJID)...KALAU IMAN TADI TAK DISIMPAN DALAM MASJID (AMAL MASJID), TAPI DILETAK KAT PANGGUNG WAYANG, KAT PADANG BOLA, KAT PUSAT HIBURAN, DILETAK KAT LORONG-LORONG GELAP...MAKA SYAITAN AKAN CURI IMAN TADI DAN MEMBUATKAN ORANG TADI JAUH DENGAN AGAMA...

WALLAHU ALAM...

Wednesday, October 10, 2012

Thursday, October 4, 2012

BAYAN SRI PETALING ONLINE

MIRROR  1 ( archieve.org )
 
MIRROR  2 ( 4shared.com )


BAYAN MAULANA HAMID

BAYAN MAULANA RAZIF

BAYAN USTAZ HUSNUL

BAYAN – UMAT TERBAIK



KARGUZARI JEMAAH KE RUSSIA-MONGGOLIA

“ RIBUAN ORANG DATANG BELAJAR ILMU AGAMA, BELAJAR HADIS, FEKAH SEHINGGA RAMAI MENJADI ULAMA DAN MUHADITSIN, TETAPI USAHA HANYA DIJALANKAN DALAM EMPAT DINDING MASJID SAHAJA… ORANG DI LUAR MASJID TIDAK DIUSAHAKAN ( DAKWAH TIDAK DIBUAT UNTUK ORANG AWAM KERANA SIBUK DENGAN ILMU ), AKHIRNYA ORANG DI LUAR MASJID MENJADI ROSAK SEHINGGA SAMPAI SATU KEADAAN FITNAH KOMUNIS TELAH DATANG SEHINGGA BUKAN ORANG AWAM YANG SEMBELIH ULAMA-ULAMA PADA MASA ITU, TETAPI ANAK KEPADA ULAMA, ANAK KEPADA MUHADITSIN YANG MENYEMBELIH BAPA MEREKA SENDIRI.. “



 

Thursday, September 27, 2012

FIKIR SEJENAK

Ilyas sedang menyiapkan kerja di mejanya, apabila Amin datang dengan muka masam dan dahi yang berkerut duduk di sebelahnya...
"Kenapa ni?" Sapa Ilyas lembut. "Marah nampak?"
Amin menghembus nafas agak kuat,"maunya tak marah?!" 
"Apa hal?"
"Takkan kau tak tengok kat youtube, heboh pasal filem pendek hina Nabi...ni aku PANAS ni!"
"ooo..pasal tu..."
"Nasib baiklah 'orang' bikin filem tu kat sana, kalau sini..sudah aku tenyeh-tenyeh muka dia..."
"sabar la..."Ilyas menepuk bahunya perlahan.
"Nak sabar apa pulak? Orang Hina Nabi, takkan kau tak angin satu badan orang hina Nabi kita?"
"Memang la aku pun marah juga...tapi jangan laa sampai bertindak melulu..."
"Macam kau sokong 'diorang' je...?"
"Bukan macam tu....aku tak hairan kalau org yang bukan Islam buat macam tu, sebab memang dari dulu mereka dah buat macam2 kat Nabi dan mereka pun tak faham tentang Islam...bukan setakat hina nabi je, malah lebih teruk dari tu....cuma yang aku heran...Orang Islam sendiri yang mengaku Nabi tu Nabi dia, Islam tu agama dia....orang ni pulak yang lebih dulu hina Nabi?"
"Aikkk..macam mana pulak?!" Amin mengerutkan dahi...
"Yelah...cuba tengok...apabila ada orang Islam yang nak hidupkan Sunnah Nabi, mereka ditertawakan...simpan janggut org cakap 'macam kambing'...buat DAKWAH kena maki, kena hina, diketawakan...orang cakap macam2..tiada tauliah laa..mengajar itik berenang laa...sedangkan tanpa disedari mereka telah mempersendakan SUNNAH Nabi..bukankah memperlekehkan atau menghina SUNNAH Nabi SEOLAH-OLAH menghina Nabi?."Terang Ilyas panjang lebar...Amin masih mengerutkan dahinya...
Belum habis mereka berbual..kedengaran suara azan berkumandang...

ALLAHU AKBAR...ALLAHUAKBAR...

"Eh..dah Azan tu...Marilah Jom ke Masjid..." Ilyas bingkas bangun sambil mencapai Kopiah di atas mejanya.
"Errrr....kau pegi dulu la...aku...ada keja lagi nak buat...nanti aku ikut...."

ILYAS MENGGELENGKAN KEPALANYA.......

Tuesday, September 18, 2012

FIKIR SEJENAK

BOLA SEPAK ADALAH SEJENIS PERMAINAN, TETAPI ORANG SUNGGUH2 BUAT PERKARA TU SAMPAI IA JADI BENDA YANG PENTING DAN SUNGGUH2..IKLAN MAHAL2..SEMUA ORANG HEBOH MASA PIALA DUNIA, SEMUA ORANG CERITA PASAL BOLA...MALAH ADA ORANG JADI JUTAWAN SEBAB BOLA..GAJI JUTA2...

FILEM ADALAH SATU LAKONAN...TAPI ORANG BUAT SUNGGUH2 SAMPAI BENDA TU JADI 'REAL'.. FILEM HINDI ORANG TENGOK SAMPAI BOLEH NANGIS, WALAUPUN CUMA LAKONAN...

TETAPI....

KUBUR, MAHSYAR, TITIAN SIRAT, MIZAN, SYURGA NERAKA ADALAH PERKARA YANG BUKAN PERMAINAN DAN BUKAN LAKONAN..TETAPI ORANG TAK BUAT DENGAN SUNGGUH2 DAN TAK ANGGAP IA PERKARA YANG PENTING, MAKA IA JADI TAK SUNGGUH2 DAN ORANG ANGGAP TAK BERAPA PENTING...USAHA AGAMA BENDA YANG HAK, TAPI TAK DIBUAT SUNGGUH2 MAKA KEPUTUSAN ALLAH, NUSRAH ALLAH PUN 'TAK SUNGGUH2'...

WALLAHU A'LAM..

Friday, August 10, 2012

BERSYUKURLAHHH...(HUHUHUHU)...

ISI KHUTBAH JUMAAT OLEH USTAZ HAZIQ TENGAH HARI TADI BETUL2 MENYENTUH JIWA...SYUKURLAH KITA DI BUMI MALAYSIA...BANYAK NIKMAT ALLAH KURNIAKAN...TAPI SAYANG TAK RAMAI YANG MENGHARGAI 'NIKMAT' YG BANYAK ALLAH BAGI UNTUK KITA TERUTAMANYA DI BUMI MALAYSIA INI...SEBENTAR TADI LAYARI YOUTUBE KEADAAN SAUDARA SEAGAMA KITA BANGSA ROHINGYA DI MYANMAR...KESIAN....APA LAGI DI PALESTIN....HUHUHU....

MASIH TERNGIANG2 DI TELINGA KHUTBAH USTAZ HAZIQ :
"....DI AZERBAIAJN, MUSLIMAH KITA DI SANA MASIH MEMPERJUANGKAN HAK MEMAKAI TUDUNG....TAPI SAYANG MUSLIMAH KITA PULA MENDEDAHKAN AURAT... 
DI PRANCHIS 4 ORG GURU ISLAM DIBERHENTIKAN KERJA KERANA BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, ATAS ALASAN GURU KURANG PERHATIAN SEMASA MENJAGA PELAJAR SEKOLAH KERANA LEMAH AKIBAT BERPUASA...TAPI SAYANG UMAT ISLAM KITA ADA YANG TIDAK BERPUASA...
DI AIZERBAIJAN JUGA, PIHAK KERAJAAN MENUKAR SEMBAHYANG JUMAAT PADA HARI SABTU, ATAS ALASAN HARI JUMAAT HARI BEKERJA MEREKA...TAPI SAYANG UMT ISLAM DI SINI MENINGGALKAN SEMBAHYANG JUMAAT...
DI PALESTIN, SEORANG DITEMBAK MATI SEMATA-MATA HENDAK MENUNAIKAN SOLAT DI MASJIDIL AQSA... TAPI SAYANG, UMAT ISLAM DI NEGARA KITA PULA MENINGGALKAN SOLAT..."

- SESIAPA YANG BERSYUKUR ALLAH TAMBAH NIKMAT, SESIAPA YANG KUFUR DENGAN NIKMAT ALLAH, SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH AMAT PEDIH....

SATU KETIKA NABI AMBIL WUDHU DAN NAIK KE MIMBAR...DARI RAUT WAJAH NABI ADA SESUATU YANG BESAR TELAH MENIMPANYA, AISYAH R.HA MERAPATKAN TELINGA KE DINDING DAN MENDENGAR KHUTBAH NABI..."WAHAI MANUSIA, DEMI ZAT YANG NYAWAKU DALAM GENGGAMANYA, BUATLAH AMAL MA'RUF NAHI ANIL MUNGKAR SEBELUM SAMPAI SATU KEADAAN KAMU BERDOA KEPADA ALLAH TETAPI ALLAH TIDAK MENDENGAR DOA KAMU, KAMU MEMINTA PERTOLONGAN DARIPADA MUSUH KAMU TAPI ALLAH TIDAK MENOLONG KAMU...

Friday, June 8, 2012

KHUTBAH JUMAAT USTAZ LUTFI

http://www.4shared.com/file/SVp608b3/Khutbah_Jumat_Syaikh_Lutfi.html

ASSALAMUALAIKUM...26 MEI - 4 JUN 2012 YANG LEPAS ANA KELUAR 10HARI MASTURAT BRUNEI-MIRI, TAK DAPAT RAKAM BAYAN...SEBAGAI GANTI DENGARLAH KHUTBAH JUMAAT UST LUTFI ( EHSSAN DARIPADA AMIRSHAB JEMAAH MASTURAT CIKGU HJ. ZULKIFLI )

Wednesday, April 25, 2012

DUIT O DUIT

DUIT penting..!! Sebab apa? Dengan duit boleh beli rumah besar...kereta besar...isteri besar??Semuanya besar belaka...handphone pun skarang makin besar....i-Pad, Tabloid dan sebagainya...pendek ’citer’ semuanya pakai duit...kalau dulu beli barang pakai duit, skarang ’buang’ kotoran pun pakai duit...air kencing dan najis pun ada harga skarang...20sen atau 30 sen skali buang kat tandas awam..phergghh...

ungkapan ’wang ringgit tidak boleh beli kebahagiaan’ orang tak percaya dah...trend skarang ’duit lah segalanya..’..oleh kerana itu, kerja over-time untuk dapat wang banyak..kumpul banyak-banyak untuk ’masa hadapan’ yang cerah..katanya...AGAMA???takpe, solat ble qadho, Haji dan umrah tangguh dulu...zakat? nanti duit disimpan terpakai pula...puasa?emmmmmm.....

wang dikumpul hingga penuh kat bank...penuh kat bawah bantal..penuh kat almari...akhirnya jatuh sakit...bila dah jatuh sakit...terbalik pulak...’kesihatan pula segala-galanya’... examples?? Duit yang bertimbun tu guna pulak untuk beli ubat..buat x-ray..buat CAT scanning...yang penting cepat sembuh seperti sediakala...

tup-tup..tak sembuh jugak...doktor kata,” encik mengidap kencing manis, kaki mesti kena potong..kalau tak merebak..nyawa terancam”, dia kata,” takpe doktor,potong je...”..akhirnya kaki dipotong....dia pun kata,”ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH DOKTOR KERANA MEMOTONG KAKI SAYA”...pastu doktor pula kena bagi duit sebab potong kaki dia...AGAMA??Solat...nantila...saya sakit..kaki dah takde...UZURRRR..katanya...

kenapa sanggup kena potong kaki? Sebab masa tu, bukan duit lagi penting...bukan kesihatan lagi yang penting...tetapi nyawa yang penting pulak skarang....sanggup buat apa saja supaya nyawa selamat....duit, kesihatan tak penting..yang penting Nyawa selamat...yang penting tak mati....sanggup buat apa saja, yang penting selamat..HIDUP....kewajipan terhadap agama diabaikan....solat nombor dua,yang penting nyawa selamat, nanti baru qadho..berubat dulu...penyakit semakin merebak..akhirnya, meninggal dunia...INNALILLAH...

DALAM kubur pula kena azab kerana mengabaikan perintah agama, barulah pada masa itu sedar bahawa IMAN dan AMAL jauh lebih penting daripada Nyawa....kerana sakit di dunia hanya berakhir dengan kematian..tetapi alam akhirat kesakitan yang berpanjangan menanti....tak boleh mati dah...

Thursday, April 12, 2012

Tuesday, February 28, 2012

BAYAN JOR MASTURAT

JOR MASTURAT MARKAS BEAUFORT OLEH AMIR JEMAAH ARAB DARIPADA PALESTIN, MUTARJIM USTAZ IDRIZAM

LINK BAYAN


Thursday, January 19, 2012

KOLEKSI BAYAN-BAYAN (FOLDER 4SHARED.COM)

http://www.4shared.com/dir/co3trP3t/Bayan.html

KOLEKSI BAYAN-BAYAN IJTIMA, MASTURAT DAN LAIN-LAIN DALAM SATU FOLDER. TUAN-TUAN BOLEH CARI DAN MUAT TURUN BAYAN-BAYAN.....

sumber:karkuzaridakwahiman.blogspot.com

Sunday, January 15, 2012

SIFAT TANAH

MAULANA A'DZHIM bagitahu dalam bayan dia, "Manusia dicipta daripada tanah, dan sifat2 tanah itu sendiri ada dalam diri anak adam. tanah apabila diusahakan akan mengeluarkan hasil, hasil pertanian seperti pokok, bunga, buah dan sebagainya. Tanah juga akan mengeluarkan intan, emas, berlian dan minyak apabila diusahakan. Manafaatnya juga akan datang kepada umat manusia yang lain. sebaliknya, jika tanah tidak diusahakan, maka tanah akan tumbuh rumput, kemudian lalang dan menjadi hutan belukar yang membawa banyak mudarat. di sana ada ular berbisa, kala jengking, harimau dan binatang buas yang lain. Ia bukan saja memudaratkan malah membahayakan penghuni yang tinggal sekitarnya.

Begitu juga manusia, apabila tidak diusahakan hati mereka maka manusia akan buat kerosakan dan kemungkaran. Natijahnya bukan kepada individu2 itu sahaja malah kepada manusia yang lain. Berlaku pembunuhan, rogol, kecurian dan sebagainya. Apabila HATI manusia diusahakan maka manusia akan menjadi baik dan timbul akhlak yang baik yang memberi manafaat bukan sahaja pada dirinya malah kepada orang lain.

Perumpamaan manusia ni seperti 3 jenis tanah. 1)Ada yang boleh menakung air dan membawa menafaat pada makhluk sekitarnya ambil air minum dan sebagainya, 2)Tanah yg tidak menakung air tetapi menyerap air yg membuatkan tanah itu subur utk tanaman, 3)Tanah yang tidak menakung dan menyerap air yang tidak memberi sebarang manafaat. Air hujan akan turun kesemua JENIS TANAH tadi, samada ia menakung air atau tidak, hujan tetap turun disitu. Malah hujan bukan sahaja turun tempat yg gersang tidak ada air, hujan juga turun di laut yang banyak air, di hutan, di desa, di kampung dan seluruh tempat.

Begitu juga manusia yang mempunyai pelbagai SIFAT, ada yang boleh membawa manafaat kepada dirinya dan orang lain dan ada orang yang langsung tidak membawa manafaat pada dirinya juga orang lain, PUN begitu mereka kena dijumpa utnuk diberi peringatan tentang agama..dan dakwah adalah seperti air hujan. hujan turun kepada semua jenis tanah tadi, samada orang MAHU terima atau Tidak kena jumpa juga....BAGI PERINGATAN TENTANG AGAMA...

WALLAHU A'LAM

Monday, January 9, 2012

IJTIMA SABAH 2012

Keputusan Mesyuarat antara Markas2 - Beaufort, Kota Kinabalu dan Labuan - 8 Jan 2012, sepakat bahawa Tempat Ijtima untuk Pantai Barat dibuat pada 21 - 23 Jun 2012 di Masjid Bingkul, Beaufort, Manakala untuk Ijtima untuk Pantai Timur, Markas Tawau dan Sandakan dibuat selepas itu (minta maaf lupa tarikh untuk ijtima pantai timur). Setelah tarikh ditetapkan, maka ijtima telah bermula, jadi bolehlah war-warkan tentang ijtima semasa Ghast, DTI, Door-to-door, Khususi atau random kepada semua Umat Islam di kawasan Sabghuzari atau Halqah masing2.

Maksud/tujuan ijtima bukanlah nak kumpul ramai2 dengar bayan drpd ulama2, pastu dah habis ijtima masing2 balik goyang kaki..tetapi maksud ijtima adalah untuk keluarkan jemaah untuk buat usaha agama seberapa banyak yg mungkin ke seluruh alam...sepertimana maksud umat akhir zaman ini dihantar oleh Allah...

Tugas2 dan zumindar setiap markas dah pun diagih-agihkan kepada setiap markas2..Halqa Keningau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Ta'am Elders (Masyaikh2) dan Foreign seperti tahun2 yang sudah. Walau bagaimanapun, Markas2 yg lain boleh hantar orang untuk diletak dalam mana2 28 syukbah yang telah dimesyuaratkan seperti istiqbal, khemah, ta'am umum, kebersihan, keselematan, tandas, air dan lain2.

Apa yang penting ditekankan ialah Usaha sebelum, semasa dan selepas ijtima.. ada beberapa perkara yang disentuh terutamanya amalan sebelum ijtima (ini yang sempat aku catit la) :

1. USAHAKAN SUPAYA MASJID/SURAU HIDUP 24 JAM
Rakan2 usaha dan orang tempatan/awam libatkan mereka untuk usahakan masjid hidup dengan amalan 24 jam. Bahagikan masa/syif bergilir-gilir, tasykil org datangke masjid mengikut masa yang mereka sedia. Hidupkan masjis dengan amalan DAKWAH, TALIM, SOLAT (TERMASUK SOLAT SUNAT), BACA QURAN, ZIKIR, DOA DAN KHIDMAT. Buat amalan di masjid, makan dan tidur di rumah...

2. HIDUPKAN RUMAH DENGAN AMALAN MASJID
Libatkan isteri supaya ada fikir yang sama dan risau yang sama. hidupkan rumah dengan amalan DAKWAH, TALIM, ZIKIR/IBADAT DAN MESYUARAT HARIAN. Minta juga Ahlia (isteri) untuk doa kejayaan ijtima, solat hajat/tahajud dan puasa supaya Allah mudahkan Ijtima.

3. USAHAKAN ORANG ISLAM 100% SOLAT
Lelaki yg mukallaf jumpa dan pujuk utnuk solat berjemaah di masjid, wanita pula solat dirumah. Buat door-to-door untuk jumpa setiap orang islam di Mahala masing2. perkara ni tak mustahil...Sri Langka dah buat, hasilnya kehadiran solat subuh sama dengan solat jumaat sedangkan Sri Langka bukan negara Islam.

Dinasihatkan juga supaya Jumpa semua orang, orang khawas (golongan atasan), ulama, termasuk OKU dan bagitahu mereka tentang Ijtima. Semua orang Islam boleh datang dan dijemput datang, supaya orang awam pun ada kesedaran bahawa dakwah ini pun tanggungjawab mereka bukannya tanggungjawab kumpulan2 tertentu, jabatan agama atau 'Tabligh'...mudah-mudahan usaha kita yang tak seberapa ni dipandang oleh Allah dan jadi asbab hidayat seluruh alam sampai kiamat...AMIIIINNNN

Friday, January 6, 2012

KARKUZARI BRAZIL

Ramai org Tanya tentang karkuzari jemaah Ke Brazil…aku tak berapa dapat detail tentang karkuzari tu Cuma adalah sikit2 yg aku Tanya dengan Ustaz Abdullah…Tahun lepas (2011) Jemaah daripada Markas Beaufort bergerak di Brazil…tak silap Ustaz Abdullah amir shab dia…ringkasnya kebanyakan orang Islam di sana terdiri daripada orang Arab yg menetap di sana dan usahakan keperluan diorang di sana..beli tanah kat sana dan buat macam2 bisnes…pertanian, perniagaan dan lain2..termasuk buka PUB atau kelab malam…pendek kata saudara2 kita sana lebih kepada kehidupan cara Barat…tuan2 pun sedia maklum…

Undang2 di Brazil lain sikit dari tempat kita..lain macam mana??? Gadis2 yang dah berumur 17 tahun ke atas dah diberi kebebasan untuk buat hubungan seks dengan lelaki..kalau ada orang yang menolak ‘ajakan’ mereka boleh kena denda atau penjara..satu kes jemaah dari Pakistan kuar sana, ada gadis minat kat dia,tapi ahli jemaah tu takk nak dan pendek cerita masuk balai…

Jemaah keluar 4bulan, tapi dapat buat usaha dalam 2bulan ja (kalau tidak silap) termasuk Sao Paulo tempat yang ada patung besar atas bukit tu.. belanja di sana boleh tahan juga…kalau nak pindah route/masjid lain boleh sampai 5-10ribu!!!sebab pengangkutan sana mahal lebih2 lagi guna Euro..Tapi takpe..seringgit belanja di jalan Allah kena balas 700ribu… Selain Brazil jemaah ada juga bergerak di Uruguay.

Sepanjang jemaah kat sana ada sorang Paderi yang mengawal 2 Gereja di sana telah masuk Islam selepas melihat pergerakan jemaah ulaik-alik di gerejanya…belum dakwah lagi tu..baru gerak lalu kat gereja ja, itu pun beli ta’am (bekalan makanan).. selain tu 200 orang telah Berjaya diIslamkan dengan izin Allah…SUBHANALLAH….Paderi tu bagitau, apabila dia melihat pergerakan Jemaah dia teringat seperti apa yang dia telah belajar daripada kitab2 yang dia pelajari tentang keadaan orang islam..ada janggut, pakai serban, pakai jubah…sehingga timbul dalam hatinya,”INILAH ISLAM…”

Apabila hendak tangguh, orang tempatan/karkun2 di sana berat untuk melepaskan jemaah pergi kerana mereka sangat2 perlukan jemaah kerap di sana…apakan daya kita dah bagi masa mengikut kemampuan kita lagipun masing2 ada keperluan di tanahair... kalau dapat lebih banyak lagi jemaah dibentuk dan dihantar ke sana…orang2 di sana kehausan dengan agama, Cuma mereka tak tau nak salurkan pada tempat yang sepatutnya…

Apabila kita bergerak, barulah kita akan Nampak keadaan umat ini macam mana..kalau kita setakat dalam masjid saja, kita takkan tau keadaan umat di luar sana..barulah dapat timbulkan risau dan bergerak… Nabi bagitau lebih kurang, “TIDAK SEMPURNA IMAN KAMU KALAU KAMU TIDAK MENYAYANGI SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU MENYAYANGI DIRI KAMU SENDIRI”.

InsyAllah, kita azam dan doa supaya Allah hantar kita ke seluruh alam untuk sampaikan dan tinggikan kalimah Allah....

Markaz Brazil:
A Aziz Alinani, Imam, Centro Islamica, Ax W-5 Norte, Brazil. 55-11-278-6789

P/S : sekarang jemaah Beaufort, bergerak di Auztralia 2Bulan, jemaah Maulana Ibnizam.

SYUKUR....

Syukur..Allah pilih kita jadi umat Nabi SAW sebagai umat akhir zaman. Dan kita dihantar dengan satu tugas penting. Di bahu kita ada tanggungjawab yang besar iatu amalkan agama dan sampaikan agama.

Kita sedia maklum keadaan diri kita masing2 sebelum terlibat dengan usaha agama..entah dari mana Allah kutip kita daripada macam2 keadaan dan tempat..dan libatkan kita dalam usaha agama..barulah kehidupan beragama mula datang..kehidupan mula bertukar..kita pun mula kenal sunnah..mula pijak kaki kat masjid..

Maulana syamim bagitau,AJIB umat ini…kerana apa? Nabi2 terdahulu ditarbiah dahulu oleh Allah selepas tu baru diberi usaha agama..umat ini, diberi usaha agama kemudian barulah ditarbiah oleh Allah..Nabi Musa as turun naik bukit mengembala kambing, selepas tu baru diberi kerja dakwah…begitu juga dengan nabi2 yg lain ditarbiah dengan mengembala kambing..tetapi ummat ini diberi kerja dakwah dulu kemudian baru ditarbiah oleh Allah…

Nabi Isa a.s tanya dengan Allah bagaimana umat akhir zaman boleh buat kerja dakwah sedangkan mereka tidak ada ilmu dan hilm(hikmah), Allah sendiri jawab," AKU AKAN BAGI MEREKA ILMU DARI ILMUKU, DAN HILM DARI HILMKU."

wallahu a'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails